Pages

Wednesday, 26 March 2014

Kassim Ahmad DITAHAN Hina Pihak Berkuasa Agama... ‘Mak Cik dah kering air mata’

Rabu, 26 Mac 2014
Gambar: Jabatan agama sudah tangkap Kasim Ahmad dirumahnya tapi yang lebih jangan sekadar tangkap sahaja,ambil tindakan yang sewajarnya biarpun Tun Mahathir orang kuat dibelakangnya.
Jabatan agama sudah tangkap Kasim Ahmad dirumahnya tapi yang lebih jangan sekadar tangkap sahaja,ambil tindakan yang sewajarnya biarpun Tun Mahathir orang kuat dibelakangnya.
KULIM: Cendiakawan kontroversi 'anti hadis', Dr Kassim Ahmad ditahan Penguatkuasa Pejabat Agama Daerah Kulim kira-kira jam 2.30 petang tadi di kediamannya di Kelab Golf Kulim, Kedah. 

Penahanan itu dibuat selepas Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) mengeluarkan waran tangkap terhadapnya atas pertuduhan mengikut Seksyen 9 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997 iaitu menghina atau mengingkari pihak berkuasa agama.


KELUARGA penumpang pesawat MH370 yang menginap di Hotel Everly mengadakan majlis bacaan yasin untuk ahli keluarga mereka yang terbabit dalam tragedi kehilangan MH370.

Tragedi : ‘Mak Cik dah kering air mata’

Banting: “Mak Cik dah kering air mata.” Itu luahan Saemah Sidek, 70, ibu kepada Muzi Yusop, 50, iaitu seorang daripada 239 penumpang dan kru MH370 yang berlepas dari Kuala Lumpur ke Beijing, China, 8 Mac lalu. 

Saemah yang ditemui di kediamannya di Kampung Jenjarom, di sini, berkata, beliau reda dengan apa yang menimpa anak sulungnya itu. 
“Sebelum mendengar berita semalam, Mak Cik rasa berdebar-debar, bila dengar Perdana Menteri beritahu yang (penerbangan) mereka berakhir di situ (selatan Lautan Hindi), Mak Cik rasa macam melayang sebab sebelum ini rasa macam beliau (Muzi) masih ada lagi.


“Sedih memang sedih, bangun pagi tengok rumahnya pun sedih. Tetapi, sudah ini ketentuan-Nya. Kami sekeluarga reda,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.

Muzi anak sulung daripada lapan beradik dan mempunyai tiga orang anak berusia 24, 21 dan 15 tahun.

Saemah berkata, beliau mendengar pengumumam Datuk Seri Najib Razak berhubung nasib pesawat MH370 selepas majlis bacaan Yasin yang dilakukan di rumahnya, malam kelmarin. 
Tidak berasa kesal 
Beliau bagaimanapun tidak berasa kesal kerana tidak dapat menghantar Muzi buat kali terakhir ke KLIA walaupun diajak berulang kali.

“Kalau Mak Cik tahu jadi macam ni, sudah tentu Mak Cik akan pergi hantar. Tapi perkara dah nak jadi, Mak Cik sikit pun tidak kesal.

“Apapun Mak Cik tetap berharap Muzi dapat dibawa pulang tidak kira hidup atau pun mati,” katanya yang langsung tidak mengalami mimpi pelik sepanjang 17 hari kehilangan Muzi.

Sementara itu, bapa Muzi, Yusop Tahir dilihat gagal menahan kesedihan ketika menerima kunjungan saudara mara yang datang ke rumahnya, petang semalam.
Beliau yang pada mulanya tidak memahami apabila mendengar pengumuman Najib malam kelmarin, hanya memahami keadaan sebenar apabila dimaklumkan oleh seorang saudara terdekatnya, semalam.

Turut reda dengan berita menimpa abang sulungnya, ialah adik keempat Muzi, Zurihan yang turut mengucapkan terima kasih atas doa seluruh rakyat Malaysia dan dunia buat abangnya serta penumpang pesawat MH370.

Terima dengan hati terbuka 

“Kami terima dengan hati terbuka. Nak buat macam mana, sehingga kini kami hanya menunggu perkembangan terkini dan mungkin akan mengadakan kenduri tahlil dan bacaan surah Yasin.

“Bagaimanapun, kami sekeluarga berterima kasih kepada semua pihak yang terbabit dalam pencarian ini,” katanya.

Difahamkan, ahli keluarga Muzi sudah tidak menunggu di Putrajaya sejak Selasa lalu dan hanya menunggu perkembangan mengenai kehilangan
pesawat MH370 di rumah. 
BH

No comments:

Post a Comment