Pages

Sunday, 16 March 2014

Kenapa Kapten Zaharie masih bercuti... tapi diarahkan 'pihak atasan' menerbangkan MH370 seberapa segera?...Pihak atasan itu siapa?

Isnin, 17 Mac 2014

Kenapa Kapten Zaharie bercuti,. . . tapi dipanggil balik untuk menerbangkan MH370 ke Beijing

Benar, Kapten Zaharie Ahmad Shah adalah ahli seumur hidup KEADILAN, dan pernah bersama pemimpin Pakatan Rakyat dalam majlis tertentu.

Tetapi adakah logik untuk mengatakan bahawa Zaharie fanatik terhadap Anwar Ibrahim dan kononnya plot kehilangan pesawat MAS MH370 ada kaitan dengan keputusan mahkamah yang memenjarakan Anwar selama lima tahun?
Mengapa tidak kaitkan Zaharie sebagai peminat nombor satu Mila AF 5 yang hampir setiap program anjuran penyanyi itu dia tidak ketinggalan menyertainya?

Mengapa masyarakat tidak mengatakan bahawa Mila lah yang menjadi penyebab mengapa Zaharie sanggup menerbangkan pesawat itu?

Padahal ramai yang masih tidak tahu, Kapten Zaharie sedang bercuti beberapa hari tetapi dimaklumkan seberapa segera bahawa dia dikehendaki menerbangkan pesawat itu atas arahan pihak atasan?

Pihak atasan itu siapa? Apakah Anwar Ibrahim sekarang sudah jadi perdana menteri dan bukan Najib Razak?

Untuk menjelaskan keadaan, hanya Zaharie seorang yang mampu mendaratkan pesawat Boeing B777-200ER menggunakan landasan paling pendek berbanding kapten lain yang masih dalam perkhidmatan.

Ini diakui oleh kenalan rapatnya dalam MAS yang terkejut mengapa Zaharie dipanggil untuk bertugas menerbangkan pesawat itu ke Beijing dalam keadaan terlalu segera (urgent) dan hanya mengetahui Zaharie yang menerbangkan pesawat itu apabila MAS sendiri mengesahkannya dalam sidang media pertama jam 1000 hrs Sabtu 8 Mac.

Persoalannya, apakah dengan kepakaran Zaharie menyebabkan pihak tertentu memilihnya sebagai 'kambing hitam' untuk dijadikan alasan bahawa Zaharie yang melencongkan pesawat, menutup transponder dan terbang ke arah koridor utara atau selatan seperti kata Najib Razak semalam?

Berdasarkan pertimbangan semasa, Zaharie tidak boleh menolak arahan majikannya dan dia sendiri langsung tidak mengetahui bahawa plot menghilangkan pesawat itu adalah agenda pihak tertentu.

Sebenarnya di dalam pesawat itu terdapat ramai penumpang 'berharga' tidak kira sama ada China, Amerika Syarikat mahupun Russia yang difahamkan kapten diarahkan supaya melakukan 'itu dan ini' bagi menghalang 'agenda tersembunyi' ejen CIA yang dikatakan turut berada dalam pesawat berkenaan.

Tuduhan untuk mengaitkan Zaharie dengan Anwar Ibrahim sememangnya satu tindakan niat jahat untuk mengkambing hitamkan keadaan dan dalam masa sama melepaskan beban penjelasan kepada Pakatan Rakyat sedangkan mereka sendiri juga tidak tahu menahu akan agenda sulit ini.

