Sistem sampah SPPBS yang membeban para guru...
- Teachers to protest student evaluation system
- A group of teachers will continue to mount a protest over the failure of the Pentaksiran Berasaskan Sekolah (student evaluation based on school work or PBS) on Feb 22, despite Second Education Minister Idris Jusoh last Friday urging further discussions for improvements to the system.Malaysiakini.
- Anda masih tidak nampak kepincangan KPM?
Kepincangan KPM ~ Hampir semua taklimat PBS Tingkatan 3 bagi tahun 2014 selepas 'ditambahbaik' menyatakan bahawa:
Semua penilaian T1 (2012) dan T2 (2012) tidak akan digunapakai bagi T3 (2014).
Kepincangan KPM:
2011-2013: Memberi arahan melalui JUK kepada guru untuk menyimpan Eviden di dalam bilik khas dan semua PBS diWAJIBkan ada eviden. Semua penilaian akan diambilkira untuk PBS T3 2014.
2014: Bukan semua penilaian perlu simpan Eviden dan tak disuruh simpan eviden sebanyak ini. (Rujuk kepada gambar lampiran).
Perubahan arahan ini dibuat dalam tempoh 20 hari (Hujung 2013). Sedangkan PBS dan berjalan sejak 2011 hingga 2013.
Komen Admin:
Anda masih tidak nampak kepincangan KPM?
Mansuh tetap #MansuhPBS
#Himpunan222KPMPutrajaya
Semua penilaian T1 (2012) dan T2 (2012) tidak akan digunapakai bagi T3 (2014).
Kepincangan KPM:
2011-2013: Memberi arahan melalui JUK kepada guru untuk menyimpan Eviden di dalam bilik khas dan semua PBS diWAJIBkan ada eviden. Semua penilaian akan diambilkira untuk PBS T3 2014.
2014: Bukan semua penilaian perlu simpan Eviden dan tak disuruh simpan eviden sebanyak ini. (Rujuk kepada gambar lampiran).
Perubahan arahan ini dibuat dalam tempoh 20 hari (Hujung 2013). Sedangkan PBS dan berjalan sejak 2011 hingga 2013.
Komen Admin:
Anda masih tidak nampak kepincangan KPM?
Mansuh tetap #MansuhPBS
#Himpunan222KPMPutrajaya
Keluarga guru berantakan gara-gara sistem PBS
SEBENARNYA kes guru terbeban gara-gara Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) bukan cerita baharu. Sejak beberapa tahun lepas, ramai guru merungut termasuk kepada media namun dek kerana tidak dibenarkan tampil dengan identiti, mereka mengambil langkah berdiam diri atau memendam perasaan sahaja.
Kalau bising pun sesama mereka dan sekadar bahan pemanas ketika minum bersama rakan-rakan dan keluarga. Namun sejak Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM) memperjuangkan isu berkenaan, suara dan rungutan guru-guru mengenai PBS kembali hangat. MalaysiaGazette melalui tinjauan laman sosial mendapati, sistem PBS sudah lama membuatkan guru-guru terseksa malah ada hubungan suami isteri berantakan gara-gara sibuk dengan kerja PBS yang dibawa ke rumah.
Seorang guru lelaki yang mahu dikenali sebagai Li berkata, system PBS memerlukan beratus-ratus instrumen yang perlu diuji kepada murid daripada tahun satu hingga enam cukup memeningkan. Menurut guru yang dikenali sebagai Zura pula, PBS memerlukan seseorang murid itu perlu mengulang sampai menguasai setiap eviden dan ia tidak adil kepada murid yang bagus. “Murid yang bagus sekali buat dan lepas tetapi bagi murid yang lambat akan menguasai juga selepas diulang banyak kali, akhirnya kira sama la tahap penguasaannya,” ujarnya.
Bagi guru yang dikenali sebagai Ida pula, dalam PBS kesemuanya ada enam band tetapi untuk menguasai satu band murid perlu menguasai semua eviden. Contoh, katanya, satu band perlu dibuat sebanyak 16 hingga 18 band untuk seorang murid dan kalau kena mengajar dua kelas yang jumlah murid antara 35 hingga 40 orang sekelas, ia membebankan guru. “Ada pentadbir yang mementingkan supaya murid mencapai tahap band 6 tetapi tak pernah mengkaji lain-lain perkara sedangkan tahap penguasaan murid pula sangat lambat,” jelasnya sambil menambah system internet yang lembab juga menjadi faktor menyusahkan mereka sebagai guru. Ida memberitahu, ramai juga ibu bapa murid mengadu anak mereka tidak mahu buat kerja sekolah sebab menerusi PBS anak mereka tidak ada peperiksaan.
