Published on Mar 5, 2014
Peraga 51 GRO atas pentas
Oleh Fardy Bungga
Kuala Lumpur: Seramai 51 pelayan wanita (GRO) warga asing dan tiga anggota geng kongsi gelap ‘08’ serta seorang suspek dikehendaki sejak 10 tahun lalu ditahan dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Jalan Kuchai Lama, semalam.
Dalam Op Cantas Khas bermula jam 11.45 malam itu, sepasukan polis daripada Bahagian Kongsi Gelap, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Bukit Aman menyerbu bekas dewan gelanggang badminton yang diubah suai menjadi kelab malam itu.
Ketika diserbu, kebanyakan pelanggan tidak menyedari kehadiran polis selepas khayal melihat puluhan wanita yang diperagakan ala ‘cat walk’ di pentas disediakan.
Ketua Penolong Pengarah D7 Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Roslee Chik berkata, wanita itu dipercayai diperagakan di atas pentas sebelum dipilih pelanggan dengan memberikan kalungan bunga dengan harga RM50.

MyMetro.
URB Polis Kontinjen Kuala Lumpur menerima 51 unit motosikal tambahan, semalam.
Jenayah turun 3.3%
Oleh Muhaamad Hafis Nawawi
Kuala Lumpur: Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur berjaya menurunkan kadar indeks jenayah sebanyak 3.3 peratus atau 23,755 kes pada tahun lalu berbanding 24,572 kes, tahun sebelumnya.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mohmad Salleh berkata, kejayaan penurunan kes sebanyak 399 kes ini adalah hasil perancangan pencegahan jenayah yang tepat dan kerjasama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta penduduk setempat.
Menurutnya, semua ketua polis daerah dan warga polis Kuala Lumpur diharapkan akan terus meningkatkan usaha bagi memastikan kejayaan yang lebih baik pada masa akan datang khususnya pada tahun ini.
Pada majlis sama, Unit Rondaan Bermotosikal (URB) Polis Kontinjen Kuala Lumpur menerima penambahan sebanyak 51 unit motosikal jenis Kawasaki Ninja 250 menjadikan jumlah keseluruhan 196 buah berbanding sebelum ini sebanyak 145 buah.
Mohmad berkata, penugasan anggota URB diperluaskan selaras dengan penambahannya iaitu mereka juga akan melakukan rondaan di lokasi tumpuan pelancong.
“Saya juga menyarankan supaya ketua jabatan dan ketua polis daerah melancarkan operasi khusus di samping menjalinkan kerjasama erat dengan komuniti setempat,” katanya.

Kita Bantai Dot Info shared Roslin Ahmad's status.
Ditimpa malang balik rumah
Oleh Muhaamad Hafis Nawawi
Putrajaya: Bukan saja diculik, tapi turut dibogel, dirakam gambar serta dicabul sebelum wang tunai, barangan berharga serta kenderaan miliknya dicuri.
Itu nasib malang menimpa seorang wanita selepas suspek lelaki berusia 20-an menculiknya dari kawasan tempat letak kereta berhampiran Hospital Putrajaya, di sini, jam 7.30 petang 26 Februari lalu.
Sumber polis berkata, sebelum kejadian, mangsa yang berusia 40-an berada di tempat letak kereta berkenaan untuk mengambil kereta Toyota Caldina untuk pulang ke rumah.
“Bagaimanapun, suspek muncul secara tiba-tiba dan mengacukan pisau ke arah mangsa. Lelaki itu kemudian merampas beg tangan dan menolaknya masuk ke dalam kereta.
“Bagaimanapun, suspek muncul secara tiba-tiba dan mengacukan pisau ke arah mangsa. Lelaki itu kemudian merampas beg tangan dan menolaknya masuk ke dalam kereta.
“Mangsa diarah memandu ke Kajang sebelum diarahkan berhenti di tepi jalan. Di situ, suspek mengarahkan mangsa bertukar ke tempat duduk penumpang dan mengikat tangannya,” katanya.
Suspek memandu kereta itu ke arah Hulu Langat sebelum berhenti di satu kawasan sunyi.
“Dia menanggalkan pakaian mangsa sebelum mencabul wanita itu. Malah, mangsa turut diugut bunuh jika dia melawan atau cuba melarikan diri.
“Selepas dicabul, suspek merakam gambar mangsa dalam keadaan bogel. Mangsa yang ketakutan tidak mampu berbuat apa-apa biarpun berasa amat malu apabila diaibkan,” katanya.

No comments:
Post a Comment