Pages

Sunday, 23 March 2014

SAR MH370: Malaysia Pembunuh Terbesar? Hentikan sejenak pertelingkalan tradisi PR vs BN!

Isnin, 24 Mac 2014
Malaysia MH370
Berita Semasa ingin mulakan ulasan berita bagi kali ini dengan ungkapan kata-kata seperti, “Kalau kita tidak tahu, tidak bermakna kita dilihat ketinggalan”. “Kalau tiada khabar berita, tidak bermakna kita tiada harapan”.

Dan akhir sekali….“Kalau kita tidak mampu berbuat apa-apa, tidak bermakna doa kita tidak diperlukan”. Baik….

Terus terang Berita Semasa mengatakan di sini, suka atau tidak Malaysia ada kelemahan dalam menguruskan tragedi MH370 seperti yang Berita Semasa ulaskan (DI SINI).

Hishammuddin Hussein

Tetapi itu pada mulanya, dan sekarang Berita Semasa perhatikan kerajaan Malaysia sedikit demi sedikit berjaya menguruskannya dengan baik. Alhamdulillah. Pujian kepada kerajaan Malaysia.

Berita Semasa percaya pihak berkuasa sedang cuba yang terbaik untuk mendapatkan petunjuk dan berusaha meredakan kegelisahan keluarga mangsa tragedi MH370.

LAPORAN BERITA : WARIS PENUMPANG CHINA TUDUH KERAJAAN MALAYSIA PEMBUNUH & PENIPU?

Berdasarkan laporan berita terbaru ini bagi Berita Semasa, ini kata-kata orang marah, yang juga berada dalam kesedihan. Samada dijumpai atau tidak Malaysia Airlines (MAS) tetap akan melalui proses undang-undang. Apa yang penting sekarang ini, perlu tenangkan mereka dengan bijak.

Malaysiakini MH370

Laporan berita Malaysiakini
  • Keluarga ini tengah marah
  • Tengah berhadapan dengan apa yang dipanggil “bereavement”
  • Ini semua melibatkan emosi, ini satu benda yang normal apabila seseorang yang berhadapan dnegan musibah. Samada boleh ada kekuatan terima musibah atau tidak, itu perkara subjektif

Laporan Berita CNN
Tetapi, laporan baru-baru ini dunia terutamanya media antarabangsa dilihat “mengambil kesempatan secukupnya” dengan memberikan tumpuan & liputan eksklusif mengenai gambaran yang cukup buruk kepada Malaysia dek kerana insiden kekecohan di bilik taklimat MH370 baru-baru ini. Sedangkan ingatlah….
  • Malaysia juga masih lagi “kehilangan” 50 orang rakyatnya
  • Indonesia juga masih lagi “kehilangan” 7 orang rakyatnya, Australia (6), India (5), dan juga negara-negara lain
Walaubagaimanapun, kadang-kadang ramai jadi keliru dengan berita-berita yang keluar. Kerana tidak dapat menerima kenyataan jiwa mereka jadi tidak menentu. Lihat ini.. Sedih. Luahan hati seorang ibu yang menanti anak kesayangannya dengan penuh harapan
….

VIDEO KISAH BENAR LUAHAN HATI AHLI KELUARGA CHINA PENUMPANG MH370

 VIDEO BAHAGIAN 1

VIDEO BAHAGIAN II

Kuala Lumpur Indonesia CNN

Cuma Berita Semasa berharap kita sebagai rakyat Malaysia jangan menambahkan lagi kekusutan & masalah yang sedia ada, dengan hentikan terus tindakan melemparkan kutukan, cacian, makian kepada pihak berkuasa terutamanya melibatkan isu Mh370 ini. Ini kerana ia bukan masanya.

Masanya sekarang adalah masa untuk kita semua bersatu. Jika tidak, media asing (seperti CNN, ABC, CBS atau BBC) akan merasakan laporan berita yang dicampakkan kepada masyarakat dunia umumnya dan rakyat Malaysia amnya walaupun tidak semestinya ada asasnya akan terus disokong dan dijadikan rujukan oleh sesetengah pihak di Malaysia.

Pray For MH370

Hentikan sejenak pertelingkalan tradisi antara Pakatan Rakyat VS Barisan Nasional. Ini bukan lagi masa untuk menuding jari. Perbalahan politik bukan bermakna rakyat Malaysia tidak bersatu. Tetapi, Malaysia memerlukan sokongan dari seluruh Malaysia tanpa mengira warna kulit, bangsa, agama dan juga paling penting perbezaan idelogi politik dan ia benar-benar menguji KESEPAKATAN MALAYSIA!

