Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) melancarkan kempen untuk menggesa Majlis Angkatan Tentera Malaysia menggugurkan kesemua pertuduhan ke atas seorang pegawai pasukan tersebut Mejar Zaidi Ahmad berhubung isu dakwat kekal dalam pilihan raya umum lalu.
Pengerusi BERSIH Maria Chin Abdullah berkata NGO itu juga akan mengemukakan tuntutan rasmi kepada Majlis Angkatan Tentera agar kesemua tujuh pertuduhan ke atas juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) itu.
Katanya, “Kempen Rakyat Sokong Mejar Zaidi” itu meminta pengguna media sosial memuatkan gambar dengan slogan sokongan kepada Mejar Zaidi melalui laman Facebook dan Twitter.
Katanya, kempen itu bermula pada bulan April apabila TUDM memulakan perbicaraan ke atas pegawai berusia 45 tahun itu.
"Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sendiri telah mengaku dalam laporan media mengenai kegagalan dakwat kekal, yang turut dilaporkan oleh ratusan pengundi.
“Jadi kenapa pula tindakan ini diambil terhadap Mejar Zaidi yang berkata apa yang benar demi kepentingan awam?
"BERSIH 2.0 percaya bahawa ramai rakyat Malaysia merasakan Mejar Zaidi tidak seharusnya dihukum tetapi disanjungi kerana kejujuran dan keberaniannya untuk menegakkan kebenaran," kata Maria dalam kenyataannya.
Zaidi mungkin kehilangan pencen dan faedah lain sekiranya didapati bersalah, katanya lagi yang menganggap perkara itu sebagai ketidakadilan yang tidak boleh diterima oleh rakyat
Beliau meminta pengguna media sosial menggunakan slogan “Gugur Pertuduhan Mejar Zaidi” atau “Hukum SPR, bukan Mejar Zaidi” dan juga hashtag #sokongzaidi.
Maria turut menyeru orang awam agar menunjukkan sokongan kepada Mejar Zaidi dengan menghadiri perbicaraan pada 8 April hingga 10 April 2014 di Mahkamah Tentera TUDM Sungai Besi, Kuala Lumpur.
Pegawai yang bertugas di Pengkalan Udara Butterworth itu pada 7 Februari lalu mengaku tidak bersalah atas lima pertuduhan mengikut Seksyen 50(2) Akta Angkatan Tentera 1972 atas tuduhan memberi kenyataan media berkenaan isu dakwat kekal.
Beliau juga mengaku tidak bersalah atas dua lagi tuduhan menghantar khidmat pesanan ringkas berbaur politik dan hasutan, mengikut di bawah Seksyen 50(2) Akta Angkatan Tentera 1972.

Malaysiakini.
Himpunan sokong Mejar Zaidi Ahmad pada 8 April oleh Bersih 2.0
Maria Chin Abdullah menyeru rakyat Malaysia menunjukkan sokongan kepada Mejar Zaidi Ahmad dan menggesa supaya pertuduhan yang dikenakan ke atasnya digugurkan. – Gambar The Malaysian Insider
Kumpulan tersebut berkata rakyat perlu membela tindakan berani juruterbang TUDM itu dan dia tidak sepatutnya dihukum.
“Tunjukkan kepada Mejar bahawa beliau bukan keseorangan.“Sampaikan pesanan kepada semua bahawa tindakan yang patut dibanggakan dan dipuji ini tidak patut dihukum,” kata Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah dalam satu kenyataan.
Zaidi kini dihadapkan di Mahkamah Tentera dengan beberapa tuduhan melanggar perintah Majlis Angkatan Tentera Malaysia. Klik sini untuk beli buku beliau bagi menampung kos perbicaraan -MRM
Beliau dituduh membuat kenyataan kepada media tanpa kebenaran Kementerian Pertahanan, dan menghantar dua kiriman pesanan ringkas (SMS) yang bersifat politik.
Maria juga menggesa supaya pertuduhan yang dikenakan ke atas Zaidi digugurkan.
“Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sendiri sudah mengaku dalam laporan media mengenai kegagalan dakwat kekal, yang turut dilaporkan oleh ratusan pengundi.“Jadi kenapa pula tindakan ini diambil terhadap Mejar Zaidi yang berkata benar demi kepentingan awam?” katanya.
Di samping itu, Bersih 2.0 juga melancarkan “Kempen Rakyat Sokong Mejar Zaidi” bagi memberi tekanan kepada pihak berkuasa tersebut.
Surat bantahan daripada Bersih 2.0 juga dihantar kepada Majlis Angkatan Tentera untuk memberi tekanan supaya pertuduhan digugurkan.
“Bersih 2.0 percaya bahawa ramai rakyat Malaysia merasakan Mejar Zaidi tidak seharusnya dihukum tetapi disanjungi kerana kejujuran dan keberaniannya untuk menegakkan kebenaran,” kata Maria lagi.
Sekiranya didapati bersalah, Zaidi mungkin kehilangan pencen dan faedah lain. Ini merupakan ketidak-adilan yang tidak boleh diterima oleh rakyat.
Zaidi akan dibicarakan di hadapan panel Mahkamah Tentera yang diketuai Kol Saadon Hasnan turut terdiri daripada Lt Kol Zainurin Mohd Dom, Mej Khuzairi Mohd Arshad, Mej Khairul Nizam Taib, Mej S. Nadzeer Salehuddin and Mej Noor Azman Ahmad.
Zaidi berdepan lima pertuduhan antaranya berkenaan di bawah Seksyen 50(2) Akta Angkatan Tentera 1972 sementara dua lagi membabitkan Seksyen 51 akta sama.
Seksyen 50(2) adalah membabitkan kesalahan tidak patuh kepada pegawai atasan yang boleh dipenjara tidak lebih dua tahun, manakala Seksyen 51 pula tidak patuh kepada perintah tetap yang boleh dihukum penjara tidak lebih dua tahun atau hukuman ringan lain. TMI
No comments:
Post a Comment