Pages

Friday, 14 February 2014

Mat Taib sedia bantu Kerajaan Selangor... Ada Lagi Akan Sertai Pentadbiran Selangor!

Jumaat, 14 Februari 2014
  Tan Sri Muhammad Muhd Taib Timbalan Pengerusi Lajnah Penerangan dan Hubungan Media PAS Pusat

KUALA LUMPUR: Mantan Menteri Besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhd Taib bersedia menyumbang tenaga dan pengalamannya bagi membantu Kerajaan Selangor untuk kebaikan negeri tersebut.

Beliau ketika dihubungi Harakahdaily berkata, pengalaman yang ada sewaktu menjadi Menteri Besar Selangor sedikit sebanyak boleh membantu untuk kebaikan Tuanku Sultan, negeri serta rakyat. 

"Saya tidak kata ada saya pakar tetapi ada sedikit pengalaman ketika berada dalam Selangor. Sedikit sebanyak selok belok saya tahu apa yang menjadi keutamaan rakyat. 

"Bidang apa yang perlu ditekankan. Kalau diperlukan saya bersedia," katanya yang juga Timbalan Pengerusi Lajnah Penerangan dan Hubungan Media PAS Pusat.

Sebelum itu, Ketua Pembangkan Datuk Seri Anwar Ibrahim mempelawa beliau untuk turut serta di dalam kerajaan Selangor bagi membantu pembangunan desa di negeri itu selepas PRK N25 Kajang.

Selain kepakaran pengurusan ekonomi Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim, Anwar berkata kepakaran program desa yang dimiliki oleh Muhammad amat diperlukan dalam pentadbiran Selangor.

Anwar berkata demikian dalam satu ceramah di Kajang malam tadi.

Muhammad merupakan Menteri Besar Selangor antara 1986 hingga 1997 dan turut berkempen ke seluruh negara membantu PR semasa PRU13.
Harakahdaily.

Selain Mat Taib, Ada Lagi Akan Sertai Pentadbiran Selangor - PKR

PRK KAJANG
PETALING JAYA: Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Saifuddin Nasution Ismail tidak menganggap sesuatu yang aneh jika bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib dipilih untuk menyertai pentadbiran kerajaan Selangor atas apa jua kapasiti.
Sebaliknya bukan sahaja Muhammad Taib yang akan dibawa masuk tetapi kemungkinan terdapat muka baharu lain yang akan turut serta dibawa masuk dalam pentadbiran negeri.
"Hal itu (membawa masuk muka baharu) lumrah yang datang dari Anwar. Kalau nama Muhammad disenaraikan, saya tak lihat ia sesuatu yang aneh. Saya alu-alukan perkara itu.
"Sudah tentu ada kekuatan yang dilihat padanya. Dia pernah jadi menteri besar Selangor yang paling lama, 11 tahun," kata Saifuddin pada sidang media di sini, Khamis.
Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada ceramahnya di Kajang malam Rabu yang mahu membawa Muhammad untuk menyertai pentadbiran Selangor sekiranya memenangi Pilihan Raya Kecil Kajang nanti.
Menurut Saifuddin, beliau menyambut baik pemilihan Muhammad kerana yakin Anwar pintar dalam menilai potensi seseorang selain pengalaman luasnya selama 17 tahun dalam kerajaan sebelum ini.
"Anwar ada pengalaman politik yang lama. Beliau pintar dalam menilai potensi seseorang dan inklusif sifatnya.
"Saya percaya (cadangan) itu datang menerusi pengalaman 17 tahun dalam Umno dan Barisan Nasional (BN). Dia ada hubungan yang luas," katanya.
Jelas Saifuddin, bukan sahaja nama Muhammad yang disenaraikan tetapi beliau tidak menolak beberapa nama lain akan dibawa masuk oleh Anwar sekiranya memenangi PRK Kajang.
Bekas menteri besar itu menerajui Selangor dari 1986 hingga 1997.
beliau melepaskan jawatan sebagai menteri besar selepas isu ditahan dan dibicarakan di mahkamah Australia atas dakwaan gagal mengisytiharkan wang tunai sebanyak RM2.4 juta ketika masuk ke negara itu.
Selain itu Muhammad Taib juga pernah menyandang kerusi naib presiden Umno dari 2000 hingga 2003 dan selepas itu dilantik sebagai ketua penerangan Umno Malaysia diera pemerintahan Abdullah Ahmad Badawi dari 2008 hingga 2009. - mStar 13/2/2014

No comments:

Post a Comment