HIKMAH DISEBALIK TRAGEDI MH370 BAGI NEGARA MALAYSIA?

Ramai orang kata, bagaimana sukan boleh menyatukan rakyat Malaysia tetapi Berita Semasa yakin dan percaya musibah juga boleh menyatukan masyarakat kita semua di sini. Berita Semasa fikir musibah & tragedi MH370 ada persamaanya dengan kisah & sejarah Nabi Yunus. Yang mana jikalau fikirkan logiknya, masakan manusia boleh keluar semula daripada perut ikan. Tetapi disebabkan sikap “menyedari & mengakui kesilapannya serta mahu berubah” dan Nabi Yunus sendiri mengakuinya terdiri daripada “orang yang zalim” dan “mengakui kesalahan yang telah dilakukannya“, akhirnya Nabi Yunus berjaya keluar semula daripada perut ikan Nun.

Begitu juga kisah Nabi Yaakub yang cintakan anaknya tetapi diuji dengan musibah menanti anaknya yang tidak pulang-pulang. Datang adik-beradik Nabi Yusuf kepada bapanya dengan hanya berbekal baju Yusuf. “Ayah, Yusuf sudah meninggal dunia dimakan serigala”. Lantas, Nabi Yaakub berdoa,
“Ya Allah, aku mengadu hanya kepadaMu sehinggalah aku mengetahui sesuatu hikmah itu lebih daripada orang lain”.
Jadi apa yang Berita Semasa ingin simpulkan di sini yang boleh kita ambil ikhtibar ada 2 :
  • Pertama, kita boleh lihat seluruh dunia berdoa, rakyat Malaysia, keluarga mangsa MH370, semua mengucapkan kami menanti, Pray for MH370, sebenarnya kita tidak putus. Penuh dengan pengharapan.
  • Kedua, kita bukan sahaja sekadar melakukan solat hajat, mungkin kita semua rakyat Malaysia boleh bermuhasabah termasuk pemimpin politik, pemimpin negara. Mungkin ujian yang diberikanNya memberikan kekuatan kepada Malaysia dikemudian hari ini. Kita tidak tahu. Ini semua perancanganNya.
Berita nampak sekarang banyak hikmah disebalik tragedi MH370 ini :
  1. Satu kelompok manusia yang kuat untuk meminta pertolongan
  2. Satu kelompok yang kuat menyatukan manusia-manusia yang lain. Tegur-menegur. Saling berkongsi kesedihan, perasaan dan tumpang simpati atas nama kemanusiaan dan persahabatan
  3. Kita melihat sendiri dan dunia dipertonton dalam solat hajat, ada jemaah yang mengalirkan airmata seolah-olah kelihatan meminta anaknya pulang ke rumah. Sedangkan jemaah tersebut tidak kenal pun. Indah bukan hikmah ciptaan Tuhan?
  4. Kita tidak tahu apa yang yang Tuhan gantikan yang lebih baik untuk Malaysia. Boleh jadi, perdamaian di Malaysia, boleh jadi kasih sayang yang makin mekar sesama kita rakyat Malaysia, boleh jadi………….
  5. Jadi…kita minta keajaiban seperti ini berlaku. Insyaallah.
P/S : Ummu Salamah seorang isteri yang sangat sayang suaminya, Abu Salamah. Tetapi apabila Abu Salamah nak meninggal dunia, Abu Salamah sempat berpesan : “Wahai isteriku, tidak lama lagi aku nak pergi meninggal dunia. Kau akan bertemu seseorang lelaki yang jauh lebih baik daripada diriku”. Ummu Salamah mengalami kesedihan yang melampau tetapi………

Tetapi akhirnya Ummu Salamah mengamalkan satu doa ini yang diajar oleh Rasulluhah SAW:

Doa Musibah
Akhirnya tanpa pengharapan, siapa yang datang meminang Ummu Salamah? Tidak lain dan tidak bukan………

P/S : Imam Ibnul Qayyim pernah mengatakan : “Sekiranya Tuhan menjadikan sesuatu musibah untuk kita, Sesunggguhnya Tuhan membuka 2 pintu hikmah”.


1 comment:

  1. Bangkai Susah untuk ditemui, kedalaman laut sedalam 3,500 meter, ombak besar dan juga angin kencang.Serpihan juga akan di angkat ke darat.saya harap pihak anda boleh berfikir secara rasional- MAS

    ReplyDelete