Pages

Friday, 28 February 2014

Dari Kajang ke Putrajaya - [Video] Anwar menang saman fitnah RM800 ribu terhadap 'Papa Gomo'

Jumaat, 28 Februari 2014
Gambar: Orang yang ada maruah akan rasa malu, dan berhenti buat perkara mungkar.

TETAPI ada spesis orang yang jenis tak reti nak rasa malu ...

>>>https://www.facebook.com/pages/Papa-Gomo/118745648220261
Gambar: DAP akan mengadakan Jamuan Makan Malam "Dari Kajang Ke Putrajaya" pada 21 Mac 2014 bertempat di Tempat Letak Kereta Pasar Sg. Chua, Kajang.

Harga tiket untuk satu meja adalah seperti berikut: * RM500 (atau RM50/tiket individu) * RM1000 (gold sponsorship) * RM2000 (platinum sponsorship)

Pertanyaan: 012-7325558 (KC Chan). Bayaran boleh dibuat kepada akaun bank DAP Selangor (Maybank 014178129598)

---

Sila Like dan Share page DAP https://www.facebook.com/DAPMalaysia
DAP akan mengadakan Jamuan Makan Malam "Dari Kajang Ke Putrajaya" pada 21 Mac 2014 bertempat di Tempat Letak Kereta Pasar Sg. Chua, Kajang.

Harga tiket untuk satu meja adalah seperti berikut: * RM500 (atau RM50/tiket individu) * RM1000 (go
ld sponsorship) * RM2000 (platinum sponsorship)

Pertanyaan: 012-7325558 (KC Chan). Bayaran boleh dibuat kepada akaun bank DAP Selangor (Maybank 014178129598)


---
Sila Like dan Share page DAPhttps://www.facebook.com/DAPMalaysia

Published on Feb 27, 2014
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah mengarahkan Ketua Pegawai Eksekutif KLPOS Media Production Sdn Bhd Wan Muhammad Azri Wan Deris membayar ganti rugi RM800,000 kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Hakim Rosilah Yop membuat keputusan tersebut selepas mendapati pihak plaintif berjaya membuktikan kes dan mengarahkan defendan membayar ganti rugi kos sebanyak RM50,000.

Maklumat lanjut, klik pada link berikut:

http://www.rakyatnews.my/index.php/20...

Video/Editing/Voiceover : Mohd Khushrin Mohd Lani
Gambar: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menang dalam samannya terhadap pengendali blog 'Papa Gomo' berhubung penyiaran perkataan fitnah dan mengaitkannya dalam video seks dengan seorang lelaki.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Anwarmenangsamanfitnahterhadap_PapaGomo_/Article
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menang dalam samannya terhadap pengendali blog 'Papa Gomo' berhubung penyiaran perkataan fitnah dan mengaitkannya dalam video seks dengan seorang lelaki.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Anwarmenangsamanfitnahterhadap_PapaGomo_/Article

 Mahkamah Tinggi arah Papa Gomo bayar RM800,000 kepada Anwar

Penulis blog Wan Muhammad Azri Wan Deris atau Papa Gomo diarahkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membayar RM800,000 kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ganti rugi kerana memfitnah ketua pembangkang itu.

Hakim Rosilah Yop dalam penghakimannya turut mengatakan Wan Muhammad Azri adalah pemilik blog Papa Gomo.

Rosilah juga membenarkan permohonan injunksi tetap oleh Anwar untuk menghalang Wan Muhammad Azri mengulangi fitnahnya di blog tersebut.Hakim juga mengarahkan Wan Muhammad Azri membayar RM50,000 kepada Anwar sebagai kos.

Pada 21 Mac tahun lalu, Anwar memfailkan saman sebanyak RM100 juta terhadap Wan Muhammad Azri kerana memuatnaik empat siri tulisan yang memfitnahnya pada 16, 17, 19 dan 20 Mac dengan salah dan berniat jahat menyiarkan perkataan lucah dan melampau.

Menurut penyataan tuntutan itu juga defenden telah meletakkan beberapa pautan web yang memaparkan satu siri imej dengan mengatakan lelaki itu adalah Anwar.

Wan Muhammad Azri sebelum ini memberitahu mahkamah beliau bukanlah pemilik blog Papa Gomo.Peguam Anwar, N Surendran mengatakan ganti rugi tersebut adalah yang terbesar pernah dimenangi Anwar.

"Keputusan ini adalah isyarat jelas seseorang perlu membayar selepas mencemarkan maruah individu lain," katanya.

Surendran yang juga ahli Parlimen Padang Serai juga mengatakan "perbuatan jahat" blogger berkenaan dilakukan sebelum pilihan raya umum Mei lalu."Keputusan ini juga membuktikan Anwar bukanlah orang dalam video itu," kata Surendran.TMI

No comments:

Post a Comment