DPPN PERLIS: DESAK KERAJAAN MANSUHKAN PBS
KENYATAAN MEDIA DPPN PERLIS: DESAK KERAJAAN MANSUHKAN PBS
Dewan Pemuda PAS Negeri Perlis mengecam tindakan Kementerian Pelajaran Malaysia yang mengumumkan penangguhan pelaksanaan PBS di sekolah-sekolah, sebaliknya menggesa supaya sistem PBS dimansuhkan terus demi kebaikan sistem pendidikan negara.
DPPN Perlis melihat pelaksanaan PBS dilaksanakan secara gopoh kerana sistem ini diarahkan supaya dilaksana tanpa melalui proses projek rintis (pioneer project) selain tiada kajian menyeluruh dilakukan terhadap kesesuaian dan kemampuan ianya dilaksanakan.
DPPN Perlis memandang serius permasalahan yang berlaku kesan daripada pelaksanaan PBS ini kerana ianya memberikan impak serta imej yang buruk, bukan sahaja kepada guru-guru dan murid, tetapi juga kepada imej sistem pendidikan negara. PBS menyebabkan guru-guru terpaksa melakukan pentaksiran sepanjang masa dan mengisi maklumat taksiran ke dalam sistem SPPBS yang bermasalah.
Selain itu, kesahihan atau kebolehpercayaan data taksiran PBS turut boleh dipertikai, kerana data pencapaian murid yang dimasukkan oleh guru boleh disunting oleh pentadbir sekolah. DPPN mendapati, ada sekolah yang telah menetapkan 'band minimum' murid yang boleh diisi ke dalam sistem demi menjaga prestasi sekolah. Ini bermakna, guru-guru terpaksa memasukkan band minimum tersebut ke dalam sistem walaupun pada hakikatnya, murid mereka lemah atau gagal menguasai.
DPPN Perlis juga mendapati pihak sekolah masih terpaksa melaksanakan kaedah peperiksaan kerana sistem PBS yang dilaksanakan tidak dapat menyediakan maklumat sebenar pencapaian murid kerana menerusi PBS, markah murid tidak diukur secara berangka sebaliknya diukur kepada tahap penguasaan (menguasai/tidak menguasai).
Selain itu, sistem eviden dan fail peribadi guru dan murid amat membebankan guru yang sudah terbeban melakukan pentaksiran dan mengisi data, kerana semua pentaksiran yang dibuat mestilah disertakan dengan eviden untuk semua murid bagi setiap tajuk/unit yang dinilai. Kesannya, fokus kepada pengajaran terjejas kerana banyak masa di dalam kelas dihabiskan bagi urusan berkaitan pentaksiran dan pengurusan fail.
Justeru, DPPNPs menggesa supaya sistem PBS ini dihapuskan terus dan digantikan dengan sistem sedia ada. DPPNPs juga menyifatkan penangguhan sistem ini hanya bertujuan meredakan kemarahan guru-guru dan bukti kerajaan tidak ikhlas dalam memahami dan menyelesaikan masalah yang berlaku dalam sistem pendidikan negara.
Ustaz Yussaine Yahya
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda Pas Negeri Perlis
Berbincang dengan Idris Jusoh - Apa yang cikgu dapat?
Setelah diajak berbincang dgn Menteri Pendidikan II, Idris Jusoh... apa yg cikgu² dapat ? ... 3 orang cikgu di arah tukar dengan serta merta...
Apakah ini dasar pendidikan yg menjadi kebanggaan pemimpin Umno/BN?
ṪןḰєlคtє
Apakah ini dasar pendidikan yg menjadi kebanggaan pemimpin Umno/BN?
ṪןḰєlคtє
No comments:
Post a Comment