Dan keengganan Najib sendiri menjawab pertanyaan pemberita hingga ada yang ditangkap kini sudah menjadi bahan bualan seluruh dunia seperti mana kebodohan bomoh yang ada kaitan dengan Umno melakukan ritual yang bertentangan dengan ajaran Islam.
Gambar: Tidak ada kumpulan telah membuat sebarang tuntutan wang tebusan susulan kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370, kata Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.Baca selanjutnya di....http://bit.ly/PGxnr5

[IKLAN] Harga Promosi , servis naikkan like untuk 1000 hanya RM50! Jika berminat sila PM saya disini http://on.fb.me/1cTDZfh

IKLAN: Promosi tayar baru dan 2nd SUPERBIKE  dari pelbagai model bermula dengan harga RM100 sahaja  di https://www.facebook.com/speedbikestore

AR

Saturday, March 15, 2014

MH370, Siapakah Sebenarnya Kapten Nurudin & Kapten Zaharie | Kehilangan pesawat MAS MH370 masih lagi menjadi misteri. Pelbagai persoalan bermain hingga ke satu tahap menjadikan kapten pesawat tersebut sebagai salah seorang suspek kehilangan ini. Sebenarnya Kapten Zaharie bukan la sebarangan orang yang cetek pengalaman.

MH370, Siapakah Sebenarnya Kapten Nurudin & Kapten Zaharie

Dalam temubual denganTV3 Kapten Nurudin ada menceritakan siapa sebenarnya Kapten Zaharie dari kacamata Kapten Nurudin.

Sebelum itu, untuk rekod, kita kenali dulu siapa Kapten Nurudin ini. Beliau adalah individu yang sangat berpengaruh dan berpengalaman dalam dunia penerbangan.

Selain itu, Kapten Nurudin ini juga terlibat dalam aktiviti dakwah tabligh.
Kapten Norudin Abd Majid ketika ini sedang keluar berdakwah selama 40 hari bersama dengan Jemaah Tabligh, kemudian beliau di panggil oleh TV3 untuk berkongsi pandangan peribadi beliau berkaitan dengan kehilangan MH370 dan teman rapatnya kapten Zahrie Ahmad Shah, PilotMH370 (bergambar dengan Kapten Nurudin adalah sahabat baik beliau, bahkan Kapten Zahrie pernah mengambil bahagian dalam kegiatan Jemaah Tabligh hasil ajakan Kapten Nurudin sendiri). Kapten Zahrie juga di laporkan pernah menziarahi Syeikhul Hadith Maulana Abd Hamid di Madrasah Miftahul Ulum, Sri Petaling dan beliau ada meluahkan keinginan beliau untuk membantu menyumbang ke atas pembangunan madrasah.
Siapa itu Kapten Nurudin Abd Majid?
Kapten Nurudin Abd Majid merupakan bekas Ketua Pilot 777 MAS dan sekarang beliau di lantik menjadi pilot peribadi Perdana Menteri Malaysia, beliau mengikuti kegiatan Jemaah Tabligh Malaysia sejak awal tahun 80-an lagi. Anak-anak lelaki dan perempuan beliau di hantar belajar agama di Madrasah Alimah di South Afrika dan juga di Madrasah Miftahul Ulum, Sri Petaling.

Apabila Kapten Nurudin Abd Majid meluahkan pandangan peribadi beliau berkaitan kehilangan MH370 , seakan-akan seluruh negara kelihatan terpaku dan terkejut dengan pandangan beliau.

Apa pendapat Kapten Nurudin mengenai Kapten Zaharie? Dan apa pendapat Kapten Nurudin mengenai kecekapan kakitangan MAS terutamanya juruterbang kita? Ada juga yang memperlekehkan MAS dan kakitangannya. Penilaian secara sebarangan ini sesungguhnya tidak adil. Tunggu bukti dulu, kemudian hukumlah..itu yang terbaik.

Bekas Ketua Juruterbang B777 MAS, Kapten Noruddin Kongsi Pengalaman 

Menurut Kapten Nurudin ;
1. Dari segi teknikal MH370 sebenarnya berada di 'kedudukan yang betul'. Tiada masalah teknikal, log rekod penyelenggaraan juga menunjukkan keadaan pesawat berada dalam kedudukan yang baik.

