Saya Benci Harga Barang Naik! telah berkongsi pautan.
FBI Siasat Isteri Pilot #MH370 - Luahan Anak Kapten Zaharie.
Inila bentuk ganguan2 yang mereka alami sejak insiden MH370 terjadi kat negara neh.
1 . Keluarga kapten Zaharie perlu menyembunyikan diri sebab media asing dan tempatan tak henti2 muncul …
Inila bentuk ganguan2 yang mereka alami sejak insiden MH370 terjadi kat negara neh.
1 . Keluarga kapten Zaharie perlu menyembunyikan diri sebab media asing dan tempatan tak henti2 muncul …
TUDUHAN MEDIA ASING TERLALU BIADAB
Lajnah Antarabangsa Pemuda PAS Malaysia (LA PPM) mengecam tindakan media antarabangsa yang mengaitkan kejadian pesawat MH 370 Malaysian Airline System (MAS) sebagai tindakan sabotaj juruterbang dan pembantu juruterbang pesawat terbang tersebut. Antara media luar yang mengaitkan khabar angin ini adalah akhbar Mirror dan Daily Mail yang berpangkalan di UK serta beberapa portal luar negara yang membawa berita yang sama. Perlu diingatkan akhbar Daily Mirror pernah memfirnah Presiden Pas sebagai Al-Qaeda dan pengganas pada tahun 2007 dahulu yang akhirnya mahkamah UK mengarahkan Daily Mirror memohon maaf kepada Presiden Pas beserta gantirugi teladan.
LA PPM menganggap dakwaan tersebut amat biadap kerana siasatan masih dijalankan dan pihak berkuasa Malaysia mendapati wujudnya elemen rampasan pesawat tersebut, dan bukannya tindakan sabotaj. Mengaitkan kedua-dua juruterbang, Kapten Zaharie Ahmad Shah dan pembantunya, Fariq Ab Hamid sebagai perampas pesawat tersebut merupakan tindakan yang tidak rasional serta mengganggu emosi keluarga kedua-duanya. Dakwaan tersebut juga menjatuhkan reputasi negara serta rakyat di negara ini.
LA PPM juga mersa kecewa kerana segelintir pihak mengaitkan juruterbang, Kapten Zaharie dengan teori bahawa beliau mensabotaj pesawat itu kerana kecewa dengan keputusan mahkamah yang menjatuhkan hukuman terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim. LA PPM beranggapan dakwaan itu tidak berasas sama sekali dan ia berniat jahat. Isu keputusan penghakiman terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak perlu diheret dalam konflik besar ini yang boleh menjejaskan kredibiliti negara di mata dunia.
Malah, Kapten Zaharie dikenali seorang yang berdedikasi, rasional, amat profesional serta matang dalam mengendalikan pesawat itu.
LA PPM difahamkan, teori utama pesawat itu hilang adalah rampasan dan ia mengaitkan kumpulan tertentu yang besar, mahir dan licik. Ia juga melibatkan banyak pihak seperti negara tertentu dan aspek tertentu seperti keganasan. Apa yang diharapkan adalah supaya semua pihak tidak berteori dengan mengemukakan spekulasi liar sehingga mengganggu emosi keluarga mangsa dan menyerahkan kepada pihak berkuasa menyiasat perkara ini. LA PPM tidak sesekali bersetuju jika andaian dibuat dan menjatuhkan hukuman kepada juruterbang dan pembantunya tanpa ada asas dan bukti yang kukuh.
DR RAJA AHMAD AL HISS
Pengerusi Lajnah Antarabangsa
Pemuda PAS Malaysia
MH370: Tiada Asas Tuduh Malaysia SARANG Pengganas!
Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menolak sekeras-kerasnya dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan Malaysia sebagai sarang pengganas.
Menurut beliau ketika sesi sidang media hari ini, tiada asas untuk menuduh Malaysia sebagai sarang pengganas berikutan insiden kehilangan pesawat MH370.
Selain itu, Hishamuddin turut mengingatkan semua pihak supaya tidak mempolitikkan kehilangan MH370, sebaliknya mengenepikan perbezaan pendapat serta fahaman politik dalam usaha untuk mencari dan menyelamat pesawat yang hilang pada 8 Mac lalu.
Oleh: AUDREY LEE
mynewshub.my
MH370 Dilarikan Untuk Kegunaan Pengganas Di Masa Akan Datang?
- March 17, 2014
Agensi perisikan Amerika Syarikat (AS) masih belum dapat mewujudkan sebarang perkaitan kumpulan penggnas antara kapten kapl MH370 dan pembantunya sehingga kini.
Namun, sebahagian pegawai kanan persikan negara itu beranggapan, pihak yang merampas kapal itu melarikannya ke lokasi yang tidak diketahui mungkin mahu menggunakannya untuk rancangan masa akan datang.
Mereka beranggapan, tindakan melarikan MH370 adalah ‘dry run’ atau percubaan awal untuk serangan pengganas di masa hadapan.
“Ia lebih kepada usaha untuk melihat apakah kapal boleh dilarikan dan disorokkan daripada radar,” kata salah seorang pegawai berkenaan kepada media di negara itu.
Menurutnya, kenyataan itu tidak boleh ditolak kerana wujud bukti yang cukup bahawa kapal berkenaan terus terbang selama beberapa jam selepas dari waktu ia dilaporkan hilang.
MH370 dengan ratusan penumpang serta anak kapal hilang dari radar awam pada 8 Mac lalu. Sabtu lepas, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendedahkan bahawa semua sistem komunikasi kapal itu telah dimatikan dengan sengaja dan dilencongkan dengan niat ke lokasi baru yang sedang disiasat.
