Giler la...org pakai mercedes sebiji pun kecoh sedunia... dia pakai berbiji biji.
Lim Guan Eng dan Marcedes-Benz
Bukan soal dia Cina atau Melayu tetapi soal integriti. Bagi saya tidak ada guna kalau seseorang itu hanya sebangsa dan sebulu dengan saya, tetapi tidak ada integriti. Persamaan bukan alasan untuk bersetuju sedangkan integritinya tidak ada.
Saya mengucapkan syabas kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng di atas keterbukaan dan keredhaanya meminta agar SPRM menyiasat isu pembelian kereta Mercedes-Benz S300L yang kini cuba dimanipulasikan menjadi isu bagi memburukkan ketua menteri itu.
Sikap diambil Guan Eng sama dengan keberanian dan keredhaan pernah dilakukan Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika menjadi MB yang membuka pintu pejabatnya 25 jam untuk disiasat oleh SPRM. (Nik Aziz tidak melakukan rasuah tetapi adakalanya membenarkan perbuatan itu tanpa sedarnya). Maksudnya?
Apa lagi SPRM tunggu, masuk dan siasatlah Lim Gua Eng ekoran pembelian kereta rasmi itu. Walaupun hampir setiap malam media PB mempertikaikan pembelian itu, ia tidak akan ada kesudahan dan kesaihah mengenainya jika tidak ada siasatan dari SPRM. Orang awam yang pendek akal dan cetek maklumat apa lagi tidak memahami simpang siur politik Yahudi akan keliru dan keliru.
Makanya SPRM sebagai suruhanjaya yang dikawal oleh kerajaan UBN hendaklah memberi kata putus sebagai memuaskan hati mereka yang mengungkitkan pembelian itu dan juga mereka dituba dengan kekeliruan siang dan malam.
Walaupun Pegawai Kewangan Negeri Pulai Pinang telah menjelaskan terma atau pun urusan belian kereta Mercedes itu dengan harga potongan, tetapi ia tidak dipercayai. Siang malam media eletronik PB buat mewawancara dengan indivu-invidu termasuk yang ditangkap tepi longkang dan dikenal pasti benci kepada DAP dan Lim Guang Eng. Sudah naik muak orang melihat wajah-wajah yang dipaparkan.
Pihak media yang memainkan isu berkenaan juga tidak bodoh dalam memahami sesuatu pembelian kerajaan dan keistimewaan yang diperolehinya. Tetapi kerana tujuannya, ungkit pembelian kerana nak damagekan Guan Eng maka ia dilakukan juga walaupun menjatuhkan wibawa dan taraf profesional media berkenaan.
Motif politik disebalik memburukan Guan Eng ialah kerana hendak jatuhkan kerajaan DAP di negeri itu. Percayalah kerajaan DAP tidak akan jatuh dengan memberi gambaran buruk kepada orang yang tidak buruk. Katalah sebanyak mana yang bunga ros itu busuk orang tidak percaya kerana ros adalah tetap ros.
Sia-sia saja cuba memanipulasikan apa cerita hendak mengaitkan Guan Eng sebagai buruk.
Kalau individu yang hendak jatuhkan kerajaan DAP Pulau Pinang itu cerdik, dia tidak akan membuat spekulasi begitu. Dia akan menceritakan kewangian ros dan cuba belajar macam mana hendak mewangikan orang-orang Umno di Pulau Pinang. Percayalah kerajaan DAP tidak akan jatuh dengan cara dilakukan seperti sekarang ini malahan ia menjadi semakin utuh.
Orang Umno kena buat sesuatu yang menyebaban orang Melayu suka dan yakinkan kepada mereka. Begitu juga dengan orang Cina di Pulau Mutiara. Selagi orang Cina tidak bersama Umno, maka selama itu Umno hanya akan jadi kera sumbang saja di Pulau Pinang atau seperti penjaja nasi kandar basi memikul bakul ke hulu dan ke hilir.
Kebaikan yang dilakukan oleh Guan Eng bukan kebaikan yang palsu atau buat-buatan seperti mana orang Umno lakukan. Ia adalah kebaikan sejati. Atau pun kalau ada kejahatan mengenai tander mender sama juga yang dilakukan oleh pemimpin Umno. Kalau hendak pertikaikan Guan Eng pertikaikan dulu apa yang pemimpin Umno buat.
Soal Guan Eng atau DAP hendak perkuatkan Cina, sesiapa tidak boleh pertikaian. Seperti juga orang Umno yang hendak perkuatkan orang Melayu. Itu adalah tanggungjawab dan amanah. Itulah intisari dan matlamat perjuangan semua bangsa di dunia ini.
Bodok dan tolollah Guan Eng kalau dia berjuang bukan untuk memperkuat, memaju kaumnya, Cina. Bagaimana Melayu buat begitulah juga yang Guan Eng buat. Hakikat ini kena diterima.
Ditegaskan janganlah berusaha menjatuhkan orang dengan cara tidak baik. Kalau hendak menebang pokok buatlah muka di sebelah arah yang condong jangan sesekali menebang dari arah yang sebaliknya kerana menebang dari arah condong itu memudahkan pokok itu tumbang manaala kalau menebang disebalik arah bertentangan ia membahayakan si penebang. Faham-fahamlah. [wm.kl.10:51 am 01/02/14]
Mohd Sayuti Omar,
No comments:
Post a Comment