Pages

Wednesday, 15 January 2014

The best Mamak Restaurant in KL - Basuh kuali pakai air longkang...Uweek!

Rabu, 15 Januari 2014

Published on Jan 7, 2014
Memang tak diduga dimana orangnya selalu berkopiah semasa memasak, boleh basuh kuali pakai air longkang.. Video ini dirakam dari tingkat 1 atas pd kedai mamak tersebut di mana berhadapan dgn pej. kami..


Ni baru gambar, belum bau longkang ...


Uweeik.. Buat peminat restoren mamak ...


Kalau sebelum ni heboh restoren mamak,, ada yang sangkal balik dan sebagainya,,, tetapi kali ini siap ada bukti..

Sayang, aku tak biasa dengar lagi nama kedai ni,, belum popular lagi...

Listen Listen Original added a Videofrom 14hb Januari 2014 to his timeline — bersama Arifin Abd Ghani dan 18 yang lain di Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur.
 · 250 pengikut
Mohon Share semua terutama sahabat di kawasan Kuala Lumpur. Sila laporkan pada pihak berwajib. Restoran Mamak yang diragui Status Islam. Basuh periuk dan kuali dengan AIR LONGKANG belakang restorannya.
Tarikh: Januari 2014.
Lokasi: Bandar Tasik Selatan, KL
Kalau air sungai tu boleh lah tahan sikit,, ini air longkang,,, errhm,, nyam nyam...

Gambar: Kangkung turun harga.. tapi kedai mamak pulak nak naik harga...

Mamak pula dah naik harga..Hadoiii !

myMetro 15 Jan 2014

Oleh Maiamalina Mohamed Amin
Kuala Lumpur: Jika sebelum ini pelanggan di kedai mamak hanya perlu membayar RM2.70 untuk menikmati segelas teh tarik dan roti canai kosong, jangan terkejut jika harganya berubah menjadi RM3.11 menjelang Mac depan.
Harga baru yang dinaikkan sekitar 18 ke 23 sen itu adalah anggaran kasar sekiranya kira-kira 6,000 pemilik restoran di bawah Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA) menaikkan harga makanan sehingga 15 peratus.

Ia berdasarkan cadangan persatuan itu yang mahu menggunakan harga makanan dan minuman baru dengan tambahan antara lima hingga 15 peratus sebagai menampung peningkatan kos operasi.


Sekiranya ia dikuatkuasakan, hidangan yang menjadi pilihan kebanyakan orang seperti nasi campur, mi goreng mamak dan maggi goreng ayam akan turut berdepan kenaikan antara 75 sen ke RM1.50.
Foto
KENAIKAN harga makanan di kedai mamak masih dalam kajian dan perbincangan.

Presiden PRESMA Noorul Hassan Saul Hameed ketika diajukan perkara itu berkata, pihaknya sekadar mengemukakan cadangan terbabit berdasarkan situasi semasa, namun hingga kini masih belum membuat sebarang keputusan. 



GANTUNG BANNER DI MANA-MANA SAHAJA TERMASUK ATAS LONGKANG BUSUK

No comments:

Post a Comment