Beliau bagiamanapun tidak menggunakan istilah ia dirampas.
mynewshub.my
Media Luar Kritik Permaisuri Malaysia, Isteri Yang Dipertuan Agong.
Menurut Dailymail ;
1. Disaat rakyat berduka cita di atas insiden MH370, permaisuri agong boleh pula melepak main golf.
2. Permaisuri agong kelihatan begitu gembira bermain golf seperti yang dirakamkan dalam gambar ujar wartawan TDM.
3. Kelihatan permaisuri agong tidak begitu concern dengan apa yang sedang berlaku pada masyarakat Malaysia.
Lebih kurang begitulah yang cuba digambarkan oleh TDM.
Read more: http://amenoworld.blogspot.com/2014/03/media-luar-kritik-permaisuri-malaysia.html#ixzz2x8yUB5gb
1. Disaat rakyat berduka cita di atas insiden MH370, permaisuri agong boleh pula melepak main golf.
2. Permaisuri agong kelihatan begitu gembira bermain golf seperti yang dirakamkan dalam gambar ujar wartawan TDM.
3. Kelihatan permaisuri agong tidak begitu concern dengan apa yang sedang berlaku pada masyarakat Malaysia.
Lebih kurang begitulah yang cuba digambarkan oleh TDM.
Read more: http://amenoworld.blogspot.com/2014/03/media-luar-kritik-permaisuri-malaysia.html#ixzz2x8yUB5gb
Isu MH370, Para Pemimpin Malaysia kata "jangan buat statment yang tidak berautoriti, biar mereka yang layak sahaja buat statement ..."
TETAPI tentu sahaja kerana isu ini menjadi topik perbualan semasa rakyat malah dunia, maka pelbagai persoalan dan spekulasi akan timbul, semuanya kerana tiada jawapan yang kukuh, PERSOALANNYA, bagaimanakah pesawat tersebut boleh mengubah laluan asal, sehingga ia dilaporkan hilang di Lautan Hindi ? tentu ramai diluar sana yang mempunyai persoalan yang sama kan ?
Begitulah realitinya, manusia perlukan jawapan bagi persoalan mereka, apatah lagi jika melibatkan ratusan nyawa tidak berdosa, siapapun akan marah dan hilang pertimbangan jika soalan yang sememangnya ada jawapan tetapi jawapan tersebut terus menjadi tanda tanya ...
wallahua'lam ...
TETAPI tentu sahaja kerana isu ini menjadi topik perbualan semasa rakyat malah dunia, maka pelbagai persoalan dan spekulasi akan timbul, semuanya kerana tiada jawapan yang kukuh, PERSOALANNYA, bagaimanakah pesawat tersebut boleh mengubah laluan asal, sehingga ia dilaporkan hilang di Lautan Hindi ? tentu ramai diluar sana yang mempunyai persoalan yang sama kan ?
Begitulah realitinya, manusia perlukan jawapan bagi persoalan mereka, apatah lagi jika melibatkan ratusan nyawa tidak berdosa, siapapun akan marah dan hilang pertimbangan jika soalan yang sememangnya ada jawapan tetapi jawapan tersebut terus menjadi tanda tanya ...
wallahua'lam ...
Allah bayar cash, macai tuduh juruterbang pkr pengganas, sekarang media barat tuduh muslim malaysia pengganas, amik kau semua kena cop pengganas hahah baru puas hati macai
Pilot MH370 & Thanos Kontogiannis. Salinan Email Pembelian Simulator Kapten Zaharie Didedahkan! : Sebelum ini anak Pilot MH370, Aishah Zaharie kesal dengan tindakan sesetengah pihak yang begitu mudah untuk cop ayahnya sebagai pengganas (DI SINI), orang penting merampas MH370. Malah…
Thanos Kontogiannis yang merupakan seorang moderator simulator penerbangan X-Sim-de dan Thanos Kontogiannis juga adalah rakan kepada pilot Mh370, Kapten Zaharie Ahmad Shah sama sekali tidak menyangka rakannya itu difitnah sebegitu rupa.
Thanos Kontogiannis agak terkejut apabila beberapa pihak dilihat membuat kesimpulan mudah sehingga sanggup menuduh yang bukan-bukan pilot MH370, Kapten Zaharie Ahmad Shah termasuk terlibat dalam rampasan MH370 MAS Malaysia Airlines (MAS), cubaan membunuh diri dalam kapal terbang Mh370 dan macam-macam lagi.
Sepanjang perkenalan Thanos Kontogiannis dengan pilot MH370 Kapten Zaharie Ahmad Shah, Thanos Kontogiannis menganggap pilot MH370 sebagai :
- bukan seorang pengganas
- peminat yang fanatik kepada dunia penerbangan
- kebanyakan juruterbang komersial termasuk Kapten Zaharie Ahmad Shah acapkali menghubunginya untuk tujuan menambah pelbagai ciri tambahan dalam simulator peribad
Kapten Di Kecam Kerana Sokong PR - Panggilan Telefon Ke Penumpang #MH370 Berbunyi Tetapi Tak Berangkat !!!!
Read more: http://amenoworld.blogspot.com/2014/03/kapten-di-kecam-kerana-pr-panggilan.html#ixzz2x8xiOuXb
Polis Teliti Kemungkinan Juruterbang Bunuh Diri - Hishammuddin
Diterbitkan: Isnin, 17 Mac 2014 7:13 PM
SEPANG: Polis sedang menyiasat kemungkinan juruterbang membunuh diri sebagai punca kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370, kata pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
Bercakap pada sidang media di Hotel Sama-Sama di sini Isnin, Hishammuddin berkata, polis sedang menyiasat kemungkinan itu.
"Ya, kami sedang menelitinya (kemungkinan juruterbang membunuh diri)," kata Hishammuddin.
MStar.
No comments:
Post a Comment