Pages

Saturday, 15 March 2014

[Video] MH370 Isyarat 'ping...ping': Radar di Andaman, Nicobar tidak berfungsi setiap masa... Komunikasi Akhir MH370 Jam 8.11 Pagi Sabtu!

Sabtu, 15 Mac 2014
Published on Mar 14, 2014
Temubual bersama bekas Ketua Juruterbang Penerbangan Serantau MAS, Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussien mengenai laporan tentang pesawat MH 370 yang didakwa menuju ke Lautan Andaman.

NEW DELHI 15 Mac - Sebuah portal berita India melaporkan, radar tentera udara milik negara ini di Kepulauan Andaman dan Nicobar, tidak dipasang sepanjang masa, sekali gus meningkatkan kemungkinan pesawat MH370 yang hilang sejak seminggu lalu memasuki kawasan itu.

Indianexpress.com yang memetik kenyataan sumber berkata, jika MH370 memasuki kawasan itu, radar tentera akan mengesan sebarang pergerakan pesawat yang tidak dikenali. - AGENSI

Pesawat MH370 yang memasuki hari kelapan hilang sejak 8 Mac lalu disahkan telah berpatah balik dengan Sistem Laporan dan Komunikasi Pesawat (ACARS) dimatikan secara sengaja sebelum menghampiri pantai timur Semenanjung, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam sidang media sebentar tadi.

Dalam sidang akhbar khas di Hotel Sama Sama, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini itu, Najib berkata, komunikasi terakhir antara MH370 dan satelit adalah pada pukul 8.11 pagi, Sabtu lalu.

"Transponder dimatikan ketika pesawat MH370 menghampiri sempadan Vietnam.

"Justeru, berikutan perkembangan siasatan terbaharu ini, operasi mencari dan menyelamat (SAR) MH370 di Laut China Selatan dihentikan.

"Tumpuan pencarian MH370 kini adalah di dua koridor iaitu Koridor Utara dari utara Thailand sehingga sempadan Kazakhstan dan Koridor Selatan bertumpu dari utara Indonesia sehingga selatan Lautan Hindi," kata beliau.

Tumpuan siasatan kehilangan MH370 kini, kata Najib, adalah ke atas penumpang dan anak kapal pesawat.

Transponder adalah radio pemancar di kokpit yang berhubung dengan radar di darat

No comments:

Post a Comment