2. Kapten Nurudin berkata, mereka yang bercakap pasal konspirasi perlu kemukakan dari mana mereka mendapatkan teori konspirasi tersebut.

3. Pesawat ialah mesin yang sangat canggih. Keupaayaan Boeing 777 ialah pesawat terbaik yang telah dibina oleh Boeing. Secara teknologinya pesawat ini tiada masalah, unsur sabotaj tidak timbul, dan perkara-perkara lain yang ditimbulkan oleh mana-mana pihak termasuklah luar negara adalah sekadar keluhan (tidak terbukti) apabila segala usaha telah dibuat MH370 belum dijumpai.

4.  Kata Kapten Nurudin lagi, kotak hitam tidak akan termusnah. Berdasarkan rekod kes kemalangan yang membabitkan nahas kapal terbang semua kotak hitam berjaya ditemukan dan kes berjaya diselesaikan. Pesawat ini dilengkapi dengan ELT. Emergency Located Transmeter. Sekurang-kurangnya 48jam dia akan berfungsi untuk bagitau semua station pemancar yang ada untuk beritahu dimanakah MH370 berada.

5. Bermuda Triangle bukannya sekadar teori kata Kapten Nurudin. Ia telah berlaku tetapi manusia terlalu taksub pada keupayaan semata-mata..

6. Mengenai Kapten Zaharie, Kapten Nurudin memberitahu Kapten Zaharie ialah seseorang yang berdedikasi, ada pengalaman dan pengetahuan yang luas mengenai penerbangan. Dia suka kongsikan pengetahuan dengan semua orang. Dia berada disitu (sebagai pilot) kerana minat. Simulasi penerbangan yang ada dalam rumahnya adalah bukti dia minat ke arah itu (buat kerja penerbangan kerana minat dan kesungguhan itu sebab dia boleh menghasilkan kerja yang baik). Kapten Zaharie pernah tinggal sekali dengan Kapten Nurudin.

Kata Kapten Nurudin, sebelum orang lain kenal komputer, dia sudah berada disitu (agaknya sistem operasi penerbangan yang diperkemaskinikan kot). Bahkan, Kapten Zaharie juga terlibat dalam beberapa kerja-kerja penting bersama-sama Kapten Nurudin. Antara yang dikongsikan ialah kes penerbangan ke Afghanistan. Yang menariknya, MAS adalah syarikat penerbangan yang pertama menggunakan BOEING 777 untuk merentasi pergunungan Afghanistan sehingga ditiru oleh syarikat lain.

7. Menurut Kapten Nurudin, juruterbang-juruterbang MAS sebenarnya terlatih dan kepakaran mereka di iktirafkan. Juruterbang kita juga dipanggil bekerja dengan syarikat penerbangan yang terkenal dan besar di beberapa negara seperti dari Korea, dari Perancis, dan sebagainya.

Kata Kapten Nurudin, di mana sains berakhir, disitulah bermulanya kudrat Allah. Dan kudrat Allah bermula dengan orang2 yang beriman.. (mempercayai kewujudan Allah).

Kata-kata ini sangat bermakna. Sains ada disitu dari awal lagi kerana Allah yang cipta SAINS sepertimana Allah cipta MANUSIA.

Apabila kapten Nurudin sebut dimana SAINS berakhir (di mana logik akal manusia tidak dapat/mampu menafsir suasana, keadaan, situasi) maka disitulah QUDRAT ALLAH bermula. Iaitu kita perlu kembali kepada Allah Yang Maha Esa. Meminta pertolongan kepada Yang ESA. Untuk mendapatkan semula MH370 kita tak boleh sandarkan kepada kekuatan teknologi sahaja.

