Pages

Wednesday, 5 February 2014

PRK Kajang 23 Mac & Penamaan Calon 11 Mac

Rabu, 5 Februari 2014


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini mengumumkan tarikh Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang pada 23 Mac 2014, manakala hari penamaan calon akan diadakan pada 11 Mac 2014.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata hari pengundian awal akan dijalankan pada 19 Mac 2014, membabitkan 1,977 pengundi.

"Seramai 673 petugas SPR akan mengendalikan pilihan raya kali ini, manakala kos anggarannya ialah RM1.6 juta.

"Daftar pemilih yang digunakan adalah bagi tahun 2012 sehingga suku ketiga 2013 yang dikemaskini sehingga 26 Januari 2014," katanya dalam satu sidang media di Ibu Pejabat SPR di Putrajaya hari ini.

PRK Kajang diadakan berikutan penyandang kerusi itu, Lee Chin Cheh meletakkan jawatan bagi memberi laluan kepada ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikatakan akan mengambil alih jawatan menteri besar Selangor.

Lee, 42, adalah seorang peguam dan bekas ahli parti Gerakan selama 10 tahun.

Dalam PRU13, Lee mendapat 19,571 undi, berbanding calon BN, Lee Ban Seng yang mendapat 12,747 undi. – 5 Februari, 2014/OLEH HASBULLAH AWANG CHIK

No comments:

Post a Comment