Pages

Friday, 14 February 2014

#Justice4MejarZaidi #Solidariti‎4MejarZaidi - Didakwa atas kesalahan menegakkan kebenaran 'Dakwat Tak Kekal'

Sabtu, 15 Februari 2014
Mejar Zaidi Ahmad didakwa atas kesalahan menegakkan kebenaran

‎LIHAT wajah lelaki ini baik-baik, lelaki ini adalah Mejar Zaidi Ahmad seorang pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia, TUDM.


Beliau didakwa di mahkamah tentera minggu lalu dan berdepan hukuman penjara 2 tahun kerana memprotes dakwat kekal tetapi tidak kekal yang diguna dalam pilihanraya umum ke 13 melalui sidang media.

Jika anda adalah pengundi pada Pilihanraya Umum ke 13 yang lalu, sila tanya diri anda sendiri: 

Adakah pewarna dipanggil 'dakwat kekal' ‎yang dicalit pada jari anda sebelum mengundi tempoh hari benar-benar kekal di jari anda selama beberapa hari?‎

Sekarang anda lihat dengan mata kepala anda sendiri bagaimana seorang lelaki, juga seorang ayah ini didakwa atas kesalahan menegakkan kebenaran.

‎Lelaki ini sedang dizalimi, namun ingatlah dan sentiasa ingat, Allah sentiasa bersama dengan orang yang benar lagi menegakkan kebenaran.

‎Kepada si penzalim, hari ini kamu menzalimi. Satu negara tahu kamu sedang berbuat zalim. Kamu boleh pilih untuk teruskan kezaliman ini atau berhenti.

Ketahuilah bahawa kamu sedang menzalimi seorang lelaki yang bersama-sama dengannya adalah Allah, Pencipta Sekalian Alam yang menetapkan segala aturan.

Kerana apa Allah bersama dengannya? Kerana dia menegakkan kebenaran.

Doa orang yang dizalimi tiada penghalang untuk sampai terus kepada Allah.‎ 

Wahai penzalim! Ketawalah sepuas hati mu hari ini, kerana akan sampai hari di mana kamu tidak mampu untuk berwajah bersahaja sekalipun melainkan tangisan dan ratapan yang teruk akibat balasan Allah.

#Justice4MejarZaidi #Solidariti‎4MejarZaidi


Read more: http://milosuam.blogspot.com/2014/02/mejar-zaidi-ahmad-didakwa-atas.html#ixzz2tKwAneL5


Tindakan ke atas Mejar Zaidi ugutan kepada pengundi tentera

The Malaysian Insider OLEH MD IZWAN 

  Pertubuhan Prihatin Bekas Anggota Keselamatan Malaysia (Pahlawan) mendakwa tindakan mengheret Mejar Zaidi Ahmad ke Mahkamah Tentera sebagai ugutan kepada pengundi tentera.

  Kumpulan NGO bekas anggota keselamatan itu menuduh pendakwaan ke atas bekas Pegawai Pemerintah Skuadron 12 Pengkalan Udara Diraja Malaysia (TUDM) tersebut bermotifkan politik demi menjaga pemerintah Barisan Nasional (BN).

  "Tindakan seperti ini seolah-olah ingin menggugut anggota tentera semasa pilihan raya akan datang.

  "Kami melihat kepentingan negara mengatasi segala-galanya," kata presidennya, Asri Buang (gambar atas) dalam sidang media sempena perasmian mesyuarat agung kali ke-2 Pahlawan hari ini.

   Asri juga mendesak supaya pertuduhan ke atas Zaidi digugurkan supaya imej Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak tercalar dengan kontroversi tersebut.

  "Dengan ini Pahlawan mencadangkan pertuduhan terhadap Mejar Zaidi digugurkan serta-merta demi menjaga imej dan maruah ATM," katanya lagi.

   Asri, yang juga bekas bekas Pegawai Waran 1 di Kor Gerak Khas, Rejimen Khas Komando, mendakwa pertuduhan ke atas Zaidi sebagai tidak berasas sama sekali.

   "Pahlawan memandang serius pertuduhan yang dikenakan kepada Mejar Zaidi bagi kedua-dua seksyen ini yang tiada kaitan dengan perilaku pegawai tersebut," kata Asri.

   Zaidi (gambar sebelah)  berdepan lima pertuduhan antaranya berkenaan di bawah Seksyen 50(2) Akta Angkatan Tentera 1972 sementara dua lagi membabitkan Seksyen 51 akta sama.

   Seksyen 50(2) adalah membabitkan kesalahan tidak patuh kepada pegawai atasan yang boleh dipenjara tidak lebih dua tahun, manakala Seksyen 51 pula tidak patuh kepada perintah tetap yang boleh dihukum penjara tidak lebih dua tahun atau hukuman ringan lain.

   Asri bagaimanapun mempertikaikan tindakan ke atas anggotanya tersebut memandangkan ATM tidak pernah mengadakan mesyuarat, mengeluar ketetapan dan arahan pilihan raya khusus bagi semua anggota tentera.

  "Semestinya segala ketetapan dan arahan pilihan raya hendaklah dimakumkan kepada anggota tentera supaya tidak berlaku perkara-perkara yang bertentangan dengan Akta Angkatan Tentera.

 "Penggunaan Akta Angkatan Tentera 1972 ke atas Mejar Zaidi menunjukkan ATM tidak ada pendirian hanya mengikut jari telunjuk ahli politik sahaja," katanya lagi.

 Asri juga mempersoalkan tindakan tersebut diambil ke atas Zaidi hanya kerana membuat laporan polis, malah langkahnya tersebut adalah berlandaskan Perlembagaan negara.

 "Selaku warganegara sesiapa sahaja yang tidak berpuas hati boleh membuat laporan polis bersesuaian dengan hak individu yang termaktub dalam Perlembagaan negara.

  "Pahlawan amat prihatin dan mempersoalkan kenapa seorang anggota ATM yang membuat laporan polis untuk menegakkan kebenaran tetapi dikenakan pertuduhan," tambah Asri lagi.

   Pahlawan ditubuhkan pada 16 September 2012 bertujuan memantau organisasi kerajaan yang ada kaitan dengan kepentingan bekas pesara anggota keselamatan seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Lembaga Tabung Angkatan Tentera, Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera dan tabung amanah yang lain.

  Kumpulan tersebut mempunyai kira-kira 8,000 ahli berdaftar yang terdiri daripada pesara anggota keselamatan negara, seperti polis, tentera, kastam, imigresen dan bomba daripada seluruh negara.

  Pahlawan diterajui Asri sebagai presiden pertama dan timbalan presidennya, Mustafa Ghazanfar.

  Meskipun terdiri daripad bekas penjawat awam, Pahlawan dilihat lebih cenderung ke arah menyokong parti pembangkang Pakatan Rakyat dalam isu-isu melibatkan tabung amanah selain menuntut hak kebajikan bekas anggota keselamatan kepada kerajaan pusat. ‎– 14 Februari, 2014.
Photo: [admin]   Sumbangan anda diperlukan...

No comments:

Post a Comment