Kita juga tak boleh bergantung harap kepada usaha manusia yang terhad semata-mata. Maka, kembalila semula kepada Allah, sebaik2nya jalan.
- See more at: http://kezoom.blogspot.com/2014/03/mh370-siapakah-sebenarnya-kapten.html#sthash.7oN3ae7T.dpuf
Berhenti menuduh Zaharie kerana kita masih tidak mengetahui nasibnya, dan penumpang lain sama ada hidup atau sebaliknya walaupun desas-desus mengatakan pesawat berkenaan selamat mendarat di satu lokasi rahsia beberapa jam selepas melakukan lencongan menghala Laut Andaman. -sumber

Saturday, March 15, 2014 
MH370: Pesawat Di Pandu Oleh "Juruterbang" Berpengalaman ke Kepulauan Andaman? | Hampir seminggu, pesawat MH370 Penerbangan Malaysia (MAS) masih gagal ditemui dan pelbagai dakwaan dan andaian kian timbul mengenai kehilangan pesawat itu.
MH370 Pesawat Di Pandu Oleh Juruterbang Berpengalaman ke Kepulauan Andaman
Pesawat Boeing 777-200 yang masih hilang itu dipercayai telah terbang merentasi Semenanjung Malaysia dan menuju ke Kepulauan Andaman berdasarkan pengesanan yang dilakukan oleh radar tentera.

Memetik laporan berita Reuters, dua sumber memberitahu agensi berita itu pada Jumaat bahawa sebuah pesawat misteri dimana para penyiasat mempercayainya sebagai pesawat MH370 telah terbang mengikut titik-titik navigasi penerbangan dimana titik terakhir yang direkodkan dalam radar tentera adalah di di Barat Laut Malaysia.

Ini membuktikan bahawa pesawat tersebut mungkin telah dikendalikan oleh seseorang yang berkemahiran tinggi dalam menerbangkan pesawat .

Di laporkan juga pesawat tersebut berkemungkinan telah terbang menuju ke Kepulauan Andaman yang terletak di India dimana pulau tersebut terletak di lokasi antara Laut Andaman dan Teluk Bengal.

“Waypoints” adalah merujuk titik navigasi lokasi yang dihubungkan dengan longitude dan latitude yang mampu membantu juruterbang melalui koridor udara.

Sumber ketiga dalam siasatan tersebut pula berkata inkuiri yang timbul pada waktu sekarang ini lebih menjurus kearah teori bahawa “seseorang” yang pandai mengendalikan pesawat tersebut telah sengaja mengubah haluan pesawat tersebut dari laluan sebenar Kuala Lumpur-Beijing.

“Kami melihat kemungkinan sabotaj dan juga rampasan pesawat dalam situasi ini,” kata sumber yang juga seorang pegawai kanan polis PDRM.

Kesemua sumber tersebut tidak mahu dikenali kerana mereka tiada kuasa untuk bercakap kepada media dan juga demi memelihara perjalanan penyiasatan tersebut.

Menurut laporan itu juga, Kementerian Pengangkutan bagaimanapun gagal dihubungi dan pendedahan sumber-sumber tersebut menunjukkan bahawa terdapat kemungkinan terdapat unsur ‘foul play’ dalam kehilangan pesawat Boeing 777-200 itu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar sebelum ini dipetik sebagai berkata siasatan terhadap kehilangan pesawat MH307 ini meliputi siasatan terhadap sama ada terdapatnya mana-mana masalah peribadi dan psikologi penumpang dan kru selain kemungkinan seperti rampasan, sabotaj dan juga kegagalan mekanikal pesawat.

Dengan pelbagai teori dan juga dakwaan bukti-bukti baru, gerakan mencari dan menyelamat pelbagai nasional ditingkatkan lagi hingga menjurus kearah Laut Andaman dan Lautan Hindi.
sumber
http://www.astroawani.com/news/show/mh370-pesawat-dipesongkan-oleh-seseorang-ke-kepulauan-andaman-31848?cp
- See more at: http://kezoom.blogspot.com/2014/03/mh370-pesawat-di-pandu-oleh-juruterbang.html#sthash.DWKppT1T.dpuf

No comments:

Post a Comment