Pages

Sunday, 12 January 2014

Polis Peronda MABUK bersenjata api MP5 dalam kereta tak berkunci...Isk, Isk, bahaya tu!

Ahad, 12 Januari 2014

Rakaman-rakaman gambar ini dikatakan tersebar luas bermula di laman sosial WhatsApp dan kini menyalar dialam siber termasuk FB.

Digambarkan dua orang anggota polis dari unit MPV kereta nombor pendaftaran WLQ 4697, dalam keadaan terlalu mabuk sehingga terpaksa memberhentikan kereta MPV ketepi jalan agar tidak berlakunya kemalangan jalanraya.

Dari rakaman gambar-gambar tersebut dilihat mereka sedang nyenyak tidor dan ada yang sedang memegang setin bir jenama Heineken dengan pintu kereta terbuka dan senjata api berkemungkinan jenis MP5 lengkap dengan berpeluru terletak ditapak kaki bahagian duduk belakang.

Tidak dapat dibayangkan jika senjata berkenaan terlepas ketangan penjenayah.

Mohon siasatan lengkap dan telus tanpa memberi sebarang perlindungan untuk mengesahkan apakah rakaman-rakaman ini benar lagi sahih.

Setahu OmakKau jika ini sahih maka jelas suatu perlanggaran disiplin amat tinggi grednya telah terlurai dan dilakukan oleh kedua anggota polis peronda berkenaan.

Jika tidak, pihak yang mula-mula melakukan penyebaran melalui WhatApps ini wajar diambil tindakan saman dan undang-undang yang sedia ada kerana memalukan institusi PDRM.




Macai... kaki auta!

Bukan Polis mabuk betul-betul.. tapi latihan..

Namun setelah diselidiki, ternyata gambar-gambar tersebut adalah aksi lakonan semula anggota polis.

Seorang pengguna Facebook, Nordin Mansor yang memberi komen di laman Facebook Suara Rakyat turut menafikan anggota polis dalam gambar tersebut benar-benar mabuk.

Nordin yang juga dipercayai seorang anggota polis menjelaskan bahawa situasi berkenaan adalah latihan bagi menggambarkan kesalahan dalam waktu kerja.

Sinar Harian Online akan mendapatkan komen Ketua Polis Negara mengenai penyebaran gambar berkenaan ~ Sinar Harian 


.. Ada pihak mendakwa gambar ini mula disebarkan melalui WhatApps.. siapalah yang bengong sangat pi upload gambar macam ni dalam WhatApp?

Nasib baik ada yang sudi menjelaskan kisah sebenar disebalik gambar-gambar yang tersebar tu.. kalau tidak semakin tercalarlah imej Polis...


0
amNO MONEY's avatar
amNO MONEY· 1 hour ago
Makin tinggi kos sara hidup, makin banyak jenayah, 
makin banyak fatwa, MAKIN BANYAK PULAK LAKONAN yerrr? 
Kalau setakat lakonan utk ambil gambar kesalahan penjawat awam, 
APSAL NAK BUAT PENGGAMBARAN WAKTU MALAM? 
Tak boleh buat dlm kawasan balai saja ka? 
Nordin Mansor pulak dipercayai anggota polis... 
TAKKAN POLIS NAK TANGKAP POLIS!! 
Apapon kita tunggu Inspektorrr Shahab buat kenyataan rasmi. 

Anggota polis mabuk diambil tindakan

SHAH ALAM - Ekoran penyebaran gambar dua anggota polis yang dipercayai berada di bawah pengaruh alkohol semasa menjalankan tugas rondaan, kedua-dua identiti anggota tersebut telah dikenal pasti.

Menurut kenyataan Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd Shukri Dahlan, melalui akaun Facebook Polis Diraja Malaysia  malam ini, kedua-dua anggota terbabit telah ditukarkan serta-merta tempat penugasan dan siasatan lanjut berkaitan insiden itu sedang dijalankan.

Beliau berkata, PDRM memandang serius kesalahan yang dilakukan oleh mana-mana anggota yang didapati mengabaikan tanggungjawab menjaga keselamatan masyarakat.

"PDRM juga tidak akan melindungi dan berkompromi dengan pegawai dan anggota yang telah melakukan kesalahan yang boleh menjejaskan imej pasukan.

"Orang ramai diminta menyalurkan maklumat kepada PDRM sekiranya mendapati mana-mana pegawai dan anggota polis yang melakukan kesalahan dan tidak berintegriti," katanya. - SH

No comments:

Post a Comment