Pages

Saturday, 15 February 2014

Mstar: Khalid Enggan Tandatangan Surat Letak Jawatan MB Selangor... The Star milik MCA berbohong!

Sabtu, 15 Februari 2014
Anwar Ibrahim mengadakan sidang akhbar mengenai konsesus negara di Ibu Pejabat PKR, Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 29 Januari, 2014.

“Beliau rasa seperti dipermain-mainkan oleh Anwar”
Posted 2014/02/15 by Ana Ghoib in Berita Harian
tan sri khalid ibrahim mb selangor
PETALING JAYA: Cita-cita Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Menteri Besar Selangor menerusi pelan hebatnya mungkin tidak akan kesampaian.
Ia berikutan penyandang jawatan itu, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim enggan meletak jawatan lapor Mstar Online.
Berdasarkan sumber peringkat tertinggi, Abdul Khalid dijadualkan perlu menandatangani surat perletakan jawatan yang disediakan oleh kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Bagaimanapun difahamkan Abdul Khalid enggan berbuat demikian.
Surat perletakawan jawatan sulit itu merupakan sebahagian daripada pelan becita-cita tinggi untuk memberi laluan kepada Anwar memimpin Selangor.
Surat itu dipercayai bertarikh 23 Mac iaitu tarikh hari pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.
Surat bertarikh tersebut dibuat dengan jangkaan Anwar akan memenangi PRK Kajang dan menyertai DUN Selangor.
Sumber kerajaan negeri turut memaklumkan The Star bahawa Abdul Khalid menasihatkan Istana Selangor bahawa beliau tidak akan meletak jawatan.
“Beliau rasa seperti dipermain-mainkan oleh Anwar,” katanya sumber berkenaan.
Abdul Khalid juga dikatakan sudah menerangkan kepada Sultan Selangor mengenai situasi politik di Selangor dalam pertemuan mingguannya pada Rabu lalu.
Difahamkan Sultan Selangor yang mahir mengenai Perlembagaan Negeri, dijangka tidak mengganggu hal politik namun akan mematuhi sepenuhnya semua undang-undang negeri.
Sejak Abdul Khalid menghadap sultan, beliau diperhatikan kini sentiasa berada dalam keadaan ‘angin baik’ dan selalu tersenyum.
Pemerhati berkata keadaan rambutnya sering dilihat sebagai ‘pengukur angin’ – kini dilihat sentiada kemas dan rapi serta kelihatan ceria.
Walau bagaimanapun, Abdul Khalid perlu menghadapi ‘pertempuran sengit’ dalam usaha mengekalkan kedudukannya.
Difahamkan DAP menggesa supaya diadakan mesyuarat khas Pakatan Rakyat pada minggu depan.
Seorang pemimpin senior DAP dikatakan memaklumkan kepada PKR bahawa jika parti itu gagal menguruskan Abdul Khalid, parti itu akan mula memberikan tekanan kepadanya.
Abdul Khalid dilaporkan kehilangan sokongan DAP Selangor berikutan isu rampas Bible.
Bagaimanapun tidak semua Adun DAP akan memberi tekanan terhadap Abdul Khalid kerana sekumpulan Adun parti itu yang diketuai oleh pemimpin kuat mereka akan terus memberi sokongan kepadanya.
Menurut sumber, Abdul Khalid kecewa dengan kenyataan daripada pemimpin partinya selepas Anwar dinamakan sebagai calon PRK Kajang.
Antaranya kenyataan oleh Ahli Parlimen Pandan, Mohd Rafizi Ramli iaitu individu yang dikatakan menjadi tulang belakang kepada PRK Kajang pernah dilaporkan berkata bahawa beiau yakin Anwar mampu melakukan sesuatu yang lebih baik di Selangor.
Mohd Rafizi berkata Abdul Khalid ada seorang teknokrat dan tidak mempunyai pengalaman untuk menguruskan isu perkauman dan agama.
Malah kenyataan Anwar sendiri mengenai pelannya di Selangor turut tidak menyenangkan Abdul Khalid sebagai penyandang kerusi Menteri Besar.
Anwar menyatakan cadangan itu ketika berceramah di Kajang pada Rabu lalu.
Ia dilihat sebagai keputusan yang bertentangan dengan pendirian parti dan Pakatan Rakyat memandangkan kontroversi yang dikaitkan dengan Mat Taib, sebagai bekas pemimpin Umno.
Anwar dan Mat Taib pernah berada dalam pasukan yang sama pada 1996 ketika pemilihan Umno. Mstar.

The Star berbohong...

.
SHAH ALAM: Laporan The Star kononnya pimpinan tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR) sudah menyediakan surat peletakan jawatan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor, tidak benar. Sebaliknya, Naib Presiden PKR, Tian Chua yang menyifatkannya sebagai pembohongan, percaya berita itu... 

Dakwaan sedia surat peletakan jawatan MB, The Star berbohong

SHAH ALAM: Laporan The Star kononnya pimpinan tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR) sudah menyediakan surat peletakan jawatan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor, tidak benar.
Sebaliknya, Naib Presiden PKR, Tian Chua yang menyifatkannya sebagai pembohongan, percaya berita itu sebagai cubaan menutup kegagalan MCA meletakkan calon berwibawa untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang.
tianMengingatkan pembaca bahawa MCA sebagai pemilik The Star, beliau berkata, Presiden baru MCA mengalami tekanan untuk memastikan kerusi itu bukan ditandingi parti lain dalam BN.
“Ia isyarat jelas betapa MCA gagal mendapatkan kedudukan politik dan boleh dianggap sebagai kapal politik yang tenggelam,” katanya pada kenyataan media, hari ini.
Laporan berita esklusif muka depan akhbar itu menyatakan kononnya Abdul Khalid enggan menandatangani surat peletakan jawatan itu yang bertarikh 23 Mac.
Berita yang memetik sumber  itu melaporkan kononnya keengganan itu bakal menjejaskan rancangan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi menteri besar selepas memenangi PRK Kajang.
- FZL/Selangor Kini

No comments:

Post a Comment