Pages

Wednesday, 1 January 2014

RM15 juta - buat 'wallpaper kat henpon'?... Warisi perangai Abu Jahal!

Rabu, 2 Januari 2014

Timeline Photos


Nah rm15 juta korang.macai sila amik simpan buat wallpaper kat henpon
 — withMiracle Mytawakal and Suhaimi Sulaiman.

Gambar: Rakyat diminta berjimat cermat, tapi ini apa kejadah belanja sampai 15 juta semata2 untuk bunga api dan maksiat??

Naikkan harga barang, UMNO warisi perangai Abu Jahal

Written By canang on Rabu, 1 Januari 2014 | 1/01/2014 09:31:00 PTG

KUALA LUMPUR, 1 JANUARI: Tindakan kerajaan menaikkan harga barang secara mendadak tanpa memikirkan penderitaan rakyat hampir menyamai kezaliman yang dilakukan Abu Jahal satu ketika dulu.
Demikian kata Ahli Parlimen DAP Batu Kawan, Kasthuri Patto ketika menyampaikan ucapan ringkas dihadapan hampir 8,000 ribu rakyat dalam Himpunan Turun, semalam.
“Kita semua hadir hari ini untuk mengugat keamanan Perdana Menteri, Najib Razak dan isterinya Rosmah. Mulai 2014 kita akan pastikan beliau tidak boleh tidur lena dengan segala tindakan kejam yang dilakukan.
“Rakyat tidak mahukan kerajaan yang menipu, merompak dan menderhaka kepada warganya sendiri.
“Perilaku zalim sebegini tidak boleh diterima, inilah dia pemerintahan ala-ala Abu Jahal tapi mengaku diri wasatiyyah,” katanya.
Kasthuri turut menegaskan, himpunan terbabit bukan pengakhiran selagi kerajaan tidak memenuhi permintaan rakyat.
“Malam ini bukan kesudahan, kita ada misi besar iaitu mengambil semula hak yang telah dirompak. Ini adalah tanggungjawab kita sebagai rakyat untuk berterusan mendesak pentadbiran Najib.
“Marilah kita bersama-sama dari sekarang bekerja dan menyampaikan mesej ubah kepada masyarakat di kampung-kampung yang begitu kuat memuja serta masih memberi mandat kepada kerajaan yang tidak halal ini agar mereka dapat dikalahkan pada PRU akan datang,” ujarnya.
Turut hadir ialah Ketua Pemuda DAP, Teo Kok Seong; Ahli Parlimen DAP Segambut, Lim Lip Eng; Ahli Parlimen DAP Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong dan beberapa pimpinan Pakatan Rakyat lain. -Roketkini.com

No comments:

Post a Comment