Pages

Saturday, 15 February 2014

Ada 'TANGAN' lain mahu MEJAR ZAIDI didakwa - KERABAT

Sabtu, 15 Februari 2014
February 13 

ADA 'TANGAN' LAIN MAHU MEJAR ZAIDI DIDAKWA - KERABAT

Feb 11, 2014
ANIS NAZRI

KUALA LUMPUR: Pendakwaan yang dikenakan ke atas juruterbang Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM), Mejar Zaidi Ahmad dianggap sebagai penganiayaan terhadap pegawai kanan tentera, dan anggota lainnya.

Presiden Sekretariat Kebajikan Rangkaian Bekas Anggota Tentera Malaysia (Kerabat), Leftenan Kolonel TUDM (B) Mohd Nazari Mokhtar (gambar) berkata, tindakan pendakwaan itu juga bertujuan menakutkan pegawai-pegawai lain dari menyatakan kebenaran.

"Pendakwaan yang dikenakan ke atas Mejar Zaidi itu hakikatnya atas hak beliau menyatakan rasa tidak puas hati beliau berhubung penggunaan dakwat kekal. Bukannya beliau melanggar disiplin pentadbiran.

"Sayangnya, seolah-olah ada 'tangan' lain yang mengkehendakkan Zaidi diambil tindakan," tegas beliau kepada Harakahdaily, hari ini.

Beliau juga melahirkan rasa kecewa terhadap Kementerian Pertahanan kerana dirasakan tidak sensitif dengan perkembangan semasa politik Malaysia.

Nazari berpendapat pendedahan Mejar Zaidi berkaitan penggunaan dakwat kekal dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) seharusnya disokong panglima-panglima lain di angkatan tentera.

"Bagaimanapun, akibat takut sangat dengan ahli politik tertentu dan terlalu menjaga periuk nasi, maka Mejar Zaidi tidak menerima sokongan secara terbuka oleh pegawai yang lebih atas dari beliau," kata Nazari.

Nazari, yang mewakili lebih 42,000 keanggotaan di dalam Kerabat turut merakamkan sokongan penuh atas tindakan Mejar Zaidi, yang disifatnya lebih berani dari pihak atasan lain di dalam tentera.

7 Feb lalu, Mejar Zaidi (gambar) mengaku tidak bersalah atas tujuh pertuduhan yang dikenakan ke atas beliau ekoran pendedahan mengenai dakwat kekal yang digunakan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) itu mengaku tidak bersalah atas semua tuduhan itu di hadapan Yang Dipertua Mahkamah Tentera di Pengkalan TUDM, Sungai Besi.

Lima daripada pertuduhan berkenaan di bawah Seksyen 50(2) Akta Angkatan Tentera 1972, sementara dua lagi membabitkan Seksyen 51 akta sama.

Seksyen 50(2) adalah membabitkan kesalahan tidak patuh kepada pegawai atasan yang boleh dipenjara tidak lebih dua tahun, manakala Seksyen 51 pula tidak patuh kepada perintah tetap yang boleh dihukum penjara tidak lebih dua tahun atau hukuman ringan lain.

Semua pertuduhan berkenaan merujuk pada tarikh 1 Mei 2013 di dua lokasi berbeza iaitu perkarangan Balai Polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kepala Batas dan Pangkalan Udara Butterworth.

Hakim menetapkan 8 hingga 10 April depan untuk perbicaraan kes tersebut.

Sementara itu, satu halaman di laman sosial Facebook diwujudkan bagi orang ramai mengikuti kes membabitkan Mejar Zaidi, selain isu-isu semasa yang turut dimuatkan.

Sehingga kini, bilangan orang yang menyukai halaman yang dinamakan Sokong Mejar Zaidi TUDM itu sudah mencecah 8201 sejak ditubuhkan pada 31 Dis tahun lalu.

http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/25599-ada-tangan-lain-mahu-mejar-zaidi-didakwa-kerabat

Photo
"V" FOR VICTORY (KEMENANGAN)

Photo: "V" FOR VICTORY (KEMENANGAN)

Ramai yg menafsirkan isyarat tangan yg sya buat (dlm gambar) sebagai "Peace", tak tau plak saya mna diorang dapat penafsiran tersebut. Apa yg sya tahu dan maksudkan isyarat tersebut menunjukkan huruf "V" iaitu victory atau kemenangan. Bagi saya kemenangan telah dicapai apabila kita berjaya mengatasi rasa takut kepada sesama makhluk dan hanya takut ke pada Allah SWT yang Maha Berkuasa. Manusia yg memiliki kekuasaan yg sementara ini boleh berbuat apa sahaja kepada kita (pecat/penjara/bunuh) tetapi kemenangan tetap milik kita selagi kita tetap berada diatas jalan kebenaran iaitu jalan hidup seorang Muslim yg tetap berpegang dengan kalimah Laailahaillallah sehingga nafas yg terakhir. Doakan saya tetap thabat di-atas jalan-Nya, aamiin.

