Terima kasih kangkung: Isu sebenar telah dikembalikan
Oleh Ahmad Lutfi Othman
Semasa rata-rata masih terasa "penat", khususnya ibu bapa yang terpaksa berbelanja lebih untuk keperluan anak-anak memasuki sesi persekolahan baru 2014, macam-macam kontroversi panas berkaitan agama pula timbul.
Dalam tulisan minggu lalu, saya menukilkan beberapa reaksi pembaca yang tidak selesa apabila isu sebenar -- kenaikan kos hidup -- seolah-olah mahu ditutup atau disamarkan dengan persoalan lain, yang memang nampak kritikal dan urgent tetapi seolah-olah direkayasa.
Ada yang bernada emosi, marah-marah sambil mengingatkan agar Harakah jangan terpesong daripada "perjuangan" sebenar, ketika media lain membakar sentimen dan melarikan perhatian umum.
Semangat demonstrasi aman Turun, menuju Dataran Merdeka pada malam tahun baru, yang menuntut penyelesaian segera punca keresahan rakyat yang gelisah dengan pelbagai kenaikan kos hidup itu, nampaknya seperti cuba dipadamkan.
Sebelum itu, saya berbesar hati untuk merakamkan penghargaan tinggi kepada ibu bapa, sebahagiannya berpendapatan sederhana rendah, yang tetap meletakkan prioriti tinggi kepada kualiti pendidikan agama anak-anak mereka, biarpun terpaksa berbelanja di luar kemampuan.
Mereka bersusah-payah menghantar anak-anak ke sekolah rendah dan menengah agama swasta -- tidak terkecuali maahad tahfiz -- dengan yuran bulanan agak tinggi, paling minimum RM200 (walaupun bagi keperluan sekolah berkenaan, ia hanya "cukup makan" menampung keperluan), hanya atas satu keyakinan, yakni memastikan anak-anak diasuh sempurna di bawah sistem pendidikan Rabbani.
Juga syukur dan terima kasih. Kenyataan sensasi Perdana Menteri, Najib Razak semasa menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir di Kemaman, 12 Januari lalu, telah mengembalikan perhatian umum terhadap isu sebenar yang mengasak kehidupan rakyat.
Laman sosial meriah sekali apabila dipenuhi posting yang begitu menarik dan menghiburkan. Mereka mengulas kenyataan Najib mengenai penurunan harga kangkung secara kreatif sekali.
Malah, ucapannya itu "diolah" seperti lirik sebuah lagu yang menyenangkan, ditambah pengulangan yang mengundang ketawa berpanjangan.
"Eloklah hang tengok video Najib itu, lega sikit stress dan boleh kurangkan serabut di kepala," usik seorang rakan selepas menyedari saya terlambat mengikuti "video kangkung" itu.
Sebenarnya, agak menyedihkan apabila aksi Perdana Menteri dalam nada serius, malah seperti mahu memberi amaran kepada rakyat, tetapi disambut dengan gelak ketawa.
Ketika era Abdullah Ahmad Badawi, kita juga berdepan situasi sama. Gambar-gambar Pak Lah terlena dalam majlis rasmi, yang disaksikan ramai orang, menjadi bahan lawak. Rupanya, di zaman Najib, gurau senda itu berterusan!

BN MENANG RAKYAT SENANG
Aktivis kempen Bantah SPPBS diugut, diberi surat amaran
KUALA LUMPUR 17 JAN: Penggerak kempen ‘Kami Mahu SPPBS Dimansuhkan’, Mohd Nor Izzat Mohd Johari membuat laporan polis ekoran kebocoran maklumat peribadi diri dan keluarganya.Dalam satu kenyataan Mohd zzat berkata, kebocoran dan penyebaran maklumat peribadi dan keluarganya dilakukan selepas dia disoal siasat Jabatan Pendidikan Negeri Pahang, 6 Januari lalu.
“Saya dan keluarga merasa tidak selesa dan lebih berhati-hati kerana khuatir keselamatan kami sendiri,” laporan Izzat dipetik.
Beliau membuat laporan polis di IPD Jerantut, Pahang, 14 Januari lalu.Kata Izzat, maklumat peribadinya dibocorkan oleh individu pemilik laman Facebook yang menggunakan nama Raggie Lee yang disyaki salah seorang pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Jerantut.
“Saya tidak tahu apa bentuk ancaman yang bakal berlaku. Sebagai langkah berhati-hati, saya mengambil keputusan membuat laporan Polis,” kata Izzat yang juga Ketua Penaja Suara Guru-Masyarakat Malaysia (SGMM).
Sementara itu, Laman Facebook ‘Kami Mahu SPPBS Dimansuhkan’ menyatakan, pengendali laman yang juga merupakan guru telah menerima surat peringatan amaran dari Pejabat Pendidikan Daerah.
“Admin telah dikenakan tindakan tatatertib berupa surat amaran kerana menentang dasar.
“Kementerian Pendidikan Malaysia telah membuat aduan 24 Disember 2013,” kenyataan tersebut dipetik.

No comments:
Post a Comment