PRK DUN Kajang memang dirancang, kata Anwar Ibrahim
Dia letak (jawatan sebagai Adun) itu memang hendak beri ruang kepada saya untuk bertanding...
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata parti sekutu dalam pakatan pembangkang memang membuat perancangan untuk mengosongkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang bagi memberi laluan kepadanya bertanding di kawasan itu.
Beliau berkata, peletakan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang, Lee Chin Cheh pada 27 Januari lalu juga dilakukan menerusi rundingan terlebih dahulu, dan bukan secara mengejut.
"Dia (Lee) meletak jawatan itu bukan tanpa rundingan. Dia letak (jawatan sebagai Adun) itu memang hendak beri ruang kepada saya untuk bertanding. Kerajaan negeri Selangor juga mengetahui tentang perkara itu.
"Dalam politik kena ada kejutan, dan ini (peletakan jawatan Lee) dianggap sebagai satu strategi kita (PKR)," katanya kepada kira-kira 200 ahli jawatankuasa cabang Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan cabang wanita di Yayasan An Nahdoh, Kubang Semang di Bukit Mertajam, malam ini.
Anwar juga mengakui bahawa kerajaan negeri Selangor memang berdepan dengan masalah dalaman tetapi ia dalam keadaan terkawal.
"Walaupun kerajaan negeri Selangor ditadbir dengan baik daripada aspek urusan ekonomi, tetapi masalah gereja dan Bible merupakan masalah yang paling berat di Selangor, jadi saya perlu bantu untuk selesaikan masalah itu," katanya.
Anwar berkata, beliau akan membuat penjelasan secara terperinci mengenai hasratnya bertanding di DUN Kajang Isnin ini, di Kajang bersama Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.
Lee memenangi kerusi itu pada pilihan raya umum pada Mei lalu dengan majoriti 6,824 undi dalam pertembungan enam penjuru dengan Barisan Nasional (BN), Berjasa dan tiga calon bebas.

No comments:
Post a Comment