Photo: SUDILAH KIRANYA BELI BUKU PERTAMA KARANGAN SAYA

Assalamualaikum, sudikah beli buku pertama karangan sya "peringatan2 penting utk bakal jamaah haji dan umrah" hasil pengalaman sya pergi haji tahun 2012, harga hanya rm15 termasuk kos pos, keuntungan buku ini adalah untuk membiayai kos guaman saya di mahkamah tentera.  Buku setebal 180 m/surat dengan 19 Bab ini bukan sahaja sesuai untuk mereka2 yg akan ke Tanah Suci dalam masa terdekat, tetapi turut menggariskan cara2 utk mendaftarkan diri sebagai bakal jamaah haji, sesungguhnya Haji dan Umrah bukan perkara main-main kerana ianya adalah salah satu rukun Islam, jadi segeralah mendaftar untuk Haji, bukan mahal pun Rm1300 shj, sedangkan kereta, rumah, perabot dll yg berharga ratusan ribu boleh kita beli.  Buku ini juga mendedahkan tentang kegiatan jenayah terutama kecurian di Tanah Suci dimana penulis dan beberapa orang jamaah lain turut menjadi mangsa. Bagi penulis sendiri kehilangan wang dan telefon bimbit dari dalam poket yg berzip ditengah2 manusia yg ramai bersesak2 dihadapan Hajarul Aswad (Kaabah) menunjukkan bahwa bukan semua yg ke tanah Suci itu bertujuan baik, jadi kepada semua, berhati2lah. Berbagai Teknik jenayah digunakan oleh penjenayah terhadap jamaah sehingga juga melibatkan bukan setakat kecurian tetapi juga jenayah2 berat, selain itu disertakan juga cerita bagaimana teknik penjenayah yg sama turut menular ke negara kita dimana ramai yg telah menjadi mangsa.  Selain itu beberapa kelemahan dari segi pengurusan haji seperti bas sesat, beg hilang dan sebagainya lagi turut disentuh, berlaku juga kes-kes dimana jamaah uzur tiada pengiring yang sesuai, jamaah sesat mencari khemah dan bas sendiri dan lain-lain lagi cerita menarik. Anda pasti tidak akan menyesal memiliki buku ini dan ianya boleh menjadi bahan rujukan untuk sesiapa sahaja ahli keluarga anda yang ingin ke Tanah Suci bila-bila masa sahaja. Ingat! Bukan semua yang ke Tanah Suci itu bertujuan baik, jadi berhati2lah kemana saja anda pergi, hatta di tanahair sendiri! Selamat membaca.Tksh dan Wassalamualaikum wbh.
 
Antara komen mereka2 yg telah membaca buku ini;

“Alhamdulillah byk gambaran yg saya dpt terutama ttg aspek keselamatan dan lain2, Kebanyakkan isi amat berguna dan dpt gambaran yg jelas”

“Byk info & peringatn sgt bguna utk bakal umrah & haji”

“Saya sedang baca, tuan guna ayat yg senang faham , pada saya tuan boleh melangkah jauh kehadapan.. tq tak pernah saya jumpa buku mcm ni , langsung x kadekut ilmu, like it,, syabas,,,”

oh. bagus!!! pengisian yg mantap & jalan cerita yg bersahaja... patut dimiliki oleh setiap bakal2 haji / umrah utk gambaran yg lebih jelas ttg tips2 menghadapi karenah org2 di arab.

klau nk bli buku tu msuk duit rm15 ke akaun maybank sya zaidi ahmad 157148112711 pastu sms tarikh/masa msuk, nama dan alamat penuh ke 019-4756474 nnt sya pos (biasa) buku tu, klau msuk rm20 bg no akaun sya txfer blik rm5 tu, tksh byak shabat2 sekalian atas sokongan

TERIMA KASIH TAK TERHINGGA KEPADA LEBIH 900 ORANG YG TELAH MEMILIKI BUKU INI.
SUDILAH KIRANYA BELI BUKU PERTAMA KARANGAN SAYA

No comments:

Post a Comment