Pages

Tuesday, 28 January 2014

No Spanking Law: Kanak-kanak Sweden menjadi degil dan biadab - pakar di Sweden...gambar terkini 4 beradik M'sia

Rabu, 29 Januari 2014

GAMBAR 4 ANAK WARGA MALAYSIA DIPENJARA DI SWEDEN

by CREW on JANUARY 18, 2014


Sumber : GAMBAR ANAK PASANGAN MALAYSIA DITAHAN POLIS SWEDEN 

Berita Tangisan 4 Beradik Rindukan Mummy dan Daddy – Bharian
Kuala Lumpur: “We are sad.. we need mummy and daddy. We miss them so much.. Please come back to us, we can’t live without them. (Kami sedih… kami perlukan mummy dan daddy. Kami terlalu rindukan mereka. Tolonglah kembali kepada kami, kami tidak boleh hidup tanpa mereka).

sweden

Sumber : GAMBAR ANAK PASANGAN MALAYSIA DITAHAN POLIS SWEDEN 



 Rindukan Ibu Bapa Yang Ditangkap di Sweden



Berat mata memandang berat lagi bahu memikul
Mari semua rakyat Malaysia kita doakan
mereka akan selamat dan kembali bersama ibu bapa mereka


Tinggal bersama keluarga angkat Islam dari Malaysia
Update Status ~ Lembaga Kebajikan Sosial Sweden memberikan kebenaran supaya empat kanak-kanak warga Malaysia tinggal bersama keluarga angkat Islam dari Malaysia.Proses pemindahan hak penjagaan sementara itu dijangka selesai dalam tempoh seminggu.

Empat beradik yang berusia 7, 11, 12, dan 14 tahun itu kini ditempatkan bersama keluarga angkat selepas ibu bapa Mereka Azizul Raheem Awalludin Dan Shalwati Nurshal ditahan polis Sweden sejak 18 Disember lepas..... Azizul dan Shalwati ditahan kerana didakwa memukul tangan salah seorang anak mereka yang meninggalkan solat.

Azizul Raheem Awalludin dan isteri, Shalwati Norshal yang ditahan di Sweden direman hingga 30 Januari

Ramai keliru tindakan kerajaan Sweden?
Sejak tersebarnya kes penahanan suami isteri warga Malaysia di Sweden oleh pihak berkuasa tempatan kerana memukul anak mereka yang tidak solat, ramai rakyat Malaysia keliru dengan tindakan itu.

Menghukum anak kerana tidak bersolat dibenarkan dalam Islam tetapi hukuman itu boleh dilakukan tanpa menyebabkan kecederaan serius pada anggota fizikal anak.

Namun, hukum berkenaan menyalahi undang-undang di beberapa negara Barat dan Eropah.
Memandangkan pasangan itu berada di Sweden, maka pihak berkuasa tempatan mengambil tindakan berlandaskan undang-undang yang dipraktikkan di negara itu sejak 1979, di mana hukuman atau denda terhadap kanak-kanak adalah kesalahan jenayah.

Di Sweden, negara itu mengamalkan no spanking law iaitu undang-undang melarang ibu bapa menghukum anak dengan cara memukul. Meskipun tidak meninggalkan kesan namun ia menyalahi undang-undang Sweden, malah, menengking pun tidak dibenarkan.
Justeru, undang-undang itu diperkenalkan bagi membendung kes penderaan.

Bagaimanapun, sesetengah pakar di Sweden berpendapat, semenjak undangundang itu dilaksanakan, kanak-kanak Sweden menjadi degil dan biadab.
Menurut laporan South China Morning Post, seorang ahli psikiatri iaitu David Eberhard berkata, undang-undang tersebut menyebabkan kanak-kanak Sweden mula menuntut hak sama rata dengan orang dewasa.

"Ia menyebabkan kanak-kanak menjadi penentu keputusan keluarga seperti bila hendak makan, tidur, menonton televisyen dan sebagainya," katanya.

Takrif memukul
Hukuman memukul lebih sinonim dengan corporal punishment atau hukuman sebat.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Hak Asasi Kanak-kanak mentafsirkan, corporal punishment ialah memukul secara perlahan di mana-mana bahagian fi zikal bertujuan memberi sedikit kesakitan atau ketidakselesaan.

Sebelum 2012, di Amerika Syarikat (AS), hukuman sebat sah dilaksanakan ke atas individu bawah umur di 49 negeri.
Bagaimanapun, pertengahan tahun sama, Delaware muncul sebagai bandar pertama mengharamkan perbuatan itu sama ada di rumah atau sekolah dan mengkategorikannya sebagai penderaan.

Tuntutan itu mendapat sokongan daripada hasil kajian terhadap 2,000 ibu bapa. Kesimpulannya, hukuman itu diharamkan secara rasmi di 34 negara di seluruh dunia pada tahun lalu.

Kategori hukuman Dirumah
Hukuman ini bisanya dilakukan ibu bapa atau penjaga.
Ia lazimnya merujuk kepada tata cara memukul dengan membaringkan anak di pangkuan secara terbalik dan memukul punggung mereka dengan tangan.

Di Kanada, ibu bapa boleh melaksanakan hukuman itu kecuali bagi kanak-kanak di bawah 2 tahun. Mereka boleh memukul dengan tangan. Tetapi sekiranya menggunakan tali pinggang atau alat pemukul maka ia adalah dianggap kesalahan.
Selain itu, ibu bapa atau penjaga boleh dikenakan hukuman sekatan dalam negara atau dipenjarakan.
Di Britain, hukuman boleh dibuat terhadap kanak-kanak tetapi tidak boleh meninggalkan kesan pada badan.

Di Pakistan, ibu bapa atau penjaga dibolehkan memukul anak seperti terkandung Seksyen 89 di Kanun Keseksaan.
Disekolah Sebat terhadap pelajar atau murid sekolah diharamkan di banyak negara. Tetapi, ia masih boleh dibuat di bahagian punggung atau tapak tangan dengan menggunakan rotan atau pembaris dan memukul dalam keadaan tapak tangan terbuka.

Berbeza di Singapura, hukuman rotan hanya boleh dikenakan kepada pelajar atau murid lelaki sahaja.
Namun, hukuman itu kini semakin berkurangan kerana guru lebih menggunakan pendekatan psikologi berbanding menghukum.

Dibawah arahan hakim Sebanyak 33 negara masih melaksanakan hukuman sebat tetapi tidak dilakukan terhadap kanak-kanak. Ia dilakukan mengikut akta kesalahan.
Antara negara masih melaksanakan hukuman ini adalah Botswana, Malaysia, Singapura, Tanzania, Arab Saudi, Iran, Sudan, utara Nigeria dan Pakistan.
SH

No comments:

Post a Comment