Pages

Wednesday, 22 January 2014

Isu Sweden - Mohon Rosmah menggunakan kuasa beliau...made a call

Rabu, 22 Januari 2014

Mohon Rosmah menggunakan kuasa beliau untuk membantu keluarga ini. Alangkan pelajar Malaysia di Mesir pun dapat dibebaskan dalam masa 2 jam sahaja selepas Rosmah made a call, semestinye isu ini enteng saja bagi beliau. 

On a serious note though, please read this to know what's really happening.

Salam,

Sekarang sudah heboh satu Malaysia kisah Pn Shalwati dan suami ditahan di Sweden atas tuduhan memukul anaknya kerana tak solat.

Kebetulannya Pn Shalwati yg kami panggil Shal adalah rakan satu Univ saya dan isteri sewaktu kami sama-sama menuntut di University of the Pacific, Stockton California, Amerika Syarikat dulu.

Benda ini kecik aje sebenarnya, pukul sedikit kat tangan tak solat budak2 biasa lah.

Yg jadi masalahnya ini di negara Sweden. Org mungkin kata ini isu org Kapiaq Kristian org Barat anti Islam, tapi tak ada kena mengena sebenarnya.
Shal dan keluarga terperangkap dalam sistem social enterprise di Sweden yg menjadikan foster parents (keluarga angkat) dan orphanage home (rumah anak yatim) sebagai bisness dlm sabuah kisah perniagaan enterprise yg besar.

Rantaian "bisness" mereka ini begitu besar dan melebar dari atas ke bawah yg mewujudkan beribu2 peluang pekerjaan dan subsidy kerajaan yg lumayan.

Dlm keadaan rakyat Sweden yg hanya punyai anak sekitar dua orang satu keluarga, adalah sukar mencari anak2 yatim utk di "feed" ataupun disuapkan kpd bisness social enterprise ini.

Tanpa anak2 angkat ini, maka beribu2 peluang pekerjaan untuk pekerja kebajikan dan sistem subsidy sosial ini akan ranap dan pupus; lantas mereka mensasarkan keluarga2 asing/immigrant dari luar yg datang menetap di Sweden seperti dlm satu kes keluarga dari Afrika yg anaknya ditoreh sedikit wajahnya kerana adat. Tak pasti mcm mana kes sebenar, tapi menurut sumber akhir sekali mak ayah boleh balik ke negara asal, tapi anak2 diambil.

Mcm tu juga dgn satu kes yg melibatkan keluarga Russia, diberitakan anak2 juga diambil.

Menyedari tentang perkara ini dan khuatir anak2 Shal juga berakhir dengan nasib yg serupa, saya atas kapasiti sebagai seorang individu yg punyai anak-anak sebaya anak2 Shal memohon campur tangan semua pihak2 yg prihatin, agar dapat berbuat sesuatu dan membawa pulang anak-anak mereka ke bumi Malaysia ini seberapa segera.

Akidah anak-anak ini sedang berada dalam taruhan.

Terima Kasih

Mohd Monier Bin Mat Din
Bekas Presiden Persatuan Mahasiswa/i Malaysia.

University of the Pacific,
Stockton. California. USA.

Gambar: Isu Sweden : Guna pakai hubungan diplomatik ~ Penahanan Pasangan Malaysia Dan Isu Penjagaan Anak Pasangan Itu Yang Diserah Kepada Keluarga Bukan Islam....
 
SHAH ALAM - Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) menggesa Wisma Putra segera campur tangan dalam kes penahanan pasangan Malaysia oleh pihak berkuasa Sweden serta berkenaan isu penjagaan anak pasangan itu yang diserah kepada keluarga bukan Islam.

Menurut Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid, penahanan oleh pihak berkuasa Sweden terhadap pasangan itu yang berkait dengan kesalahan memukul tangan anak mereka kerana tidak solat adalah isu yang boleh dibincangkan dengan pihak berkuasa negara itu.

“… sementera Sweden berhak menguatkuasakan undang-undang mereka , namun mereka juga perlu mengambil kira amalan dan hak agama warga luar yang tidak menjejaskan undang-undang atau keselamatan negara Sweden sendiri.

“Oleh itu pihak Wisma Putra perlu menggunakan hubungan diplomatiknya dengan Sweden agar isu ini ditangani dengan sebaik mungkin berdasarkan hak pasangan suami isteri yang berkenaan terhadap anak-anak mereka.

"Kesalahan yang didakwa ke atas mereka mengikut undang-undang keluarga Sweden boleh diatasi dengan nasihat dan perbincangan kerana ia berkait dengan kaedah mendidik anak-anak dalam hal tanggungjawab agama dikalangan keluarga Islam," ujarnya.

