- MAR 24, 2014
- ANIS NAZRI
KAJANG: Pertambahan undi Melayu serta golongan muda, selain kekalnya pengundi Cina pada pilihan raya kecil (PRK) N25 Kajang semalam merupakan objektif yang selama ini memang ingin dicapai Pakatan Rakyat.
Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS, Dr. Dzulkefly Ahmad, berkata keadaan tersebut sememangnya ingin dicapai Pakatan Rakyat, dan hasilnya terbukti 'Langkah Kajang' itu sangat memberi jaminan dan pengukuhan untuk meneruskan langkah ke Putrajya.
"Kita berjaya menambah undi Melayu, selain sokongan anak muda yang meningkat serta kekalnya undi Cina kepada Pakatan Rakyat sangat memberi jaminan dan pengukuhan hingga mereka memberikan kepercayaan kepada kita untuk langkah seterusnya," kata beliau ketika ditemui di Pusat Penjumlahan Undi, di Kompleks Sukan MPKj, Bandar Baru Bangi, malam tadi.
Tambah beliau, apa yang paling penting apabila sokongan daripada pengundi Melayu meningkat, bukan sahaja di kawasan yang dahulunya kubu kuat Umno, malah di kawasan yang masih kuat hari ini Pakatan Rakyat dapat menurunkan majoriti BN.
Dalam pada itu, beliau melahirkan rasa syukur dan gembira dengan kemenangan calon PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail pada PRK Kajang semalam.
"Kemenangan yang sangat manis bagi Pakatan Rakyat. Tidak timbul isu majoriti menurun kerana peratus kalau berkadarnya memang tidak ada apabila peratusan keluar mengundi hanya 72 peratus.
"Bahkan, jika kita lihat secara perinciannya, majoriti meningkat dengan melihat kadar peratusan keluar mengundi berbanding pilihan raya umum lalu," tegas beliau lagi.
Pada PRK semalam, Dr Wan Azizah memenangi kerusi Dun Kajang dengan majoriti 5,379 undi setelah memperoleh 16,741 undi manakala calon BN mendapat 11,362.
Peratusan keluar mengundi pada PRK Dun Kajang merosot kepada 72.1 peratus atau 28,314 pengundi berbanding 88.4 peratus atau 34,290 pada PRU13 lalu.

Monday, March 24, 2014
PAS tenggelam punca di luar bandar
1. PR melalui PKR telah menang dalam PRK Kajang. Walau apa pun punca terjadinya PRK itu namun pengundi Kajang dalam apa juga tekanan dan strategi tidak adil dari SPR dan BN, sekali lagi mahukan PKR (PR) mewakili mereka dalam DUN Selangor.
2. Walaupun PR memenangi undi popular, tidak dapat dinafikan dalam PRU ke 13 dan PRK Kajang memperlihatkan ada perkara yang 'tidak kena' dalam gabungan PR kini. Ketidak-puasan hati nampaknya banyak membelit hubungan parti-parti dalam PR terutama PAS dalam kalangan ahli-ahli PAS dari golongan agamawan. Perkara ini perlu diselesaikan segera!
3. Kalau tidak diselesaikan masalah pendirian golongan agamawan dalam PAS itu, perkara ini pasti akan menjadi masalah berlarutan yang kronik terhadap dominasi PAS menjelang PRU 14 nanti. Penyakit hati konon Profesional Vs Ulamak dan sebaliknya semakin menebal dalam PAS malah ia bagai api dalam sekam! Para pemimpin PAS tidak boleh menafikan hal ini.
4. Para pemimpin PAS terutama Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang perlu selesaikan segera perkara seumpama ini. Jangan peduli permainan politik parti lain kerana parti lain adalah parti politik yang dengan jelas MENGUTAMAKAN POLITIK sebagai prinsip perjuangan yang mereka pegang.
5. PAS tidak berhak menyentuh prinsip parti lain begitulah juga sebaliknya. Akurlah! Namun PAS tetap menerima kancah pilihanraya sebagai medan 'peperangan' penting lagi utama bagi melaksanakan perjuangan untuk menuntut pemerintahan Islam terlaksana di dalam negara ini.
5. Maksudnya ialah dalam berjuang melalui pilihanraya, PAS perlu membuat keputusan jelas sama ada PAS perlu menjadikan parti politik yang utama atau jemaah dakwah yang utama, jika mahu terus relevan apatah lagi jika mahu mengetuai Pakatan Rakyat?
6. Jika PAS pilih menjadi jemaah dakwah tanpa mengusahakan kemenangan politik berstrategi melalui PRU 14 maka sukar bagi PAS menjadi ketua dalam PR dan pada waktu itu PAS perlu membuat keputusan segera untuk berada bersendirian pada PRU 14 nanti. Jika terus berada dalam PR maka konflik akan berlaku bukan sahaja antara PAS dengan parti-parti PR malah dalam kalangan ahli-ahli PAS sendiri.
7. Parti PKR dan DAP meletak target PRU 14 sekali lagi untuk menguasai Putrajaya dengan memulakannya dengan apa yang dipanggil Langkah Kajang tempoh hari. Kalau PAS tidak berminat dengan sratergi dan target seumpama itu yang boleh berlaku lagi di masa-masa akan datang, maka PAS juga perlu membuat keputusan untuk bersendirian atau boleh bersama dengan pihak lain yang boleh membawa PAS lebih mudah ke Putrajaya tanpa mengganggu PAS sebagai jemaah dakwah! Apa guna kita berada dalam PR jika kita hanya terus berbalah semasa sendiri dan tidak puas hati dengan sikap orang lain yang tidak secocok dengan sikap kita dalam mengurus parti dan perjuangan parti mereka!
8. Sama ada melalui PR mahu pun bersendirian, hari ini kita perlu akui PAS masih belum buat apa-apa yang berkesan dan berimpak besar dari segi gerak kerja politik untuk menguasai kawasan-kawasan Umno di luar-luar bandar dan FELDA malah cawangan-cawangan PAS di luar bandar masih banyak yang 'tidak ada orang' dan berada dalam keadaan 'huru-hara'.
9. Sama ada bersama PR atau bersendirian, bagaimanakah keadaan kita dalam mengharapkan peluang dalam PRU 14 nanti atau kerana kita jemaah yang mengutamakan dakwah maka kita tidak perlu mengharapkan yang terlalu tinggi dan aggresif...sekadar berdakwah dalaman dan biasa-biasa sahaja cukuplah?
10. Politik pilihanraya adalah menarik minat orang kepada kita. Apakah kita telah berjaya dengan impak yang besar untuk menarik minat semua golongan orang kepada kita? Atau tak apa sebagai jemaah dakwah kita tahu bahawa kita payah nak menang PRU, maka berjuang seperti biasa sahajalah kita!
No comments:
Post a Comment