“Fail setiap murid juga perlu disediakan. Bayangkan jika satu aliran ada lima buah kelas, satu kelas ada 35-40 murid jadi darab dengan lima dan darab lagi hingga tahun empat..berapa banyak fail yang perlu disediakan oleh guru dan setiap mata pelajaran perlu dimasukkan ke dalam fail. “Masuk tahun baharu, semua eviden dikeluarkan atau dibuang terus yang tinggal sehelai kertas yang menunjukkan penguasaan tahap tertinggi murid untuk tahun lepas. Bukan ke ia pembaziran?,” katanya.
“Bagi mereka yang tak duduk dengan guru sukar memahami beban tersebut dan mendakwa guru tidak banyak kerja sedangkan bagi mereka kerja hanya di pejabat tidak membawanya ke rumah..guru bawa keje ke rumah kadangkala sampai terbawa ke dalam mimpi dan mengigau,” katanya. Bagi Ani yang mewakili keluarga murid pula memberitahu, sistem PBS menjadikan guru dan murid sebagai bahan uji kaji walaupun ia sebenarnya memperjudikan nasib dan masa depan murid terbabit.
Malah bagi guru yang dikenali sebagai Nisa, ada juga kes menyebabkan hubungan suami isteri retak kerana ada isteri yang bekerja sebagai guru sibuk mengisi PBS tengah malam dan kerja sampai 24 jam. Malah mereka juga mahu PBS dimansuhkan dan menggantikan semula dengan system penilaian melalui peperiksaan yang dilihat sesuai bagi satu kelas yang ramai bilangan murid.
Menurut mereka, kajian Kementerian Pendidikan ke luar negara yang sudah mengamalkan PBS tidak sama dengan Malaysia kerana di luar negara jumlah muridnya tidak ramai malah kajian itu dibuat pada kelas yang muridnya ada 18 orang sahaja. Terdahulu, MalaysiaGazette melaporkan Pengerusi Penaja SGMM, Mohd. Nor Izzat Mohd. Johari tidak setuju dengan langkah untuk mengkaji semula PBS kerana sistem itu perlu dimansuhkan terus. Katanya, apa guna mengkaji semula kerana selepas itu perlu melaksanakan semula PBS yang akhirnya membebankan serta membuang masa para guru.
“Sebelum ini pun PBS dikaji oleh bijak pandai tetapi tetap ada kelemahan, apa beza dikaji semula pada masa ini? Kerana benda atau sistem yang dikaji tetap sama. Apa yang perlu adalah mansuh serta-merta.
“Untuk membuat kajian semula bermakna, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin sendiri mengakui terdapatnya kelemahan terhadap PBS dan sejauh mana kajian semula dapat membaikinya?,” katanya. Sebelum ini, Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan berkata, kementerian akan mengkaji semula pelaksanaan PBS secara menyeluruh ekoran terdapat pelbagai masalah yang dihadapi oleh guru dalam melaksanakan sistem tersebut. Menurut beliau, antara masalah itu ialah berhubung sambungan sistem capaian dan penggunaan alat merekodkan prestasi pencapaian yang tidak dapat dilaksanakan dengan baik.
Dalam pada itu, Mohd. Izzat berkata, sekiranya keputusan membuat kajian semula itu dibuat bagi menghalang perhimpunan aman yang pertama kali akan dibuat oleh guru-guru di Malaysia, perkara itu tidak akan berlaku selagi pengumuman pemansuhan PBS tidak dibuat.
“Kita hanya akan menghentikan perancangan Himpunan 222: Mansuh PBS secara serta-merta sekiranya TPM umumkan PBS akan dimansuhkan. “Selagi tiada sebarang pengumuman mengenai sebarang pemansuhan, maka perhimpunan aman akan terus dibuat seperti perancangan awal pada 22 Februari hadapan,” jelasnya.–MalaysiaGazette
No comments:
Post a Comment