Pages

Saturday, 15 February 2014

Tahun ini PMR atau PBSMR? Larangan himpun hanya di Putrajaya sahaja... lokasi ubah ke Bangi!

Ahad, 16 Februari 2014

KPM tidak profesional dalam menyampaikan perkeliling menghalang warga pendidik untuk tidak menyertai Himpunan222:Mansuh PBS menerusi SMS dan watsapp - Cikgu Mala (Presiden NGO Pendidik)

Tahun ini PMR atau PBSMR?

Mohd. Nor Izzat Mohd. Johari
Mohd. Nor Izzat Mohd. Johari
Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM) mempersoalkan status penilaian bagi pelajar-pelajar Tingkatan 3 pada tahun ini sama ada Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau PBSMR.
Persoalan itu timbul memandangkan kementerian telah mengedarkan borang permohonan untuk guru-guru menjadi pengawas PMR.
Pengerusi Penaja SGMM, Mohd. Nor Izzat Mohd. Johari berkata, kementerian perlu memberikan penjelasan kepada semua guru, ibu bapa dan paling penting pelajar-pelajar kerana mereka perlu melakukan persediaan.

"Memandang PBS sedang dikaji, bagaimana pula dengan persediaan pelajar dan guru berkaitan PMR.

"Kementerian perlu memberi penjelasan untuk secepat mungkin.Manakala pelajar juga perlu membuat persediaan kerana pada masa ini pusat-pusat tusyen juga tidak menyediakan modul untuk pelajar Tingkatan 3," katanya.

Selain itu, Mohd. Izzat berkata, matapelajaran Geografi juga telah digugurkan dan jadual  untuk subjek itu telah dikeluarkan.

Sementara itu, bekas guru, Mokhtar Razak Radzi berkata, kementerian diminta jangan menjadikan pelajar-pelajar Tingkatan 3 ini sebagai tikus makmal kerana ini melibatkan masa depan mereka.

"Menteri-menteri dan timbalan-timbalan juga jangan memberikan kenyataan berbeza-beza untuk tidak mengelirukan semua pihak," katanya.
Tambah Mohd. Izzat, apa yang penting sekarang kementerian mansuhkan PBS dan menambahbaik sistem peperiksaan sedia ada untuk melahirkan para pelajar lebih berkualiti.

Dalam pada itu, kementerian juga dilihat tidak profesional dalam dalam menyampaikan perkeliling menghalang warga pendidik untuk tidak menyertai Himpunan222:Mansuh PBS pada minggu hadapan.

Hal ini kerana, arahan turut dikeluarkan melalui sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) dan aplikasi watsapp.

Presiden Persatuan Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan (Pendidik), Normala Sudirman berkata, penyampaian melalui dua medium itu adalah seperti surat layang moden.

"Dua cara yang digunakan oleh kementerian itu, tidak dapat dipastikan kesahihannya dan punca arahan itu dikeluarkan sama seperti surat layang.

"Adakah dengan menggunakan cara itu, mereka berharap dapat lepas tangan apabila sesuatu berlaku, kenapa mereka tidak profesional dalam hal ini," katanya.

Pendidik merupakan penyokong kuat Himpun222:MansuhPBS yang dianjurkan oleh Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM).

Read more: http://malaysiagazette.com/nasional/tahun-ini-pmr-atau-pbsmr#ixzz2tPs9ONcT
Follow us: @MalaysiaGazette on Twitter | MalaysiaGazette on Facebook

No comments:

Post a Comment