Kota tinggi. Highway desaru-senai. Tol mahal, jalan macam kangkung.
- Pakar ekonomi Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Datuk Dr Amir Hussin Baharudin
Subsidi: Sudah beri, jangan tarik balik
SHAH ALAM – Tidak wajar bagi kerajaan untuk beri subsidi kepada rakyat, kemudiannya memansuhkannya semula. Pakar ekonomi Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Datuk Dr Amir Hussin Baharudin berkata, sebelum melaksanakan sesuatu subsidi, kajian mendalam perlu dilakukan untuk melihat kesannya dalam jangka panjang.
“Jangan dah bagi, lepas itu tarik balik. Kerajaan perlu selidik golongan yang layak terima subsidi supaya jangan diambil kesempatan oleh orang luar,” katanya.
Sebagai contoh kata Amir, pembelian petrol di sempadan oleh warga asing untuk dijual dengan harga yang lebih mahal di negara mereka adalah satu petunjuk bagaimana subsidi yang diberikan kerajaan untuk rakyat negara ini dimanipulasi.
“Ini sesuatu yang amat merugikan kerana subsidi dibayar dengan duit rakyat. Sepatutnya subsidi petrol hanya dinikmati oleh rakyat negara ini,” katanya.
Sehubungan itu, Amir meminta kerajaan lebih mengutamakan rakyat sendiri dalam pemberian subsidi di bawah pelan rasionalisasi.
Menurutnya, jika pelaksanaan pelan itu benar-benar memberi keutamaan kepada warganegara, ia akan dianggap bagus.
“Itu yang perlu dilakukan. Rakyat yang sah taraf kewarganegaraan berhak mendapat hak yang sepatutnya mereka peroleh. Utamakan rakyat sendiri untuk dapat subsidi, barulah dianggap rasionalisasi yang bagus. Yang lain jika turut menerima, akan berlaku pelbagai masalah,” katanya.
Ditanya bagaimana langkah itu boleh dilaksanakan, Amir berkata, ia boleh dipraktikkan menerusi fungsi MyKad.
“Apa yang kerajaan lakukan, mesti untuk rakyat, utamakan rakyat. Jangan beri kelebihan kepada warga asing yang bekerja di sini. Mereka dapat gaji tinggi tetapi turut menikmati pelbagai keistimewaan diberikan kerajaan,” katanya ketika ditanya mengenai cara terbaik untuk kerajaan melaksanakan rasionalisasi subsidi untuk lebih diterima oleh rakyat.
Selain itu, kata beliau, cara terbaik ialah kerajaan menetapkan harga sesuatu barangan untuk mengelakkan berlakunya kenaikan yang melampau setelah kerajaan menarik semula subsidi.
“Rasionalisasi mesti ada harga yang ditetapkan, misalnya harga petrol RON95 seliter RM2.75, bila kerajaan beri subsidi 60 sen, rakyat hanya membayar RM2.10.
“Justeru pentingnya harga pacak, kerana jika tidak akan berlaku ketidakstabilan harga seterusnya kelirukan rakyat sama ada mahu ikut harga luar negara atau harga tempatan,” katanya.
Amir berkata, begitu juga halnya dengan subsidi tol, kerajaan sepatutnya kaji semula tindakan tersebut yang dilihat kadarnya lebih mahal daripada harga petrol untuk sesuatu perjalanan.
“Misalnya individu menggunakan lebuh raya untuk ke sesuatu negeri, harga tol dikenakan lebih mahal daripada harga petrol yang digunakan.
“Sebab itu rakyat marah apabila petrol sudahlah mahal, lepas itu tol juga akan meningkat. Oleh itu, kerajaan perlu rasionalkan perkara tersebut,” katanya.
Terharu kucing jugak tahu makan kangkung
No comments:
Post a Comment