Pasangan itu, Azizul Raheem Awalludin dan isteri, Shalwati Norshal, guru yang bercuti tanpa gaji, ditahan pada 18 Disember untuk membantu siasatan kerana didakwa memukul tangan seorang daripada anak mereka yang tidak bersolat.

Mengulas lanjut, Mohd Azmi berkata, penting untuk pihak berkuasa Sweden memahami bagaimana proses mendidik dalam Islam.

"Pihak Sweden juga perlu faham bahawa keluarga Islam bertanggungjawab agar anak-anak mereka diasuh secara yang dituntut oleh agama Islam," katanya.

"Apatah lagi anak mereka dihantar dibawah penjagaan keluarga bukan Islam oleh pihak berkuasa Sweden ketika ditahan. Ini jelas tidak dapat diterima oleh masyarakat Islam di Malaysia,” tambahnya lagi.

Jelas Mohd Azmi, sepatutnya pihak kedutaan Malaysia di Sweden berunding dengan pihak berkuasa negara itu supaya anak-anak tersebut diurus sendiri oleh pihak kedutaan untuk sementara waktu.

“Kami kesal pihak kedutaan Sweden di Malaysia tidak prihatin terhadap isu ini dan berlepas tangan dan tidak mahu menjelaskan kedudukan kes tersebut kepada beberapa pihak di Malaysia yang mengesa supaya kes ini diselesaikan dengan baik.

“Kami berpendapat  Kementerian Luar Negeri Malaysia perlu campur tangan dalam isu ini demi memastikan hak suami isteri dan anak-anak mereka tidak dinafikan oleh pihak Sweden.

“… oleh itu kami mengesa agar pihak Wisma Putera tidak membiarkan isu ini berlanjutan dan perlu menggunakan kebijaksanaan yang terbaik supaya undang-undang Sweden tidak sampai menafikan hak asasi pasangan suami isteri tersebut,” katanya.

Sumber~Sinarharian

Isu Sweden : Guna pakai hubungan diplomatik ~ Penahanan Pasangan Malaysia Dan Isu Penjagaan Anak Pasangan Itu Yang Diserah Kepada Keluarga Bukan Islam....

Buletin Pakatan Rakyat telah berkongsi gambar Kami Boikot Media Pro BN.

"Inilah antara sumbangan isteri saya kepada rakyat Malaysia,"

dalam negara, news, Datin Seri Rosmah Mansor,

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini buat pertama kalinya berkongsi cerita secara terbuka mengenai jasa dan peranan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor dalam membantu rakyat Malaysia yang tidak pernah diceritakan kepada umum sebelum ini.

Najib berkata, dalam kejadian pertama kira-kira dua tahun lalu sewaktu seorang pelajar Malaysia telah ditahan di penjara oleh kerajaan Mesir kerana disyaki menjadi 'perisik.'

"Saya minta isteri saya telefon isteri Presiden Mubarak, Susan Mubarak merayu supaya pelajar kita itu dibebaskan, dalam masa dua jam sahaja dia dibebaskan," katanya ketika menggulung perbahasan pada Perhimpunan Agung UMNO 2013 di sini, hari ini.

Kejadian kedua pula kata Perdana Menteri, berlaku sewaktu pergolakan di Mesir dan kerajaan Malaysia berhadapan dengan masalah tidak cukup penerbangan untuk membawa balik pelajar dalam Operasi Piramid.

Menurut Najib, kerajaan Malaysia terpaksa meminta jasa baik kerajaan Arab Saudi membenarkan para pelajar terlibat menaiki pesawat Charlie, turun di Jeddah dan ke Kuala Lumpur tanpa memerlukan visa.

"Itu satu permintaan yang sukar diberikan oleh kerajaan Arab. Tetapi kerana networking dengan keluarga diraja yang telah diusahakan oleh isteri saya, kerajaan Saudi membenarkan pelajar-pelajar kita," katanya.

Malah menurut Najib, kerajaan Arab Saudi turut menyediakan dua penerbangan Jumbo 747 secara percuma.

"Inilah antara sumbangan isteri saya kepada rakyat Malaysia," katanya sambil menjelaskan isterinya turut menjadi sasaran kritikan pihak yang hendak mengkritik beliau.

Menurut beliau, Rosmah turut memainkan peranan besar dalam meningkatkan pendidikan awal kanak-kanak melalui Program Permata selaku penaungnya.
SUMBER: utusan

No comments:

Post a Comment