Prof Aziz Bari - Mahathir pinda perlembagaan kurangkan kuasa YDP Agong tahun 93
Prof. Dr Aziz Bari meneruskan tugasnya sebagai pakar perlembagaan dan menjadi tumpuan media alternatif tanahair apabila harini "attack" Dr Mahathir ekoran pindaan perlembagaan Persekutuan yang melucutkan kekebalan raja-raja dan raja perlu mendengar nasihat daripada pihak Eksekutif yakni Perdana Menteri
Kelewatan pembentangan Laporan Ketua Audit Negara adalah kerana kelemahan institusi yang disebabkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad semasa beliau menjadi perdana menteri, kata pakar perlembagaan negara Profesor Abdul Aziz Bari.

Pakar undang-undang UIA itu berkata Mahathir telah meminda perlembagaan persekutuan pada tahun 1993 dengan melucutkan raja-raja daripada kekebalan mereka dan menyediakan peruntukan bagi kerajaan untuk "memberi arahan" kepada Yang di-Pertuan Agong.
Ini dilakukan dengan cara memasukkan Artikel 40 (1A) dalam perlembagaan yang menyatakan bahawa Seri Paduka perlu bertindak mengikut nasihat jemaah menteri.
"Pada dasarnya ini merupakan legasi yang ditinggalkan oleh pentadbiran Mahathir, yang mahu monarki disenyapkan," katanya kepada Malaysiakini hari ini.
Menurut Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang, mengemukakan laporan kepada jemaah kabinet sebelum diperkenan oleh Seri Paduka adalah amalan yang diguna-pakai sejak 1982, iaitu sejurus selepas Mahathir menjadi Perdana Menteri.Kata beliau, ia bertujuan untuk membolehkan kabinet membiasakan diri dengan isu-isu yang dibangkitkan dalam laporan itu dan menjelaskannya di Dewan Rakyat. Jiwa Merdeka/Thursday, October 27, 2011

Penurunan kuasa raja2 Melayu oleh Mahathir?
No comments:
Post a Comment