ABDUL MALIK BIN AB RAZAK
Satu Suara ~ Lagi sokongan daripada GAMIS kepada#Himpunan222MansuhPBS
KENYATAAN MEDIA
GABUNGAN MAHASISWA ISLAM SEMALAYSIA [GAMIS]
18 FEBRUARI 2014
MANSUH PBS : GAMIS SOKONG HIMPUNAN 222
Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia [GAMIS] memandang serius kemelut sistem PBS yang sedang menjadi keluhan para guru di Malaysia pada masakini. Keluhan demi keluhan yang diutarakan oleh warga pendidik membuktikan bahawa sistem yang telah dilaksanakan sejak dua tahun yang lalu ini tidak dikaji secara mendalam, bahkan tidak mendapatkan pandangan para pendidik sebelum dilaksanakan.
GAMIS juga menyelar kenyataan yang dikeluarkan oleh Yang Dipertua Majlis Pegawai Pendidikan Daerah Malaysia (MPPDM), Shafruddin Ali Hussin yang membuat kesimpulan melulu bahawa penganjur himpunan ini menjadi alat kepada pihak yang tertentu, bahkan bertujuan untuk menjatuhkan kerajaan sedia ada. GAMIS melihat bahawa dakwaan yang tidak matang sebegini sudah mula diwarisi daripada menteri kepada pegawai-pegawai kerajaan yang enggan mendengar keluhan serta masalah rakyat.
GAMIS dengan ini menyatakan sokongan sepenuhnya terhadap penganjuran Himpunan 222: Mansuh PBS ini yang digerakkan oleh NGO Suara Guru Masyarakat Malaysia [SGMM]. GAMIS juga komited untuk turut sama berpartisipasi di dalam himpunan ini bagi menunjukkan bahawa mahasiswa turut sama menolak sistem yang bukan sahaja member kesan negatif terhadap warga pendidik pada masa kini, bahkan juga mampu memberikan kesan yang sama terhadap mahasiswa perguruan yang akan turut sama melalui sistem yang sama suatu hari nanti.
“ Membina Harapan, Mengemudi Perubahan ”
ABDUL MALIK BIN AB RAZAK
Presiden
Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia [GAMIS]
Harakahdaily.

Abd Harun · Top Commenter · Pasir Gudang, Johor, Malaysia
Seruan kepada semua guru2 di Malaysia, tak perlu takut turun bersama2 dengan NGO2 yang bersama2 berjuang atas kekeluhan guru2. Mesti bertindak secara kumpulan dan besar2ran. UMNO tak bolih buat apa2 pun kalau kita bersama2 berganding bahu menghapuskan PBS. Kalau dah beribu2 turun padang, apa UMNO bolih buat? takkan nak buang beribu2 guru pula. Masa perubahan sudah tiba.....lawan tetap lawan
No comments:
Post a Comment