Cara mudah pilih madu asli
Cara mudah memilih madu yang asli. Ini bukannya cerita madu Ustaz Azhar Idrus yang heboh diperkatakan sekarang. Memilih madu asli agak sukar bagi yang tidak biasa. Di bawah beberapa tips yang boleh dijadikan panduan untuk menguji dan memilih madu lebah yang asli.
1. Kental, tidak berbuih dan tentunya manis
Kental atau likat merujuk kepada kadar air dalam madu. Kadar maksimun air dalam madu hanya 20 peratus. Tidak berbuih dan sekiranya berbuih ia terlalu lama dibiar terdedah di tempat terbuka dan rasanya boleh menjadi sedikit masam.

2. Tidak menembusi kertas
Madu yang terbaik mempunyai kekentalan yang tinggi dengan kandungan air yang sedikit. Kalau dititiskan ke atas kertas surat khabar ia tidak akan tembus menitis.
Madu yang terbaik mempunyai kekentalan yang tinggi dengan kandungan air yang sedikit. Kalau dititiskan ke atas kertas surat khabar ia tidak akan tembus menitis.
3. Menggelembung apabila dipanaskan.
Buat perbandingan madu dan gula apabila dipanaskan. Gula yang dipanaskan akan berbuih sebaliknya madu asli akan menghasilkan gelembung-gelembung yang lebih besar dan meletus apabila dipanaskan.
Buat perbandingan madu dan gula apabila dipanaskan. Gula yang dipanaskan akan berbuih sebaliknya madu asli akan menghasilkan gelembung-gelembung yang lebih besar dan meletus apabila dipanaskan.
4. Sukar larut dalam air
Apabila madu asli dituang ke dalam gelas berisi air, madu asli akan lebih sukar larut berbanding madu bercampur gula.
Apabila madu asli dituang ke dalam gelas berisi air, madu asli akan lebih sukar larut berbanding madu bercampur gula.
5. Tidak kering apabila dijemur
Letakkan setitik madu di permukaan panas terik matahari. Madu yang bercampur gula akan mengering dan boleh terbentuk lapisan kerak tetapi sebaliknya jika ia madu asli. Ia tidak mengering.
Letakkan setitik madu di permukaan panas terik matahari. Madu yang bercampur gula akan mengering dan boleh terbentuk lapisan kerak tetapi sebaliknya jika ia madu asli. Ia tidak mengering.
Semoga ia bermanafaat. Madu asli amat baik untuk kesihatan sekiranya diamalkan meminumnya dalam kehidupan seharian.
Kangkung – Ungku Aziz nafi itu tulisan beliau
Prof Diraja Ungku Aziz Ungku Abdul Hamid hari ini menafikan sekeras-kerasnya dakwaan beliaulah penulis catatan ‘kangkung’ di atas yang tersebar di laman Twitter dan Facebook.
Menyifatkan ia zalim dan satu propaganda bagi memburukkan hubungan baiknya dengan kerajaan, Ungku Aziz berkata beliau tiada masa untuk melakukan perkara tersebut.
“Itu merupakan satu penipuan yang mana orang lain menggunakan nama dan gambar saya untuk kepentingan tertentu…saya tak ada (akaun) Twitter, tak keluarkan apa-apa puisi (catatan) seperti itu.
“Saya tak tahu siapa dan apa tujuan dia buat macam tu. Ini kerja propaganda bagi burukkan hubungan saya dengan perdana menteri, dan saya boleh katakan ia adalah zalim,” katanya dipetik Bernama.
Catatan tersebut tersebar di laman dan media sosial setelah penjelasan Najib berkaitan peningkatan dan penurunan harga barang ketika berucap pada majlis penyampaian bantuan kepada mangsa banjir di Kemaman pada Ahad lalu.
Beliau juga menjelaskan lebih cenderung menulis pantun berbanding puisi.
Ditanya tentang kemungkinan akan mengambil tindakan undang-undang kepada pihak yang menyalahgunakan identitinya, beliau berkata tidak berhasrat berbuat demikian.
“Saya tidak berhajat mengambil tindakan lanjut. Saya harap dengan kenyataan ini dapat hentikan penyalahgunaan ini daripada terus berlaku.
“Kepada mereka yang suka membuat propaganda, saya nasihatkan supaya hentikan kerja yang mendatangkan dosa ini,” katanya.
No comments:
Post a Comment