Pages

Thursday, 13 March 2014

AS Culik MH370: Sabotaj Iran, Cina, A/T'gara - Anggota parlimen Iran

jumaat, 14 Mac 2014

AS Culik MH370: Sabotaj Iran, Cina, A/T'gara -A/Parlimen Iran

 Hossein Naghavi Hosseini

Seorang anggota parlimen Iran yang berpengaruh, Hossein Naghavi Hosseini, menuding Amerika Syarikat sengaja “menculik” pesawat Malaysia Airlines dengan nombor penerbangan MH 370. Menurutnya, Amerika melakukan itu untuk “mensabotaj hubungan baik Iran dengan Cina dan Asia Tenggara.”
Hosseini, yang juga jurucakap Jawatankuasa Parlimen untuk Keselamatan dan Polisi Luar Iran , memberi komennya terhadap berita mengenai dua warga negara Iran yang menaiki pesawat MH 370 itu dengan menggunakan paspot curi.

Dalam kenyataannya kepada pejabat berita Tasnim, dia menyatakan tuduhan itu merupakan sebuah “plot”.

“Dokumen yang diterbitkan media Barat mengenai dua warga Iran yang naik pesawat tanpa pasport merupakan sebuah perang psikologis.

Amerika mengupah beberapa orang untuk operasi semacam itu sehingga mereka dapat menyalahkan negara lain, terutama negara-negara Islam,” katanya.

Soal penumpang yang menggunakan paspot curi di dalam penerbangan MH 370 telah disahkan oleh Interpol pada hari Ahad lalu. Mereka adalah Mohammed Reza Delavar, 29 tahun, dan Pouria Nourmohammadi, 19 tahun.

Kedua-duanya menggunakan pasport milik seorang warga Austria dan seorang Itali yang dilaporkan hilang beberapa waktu sebelumnya.

Polis Malaysia pun juga telah mengesahkan adanya kedua penumpang tersebut. Menurut Ketua Polis Negara Malaysia, Khalid Abu Bakar, salah seorang penumpang itu, seorang pemuda Iran berusia 19 tahun mencari suaka yang hendak berlindung di Jerman.

"Kami yakin dia tidak mungkin menjadi anggota mana-mana kumpulan pengganas," kata Khalid, seperti disiarkan oleh Associated Press. (IH)
Posted by 

No comments:

Post a Comment