Pages

Thursday, 27 February 2014

Programme for International Student Assessment (PISA) turut mencatatkan kemerosotan pendidikan kita....

Khamis, 27 Februari 2014


Kambing masuk kelas pun ada beb.
Hadoi..
UMNO telah mewakili kawasan ini dalam 4 penggal iaitu dari
  • 1999-2004 (Y.Bhg.Datuk Rizalman Abdullah )
  • 2004-2008 (Y.B.Datuk Raime Unggi)
  • dan 2008- 2013 & hingga sekarang (Y.B.Datuk Raime Unggi)
  • Borneo Herald

Henti hukum guru yang bantah PBS – Nik Nazmi

(Lyn Nasir)
KUALA LUMPUR 27 FEB : Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad mendesak Kementerian Pendidikan menghentikan sebarang tindakan kepada guru yang terlibat membantah Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).
Nik NazmiIa berikutan beberapa tindakan yang dikenakan terhadap warga pendidik seperti Ketua Jawatankuasa Kerja SGMM, Mohd Nor Izzat Mohd Johari yang dikatakan menerima arahan untuk berpindah ke sebuah sekolah yang terletak 80 kilometer daripada tempatnya mengajar.
“Saya menggesa agar Kementerian Pendidikan menghentikan sebarang tindakan kepada guru-guru yang terlibat membantah PBS,” katanya pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN, hari ini.
Nik Nazmi yang juga ADUN Seri Setia berkata, pihak kementerian perlu memberi penerangan jelas dan mencari sistem penilaian praktikal  untuk pelajar tingkatan 3 yang masih keliru tentang nasib mereka tahun ini.
“Ada yang diberitahu meskipun Penilaian Menengah Rendah (PMR) tiada tetapi mereka akan dinilai dengan penilaian seakan-akan PMR.
“Lantas, matlamat PBS itu sendiri terjejas dan anak-anak kita menjadi bahan uji kaji pendidikan setengah masak,” katanya.
Menurutnya lagi, berbanding GST, kerajaan tidak bersungguh-sungguh memberi penjelasan, bahkan ada guru besar yang masih tidak jelas dengan sistem tersebut.
“Walaupun idea PBS itu bagus, tetapi takkan kita nak biarkan tingkatan 3 ini menjadi mangsa seperti kes PPSMI
“Kerajaan terus katakan keputusan semua A meningkat dari tahun ke tahun sedangkan kedudukan kita dalam penilaian antarabangsa semakin merosot,” katanya.
Katanya, mengikut laporan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) sebelum ini mencatatkan kemerosotan pelajar tingkatan 3 apabila subjek Matematik dan Sains diajar dalam bahasa Inggeris.
Selain itu, statistik penilaian Trends in International Math and Science Study (TIMMSS) 2011 dan Programme for International Student Assessment (PISA) turut mencatatkan kemerosotan berbanding penilaian sebelumnya serta jauh ketinggalan berbanding Singapura, Thailand dan Vietnam.
“Kita tidak mahu tingkatan 3 sekali lagi menjadi mangsa untuk sistem yang baru nak diperkenalkan ni. Sistem itu mesti dirombak atau kurangkan perkara yang mahu dianalisa.  Tapi kalau perkara yang dianalisa dikurangkan, maka penilaian peperiksaan mesti dikembalikan.
“Rombakan sistem boleh dibuat dengan mencari jalan yang lebih efisyen untuk mengemaskini sistem berkomputer PBS sama ada di peringkat sekolah, daerah atau negeri, ini sekaligus mengurangkan beban guru-guru,” ujarnya.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=59651
KiniNEWS

No comments:

Post a Comment