Pages

Friday, 7 March 2014

6.46pm Mahkamah Jatuhkan Hukuman - Anwar Dipenjara Lima Tahun... "reformasi"

Jumaat, 7 Mac 2014
Rancangan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memenangi pilihan raya Kajang dan Menjadi Menteri Besar Selangor terbantut apabila mahkamah mengubah keputusan tidak bersalah kepada bersalah dalam rayuan kes Liwat terhadap Saiful

Mahkamah telah menjatuhkan hukuman lima tahun penjara ke atas Anwar Ibrahim. Hukuman ini mengakibatkan Anwar Ibrahim hilang kelayakan untuk bertanding dalam PRK Kajang.

6.25pm: Hakim Balia selepas berunding dengan dua lagi hakim menyoal sekiranya pembelaan selesai merayu untuk meringankan hukuman.

Karpal berkata beliau tidak mengenepikan hak untuk membuat rayuan tersebut.

Shafee pula berkata, sekiranya terdapat keadaan tertentu, pendakwaan tidak akan membantah.

6.46pm: Balia: Mahkamah menerima rayuan pendakwaan dan menjatuhkan hukuman lima tahun penjara ke atas Anwar.

6.46pm: Kumpulan penyokong Anwar berhimpun sambil mengangkat tangan dan melaungkan slogan "Bebas bebas Bebas Anwar!", "reformasi" dan "turun Najib!".

Seorang penyokong, Amir Hamzah memberi ucapan menaikkan semangat penyokong dan mengimbas kembali sejarah 1998.

Laungan itu, disambut penyokong yang tidak berpuas hati walaupun Anwar belum keluar dari mahkamah.

6.52pm: Mahkamah membenarkan penangguhan hukuman dan menetapkan ikat jamin sebanyak RM10,000.

6:57pm: Mahkamah membenarkan ikat jamin dibayar selewat-lewatnya 11 pagi, Isnin.

Seorang penyokong mengumumkan kepada kumpulan penyokong lain di luar mahkamah bahawa Anwar boleh pulang ke rumahnya.

"Okay,okay Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh balik,"katanya.

Berita itu disambut gembira penyokong mereka bertepuk tangan dan bersalaman dengan penyampai berita.

Sekali lagi "reformasi dan bebas Anwar dilaungkan penyokong sebagai tanda kesyukuran.
Ini bermakna Parti Keadilan Rakyat terpaksa meletakkan calon baru bagi menggantikan Anwar Ibrahim dalam PRK tersebut. Dr Wan Azizah adalah nama yang disebut-sebut bakal menggantikan beliau dalam PRK Kajang.

Soal sama ada Wan Azizah akan menggantikan tempat Khalid Ibrahim sebagai MB Selangor terus menjadi tanda tanya.

Selain Dr Wan Azizah, Rafizi Ramli turut disebut sebagai pengganti DS Anwar Ibrahim dalam PRK Kajang.

Posted by 

No comments:

Post a Comment