Pages

Saturday, 1 February 2014

PRK Kajang: Najib jangan terjerat dengan Dr M

Ahad, 2 Februari 2014

Najib jangan terjerat dengan Dr M di Kajang

Oleh Mohd Sayuti Omar

NAJIB Razak seakan berat hati sahaja untuk meletakkan calon dalam Pilihan Raya Kecil N25 Kajang. Macam tidak bersungguh kelihatannya. Mungkin Najib sudah dapat mengagak apakah keputusannya kelak. Tetapi berbeza dengan Muhyiddin Yassin dan Dr Mahathir Mohamad.
Muhyiddin dihari pertama sebaik kerusi Kajang diisytiharkan kosong sudah memberi kenyataan BN akan letak calon. Walaupun nadanya tidak bersemangat dan lemah, tetapi menyerlahkan Muhyiddin tidak mahu mengalah. Kenapa?
Manakala Dr Mahathir Mohamad seperti sangat berharap BN meletakkan calon dalam Pilihan Raya Kecil Kajang dengan menekan agar MCA diberi peluang. Pandangan Mahathir selari dengan naluri Muhyiddin. BN kena bertanding.
Mahathir bersandarkan kepada Cina memandang kedudukan pengundi Cina di situ yang hampir sama dengan pengundi Melayu. Pengundi Cina sebanyak 40.46% manakala pengundi Melayu 48.48% dan pegundi India 10,15% daripada keseluruhan jumlah pengundi sebanyak 38,965.
Saranan Mahathir itu dari sudut lain menampakkan dia ikhlas dia tidak mahu Umno yang diberi laluan sepereti mana dicadang oleh pemimpin Khairy Jamaluddin dan dipersetujui oleh Zahid Hamidi kerana kawasan itu hak MCA. Kenapa soal siapa calon ini menjadi berbeza pandangan?
Dalam firasat saya hasrat Mahathir itu bukan sangat agar Cina diberi laluan di Kajang itu, tetapi yang penting ialah berlaku pertandingan. Mahathir juga arif mengenai pengaruh dan kekuatan MCA waktu ini. MCA masih dalam edah pemulihan semangat selepas parti itu berlaku pertukaran kepimpinan. Justeru yang diingini oleh Mahathir ialah pastikan ada pertandingan.
Mahathir atau Muhyiddin ada motif lain kenapa BN perlu meletakkan calon di situ. Tujuan ialah Mahathir mahu imej Najib tercemar dengan pilihan raya itu. Sekiranya BN kalah sudah tentu Najib perlu bertanggungjawab. Kekalahan itu akan diulas nanti bahawa Najib makin tidak popular.
Natijah dari itulah, bila Najib sudah tidak popular maka wajarlah Najib berundur. Tidak perlu lagi Najib tercokol di tempatnya kini. Inilah yang Mahathir kehendaki. Baginya kekalahan UBN di Kajang lebih menyeronokkan daripada kemenangan.
Jadi Najib kena berhati-hati dengan jerat dipasang Mahathir itu jangan tersadung nanti, jatuh terjelapak. Segalanya duduk ditangan Najib bagi berdagang untung nasib dalam Pilihan Raya Kecil Dun Kajang itu. - Sinar Harian
Artikel Penuh: http://bm.malaysia-chronicle.com/index.php?option=com_k2&view=item&id=120062:najib-jangan-terjerat-dengan-dr-m-di-kajang&Itemid=2#ixzz2s8yOzDzr

No comments:

Post a Comment