Khamis, 13 Februari 2014
TIBA-TIBA MAHDEY KUTTY MINAT PAS JADI MB SELANGOR? KELAKAR GILA!!
PRK Dun Kajang masih jauh lagi. Namun bagi Mahdey Kutty walaupun ianya jauh, tetapi amat menyiksa batin beliau. Beliau tidak hairan langsung Kerusi Dun Kajang itu dimenangi oleh PKR ke atau Bn kerana beliau pun tahu standard Bn waktu ini, tetapi apa yang beliau sakit sangat adalah kerana seorang individu bernama "Anwar Ibrahim' berada di situ.
Beliau memang tidak boleh dengar nama Anwar Ibrahim. Nama ini selalu membuatkan beliau terbangun di tengah malam dan terus ke toilet untuk terkencing. Ketakutan beliau pada insan Anwar ini bukan baru, semenjak Anwar berada di dalam parti Keris telanjang tak bersarung lagi beliau sudah takut dengan tokoh ini. Hebatnya Anwar di dalam partinya dulu membuatkan Tun Ghafar menyerah diri sebelum bertanding. Sebab itulah sewaktu beliau ada kuasa, beliau gunakan kuasanya untuk menghapuskan anak Cherok To'Kun ini pergi jauh dari parti baru yang beliau sendiri tubuhkan. Jangan lupa, parti Keris telanjang tak bersarung sekarang ini parti baru bukan parti warisan Onn Jaafar.
Parti yang diasaskan oleh Onn Jaafar sudah lama dikuburkan oleh Mahdey Kutty melalui proses mahkamah. Beliau puja dan seru balik parti ini dan menipu para pencacainya agar menyembah parti yang dipujanya itu kononnya ini lah parti asal. Orang tua-tua kata, yang sudah mati tetapi hidup semula berwajah yang sama, itu adalah hantu raya. Sebab itu, jangan pelik. Mana ada hantu raya yang baik? Jadi betullah kata Mahdey Kutty bahawa ini lah "syaitan yang dikenali".
Apabila Anwar mahu bertanding di PRK Dun Kajang, secara tiba-tiba Mahdey Kutty mencadangkan jawatan MB Selangor diberi kepada PAS. Di sini jelas kepada kita Mahdey Kutty sudah membayangkan siapa bakal MB Selangor walaupun kita tidak fokus ke situ pun lagi. Mengapa Mahdey Kutty beriya sangat mahu PAS jadi MB? Bukankah beliau ini orang paling banyak melafazkan kata-kata bahawa PAS itu sesat? Mengapa Mahdey Kutty mahu parti yang dia anggap sesat itu menjadi MB Selangor? Kita jangan lupa, MB Kedah sebelum ini adalah dari PAS juga iaitu Almarhum Us Azizan Razak. Ketika PAS perintah Kedah, ada pernah Mahdey Kutty puji Almarhum Us Azizan atau PAS di Kedah?
Lebih 20 tahun Kelantan diperintah oleh PAS. Apa yang Mahdey Kutty tidak pernah katakanb pada Kerajaan PAS Kelantan, terutamanya sewaktu era Tok Guru Nik Aziz jadi MB? Sehingga ke jubah, serban dan janggut Tok Guru pun insan dari Karala ini dok perlekehkan. Ertinya apa? Ertinya Mahdey Kutty bukan berminat sangat pada PAS. Tetapi mengapa sekarang galak sangat dia menyebut elok jawatan MB Selangor itu diberi kepada PAS? Jawapannya, Mahdey Kutty tahu siapa akan duduk di Kerusi itu nanti dan insan itu adalah insan yang paling beliau takuti.
Hakikatnya, bukan Mahdey Kutty tidak tahu proses perlantikan MB Selangor itu bukan boleh main letak-letak sahaja. Adakah Anwar itu Ketua Pembangkang maka dengan mudah Anwar berada di Kerusi MB Selangor? Tidak. Sebagaimana Anwar sendiri sebut dan pimpinan PR lain juga sebut bahawa kedudukan Kerusi MB Selangor adalah hasil dari persetujuan dan persepakatan bersama. Seandainya PAS dipersetujui menjadi MB Selangor, itu bukanlah kerana mengikut telunjuk orang tua nyanyuk ini. Ini adalah hasil muafakat bersama. Begitu juga sebaliknya, jika ditakdirkan Anwar menjadi MB Selangor itu juga adalah kerana persetujuan bersama di dalam PR, bukannya kerana ingin melihat Mahdey Kutty ini mati terkejut apabila mendengar Anwar jadi MB Selangor. Tidak sama sekali.
Aku rasa eloklah Mahdey Kutty ini balik merepek di Kedah, nasihatkan anaknya yang sekarang ini menjadi MB di sana. Nanti di dalam PRU 14, Kedah hilang dan balik semula kepada PAS, InsyaAllah, kita bimbang penyakit nyanyuk Mahdey kutty bertambah teruk.
No comments:
Post a Comment