Hanya di Malaysia...
NASIB BAIK TAK SUMPAH DI ANTARTIKA !
Komen : Kadi Kluang pun terpanggil untuk mengulas ketidaksetujuannya pemimpin politik yang juga mentadbir sebuah negeri mencadangkan cara sumpah menyelesaikan konflik pergaduhan sebab permainan bolasepak . Dan juga beliau (Ustaz Kadi Kluang) juga mengharap Majlis Fatwa buat keputusan atas perkara ini.Risau juga kalau MB ni buat cadangan bersumpah di Antartika tempat yg baru lawati dengan kos hampir RM1,ooo,ooo dilaporkan.
Tidak Eloklah Kalau Pasal Bola Pun Nak Bersumpah Guna Al-Quran
Pada saya, bersukan adalah untuk menjaga kesihatan selain merapatkan hubungan silaturrahim sesama kita. Jadi, tidak baiklah kalau hasrat murni di dalam bersukan ini dicemari dengan pergaduhan dan permusuhan sesama kita. Apa yang saya lihat sekarang, mutu sukan bolasepak kita masih ketinggalan jauh dengan negara lain.
Saya sempat berada dan menjadi peminat bolasepak negara tahun 70-an dan 80-an, iaitu pada masa itu pasukan bolasepak kita disegani. Pasukan bolasepak negara setanding dengan pasukan lain gergasi seperti Korea Selatan, Jepun dan Ghana dalam Pestabola Merdeka. Walaupun sudah jauh ketinggalan berbanding dahulu, sekarang saya lihat minat rakyat kita kepada bolasepak semakin meningkat dalam setahun dua ini.
Pada saya, beberapa permasalahan yang berlaku hendaklah diselesaikan dengan baik. Kalau di gelanggang, kita ada pengadil dan penganjur. Manakala di luar padang, kita serahkan kepada pihak polis menyelesaikan sekiranya ada laporan yang melibatkan jenayah seperti pergaduhan.
Perlukah Bersumpah Guna Quran?
Ada kenyataan dari satu pihak yang hendak bersumpah menggunakan Al-Quran bagi menegakkan satu hujah yang melibatkan perselisihan dalam sukan bolasepak ini. Saya tak mahu ulas panjang berkenaan hal ini.
Pada saya, eloklah pihak berkuasa seperti Majlis Fatwa Kebangsaan menjelaskan mengenai isu ini dan membuat satu kenyataan bagi meredakan isu ini. Iaitu, perlukah bersumpah menggunakan Al-Quran dalam isu-isu melibatkan sukan atau perbalahan yang berkaitan dengan sukan ini?
Perkara mengenai sumpah-sumpah ini tidaklah boleh dilakukan sebarangan dan perlu ada garis panduannya. Kalau perkara ini berlaku pada tempat yang tidak sepatutnya, maka kesucian Islam akan tercemar.
aku sebenarnye pelik dgn sukan bola ni...menurut catatan sejarah, asal tercipta sukan bola ni bermula selepas kepala seorang pejuang islam dipancung dan disepak2,maka wujudla sukan bola sepak sehingga hari ni...sukan bola sepak ni penuh dgn tipu daya yang tiada kesudahan..dahla buang masa penonton 2 jam lebih tggu depan TV tunggu gol.yang pergi stadium dah dtg stadium bermula 5 petang...lps tu ade masa pengadil xbetul,ade masa pemain plak berlakon buat2 jatuh atau sbgnye...ade plak keputusan perlawanan telah diatur....entah ape2....ni plak isu terbaru siap angkat sumpah ......sukan yang ganas mcm ragbi,hoki xde plak mcm ni.........pelik sungguh...tu pon ramai yg tergila2 kan bola sepak...
ReplyDelete