Pengerusi Penaja SGMM ditukar sekolah serta merta
Penganjuran 'Himpunan222: MansuhPBS' oleh Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM) menerima tamparan apabila Pengerusi Penajanya, Mohd. Nor Izzat Mohd. Johari, ditukarkan ke sekolah luar daerah berkuatkuasa serta-merta.
Pertukaran sekolah itu dibuat tanpa alasan kukuh.
Mohd. Izzat berkata, tindakan kementerian itu dilihat tidak profesional dalam menangani isu tersebut.
"Perjuangan SGMM adalah semata-mata demi masa depan pelajar-pelajar terutama pelajar Tingkatan 3 yang terkesan dengan pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) telah disalahertikan oleh kementerian.
"Kita tidak melibatkan mana-mana parti politik dan hanya mahu dasar pendidikan negara memberi manfaat kepada para pelajar telah dianggap sebagai penentang kementerian yang akhirnya dengan sesuka hati membuat keputusan pertukaran sekolah ini," katanya ketika dihubungi MalaysiaGazette.
"Kita tidak melibatkan mana-mana parti politik dan hanya mahu dasar pendidikan negara memberi manfaat kepada para pelajar telah dianggap sebagai penentang kementerian yang akhirnya dengan sesuka hati membuat keputusan pertukaran sekolah ini," katanya ketika dihubungi MalaysiaGazette.
Beliau dan seorang lagi guru yang merupakan penyokong kuat SGMM telah menerima surat pertukaran sekolah bertarikh 17 Februari lalu.
Mohd. Izzat berkata, langkah terbaru yang dibuat oleh kementerian ini tidak akan mematahkan semangat beliau dan SGMM untuk terus berjuang sehingga PBS dimansuhkan.
"Perjuangan akan tetap diteruskan kerana masa depan generasi akan datang adalah lebih penting berbanding hukuman yang diberikan mereka.
"Tindakan mereka hanya membuka pekung sendiri dan tidak lama lagi kezaliman kementerian akan terdedah juga satu demi satu," ujarnya. - MalaysiaGazette
JINGGA13 Malaysia
- Luwimin Muhd · Sabah CollegeBuat sdra Mohd. Nor Izzat Mohd. Johari, teruskan perjuangan selagi ada yang mendoakan kejayaan untuk sdra...
- Yusoff Puteh · Follow · Top Commenter · Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah(SERATAS)Kebebasan bersuara di negara kita sememangnya tiada! Bangkit lah rakyat...tumbangkan regim sedia ada!!!
- Tengku Nurhana Tengku Sulaiman · Johor BahruApakah kefahaman ibubapa bukan guru ttg PBS ini?saya yakin mereka x paham 100%. Klw mereka btl2 paham saya pasti mereka juga tidak bersetuju PBS ini diteruskan. Bukan semua subjek layak untuk dilaksanakan PBS...kena faham itu. Akhirnya KPM mengambil jln mudah memindahkan guru..bukan kah itu tindakan kurang bijak malah kurang wajar sekali. Duduk dan berbincang lah sebelum keputusan di ambil. Bagaimana rakyat mahu iktiraf kerjaya guru ini profesional kalau KPM sendiri bertindak sebegini..wallahualam.
- Kumar Sri AmanGuru tetap bergelar guru, tidak kira dimana kita berkhidmat. Semoga berjaya dalam perjuangan anda.
- AzmanJaafar AthharDaiamBukan semua guru sokong gerakan ini tapi tindakan kementerian akan dilihat kurangvwajar
- Upin Ipin · Works at Masjid tuanku mizan zainal abidinGuru guru usah takut dengan pertukaran....betul kata pepatah GURU IBARAT LILIN...buktikan kebenaran itu.
JINGGA13 BANTAH TINDAKAN ZALIM KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA TERHADAP PENGERUSI PENAJA SUARA GURU MASYARAKAT MALAYSIA
Kenyataan Media
JINGGA13 Malaysia
21 Februari 2014
JINGGA13 BANTAH TINDAKAN ZALIM KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA TERHADAP PENGERUSI PENAJA SUARA GURU MASYARAKAT MALAYSIA
Jingga13 Malaysia menyelar tindakan drastik dan zalim Kementerian Pelajaran Malaysia khususnya Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyidin Yassin mengarahkan Pengerusi Penaja Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM) Cikgu Mohd Nor Izzat Mohd Johari yang telah diarah tukar sekolah berkuatkuasa 17 Februari 2014 adalah bertujuan mengekang kebebasan bersuara bagi tujuan demi kepentingan profesion perguruan dan mutu pendidikan negara yang diperjuangkan oleh Cikgu Mohd Nor Izzat dan SGMM.
Tindakan drastik ini dibuat oleh KPM ekoran kelantangan Cikgu Mohd Nor Izzat selaku Pengerusi Penaja SGMM dalam mengkritik dan menentang sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) oleh Kementerian Pelajaran Malaysia bermula pada tahun 2011 ternyata mempunyai banyak kelemahan dan ternyata gagal serta memberikan impak negatif kepada para guru dan murid-murid serta gerakan yang dianjurkan oleh SGMM bersama NGO yang akan diadakan pada esok 22 Februari 2014 iaitu Pehimpunan Mansuh PBS.
Jingga13 Malaysia mendesak KPM khususnya Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyidin Yassin menarik balik tindakan zalim tersebut dan menghentikan tindakan menakut-nakut dan mengugut para guru dengan cara tindakan yang diambil terhadap hadap Cikgu Mohd Nor Izzat.
KPM sewajarnya bertindak profesional dan tidak tunduk pada mana pihak khususnya UMNO.
MUAFAKAT*PRIHATIN*BERANI
FARIZ MUSA
Ketua Koordinator
Jingga13 Malaysia
Ketua Koordinator
Jingga13 Malaysia
No comments:
Post a Comment