Published on Mar 27, 2014
Kes kehilangan pesawat Malaysia Airlines yang masih belum selesai sedikit sebanyak telah mengubah persepsi rakyat terhadap kerajaan. Ketika ditanya wartawan KiniTV tentang cara kerajaan menangani kes ini, kebanyakan mereka mendakwa kerajaan lambat menangani isu ini. Malah ada sesetengah pula berkata kerajaan telah menangani kes ini dengan baik sekali.
Gambar FAZRY ISMAIL:- Tersentuh hati melihat penyatuan jiwa rakyat Malaysia dalam meletakkan harapan supaya pesawat MH370 yang membawa 239 penumpang ...
MH370: Kenapa kesimpulan selepas 12 hari?
Pemasaan perdana menteri mengumumkan lokasi terakhir MH370 di Lautan Hindi malam tadi menjadi persoalan dalam sidang media oleh pihak berkuasa Malaysia hari ini.
Wartawan China mempersoalkan kenapa Malaysia membuat kesimpulan itu hanya dibuat malam tadi walaupun data satelit dikatakan diperoleh sejak 12 Mac.
Pasukan siasatan berkata, mereka tiada niat menangguhkan dan masa itu diperlukan untuk membuat analisis dan mengukuhkan bukti.
Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, data satelit sahaja tidak konklusif seperti ditunjukan ketika kajian ditumpukan di Laut China Selatan.
“Kami terima data satelit dari China yang menunjukkan (serpihan) di Laut China Selatan (dan) mengarahkan semula pencarian kami di kawasan yang sudah dibuat, dan ia negatif,” katanya.
Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Datuk Azharuddin Abdul Rahman menambah, data satelit yang diterima pada 13 Mac perlu dianalisis, ia satu-satunya siri "handshake" – isyarat antara pesawat dan satelit.

No comments:
Post a Comment