Meriah sungguh!
Published on Mar 2, 2014
Perasmian jambatan kedua pulau pinang ( video ihsan:mohamad amirul amin amir)
" Berapa Juta Pula Kerajaan Habiskan Wang Untuk Perasmian Jambatan Kedua Penang Ini"
Meriah sungguh keadaan disusur keluar jambatan kedua Pulau Pinang. Bertempat di Batu Maung sejak dari 10 pagi hinggalah 12 tengah malam ini.
Dirasmikan oleh DS Najib, yang dihadiri oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan juga bekas Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi. Yang menarik perhatian aku ialah pengunjung lebih tertumpu dibahagian karnival gerai-gerai yang menempatkan tapak konsert yang dijadualkan sehingga tengah malam ini.
Konsert ini aku lihat lebih menarik perhatian golongan muda-mudi. Kenapa mesti diadakan konsert??. Adakah BN sudah sebati dengan sajian konsert pada setiap acara besar mereka. Saksikanlah sendiri gambar dan video yang mana tempat Najib berucap terlalu banyak ruang yang kosong sedangkan tapak konsert sudah dipenuhi oleh golongan muda-mudi. Adakah mereka ini memang tidak berminat mendengar celotehan Najib atau mereka memang datang hanya sekadar mahu mendengar konsert. Itupun yang kebanyakkannya yang mendengar celotehan Najib ialah makcik-makcik UMNO yang diwajibkan datang dan juga budak-budak PLKN.
Antara artis yang menghiburkan muda-mudi ini ialah kumpulan Crystal, Azlan dan typewriter, Ultimate, Radhi OAG, Kumpulan Waris. Punya nak tarik penonton sehinggakan bagi pulak cabutan bertuah nak menarik pengunjung untuk menunggu sehingga habis konsert.
Anjur konsert yang banyak mendatangkan keburukan kepada golongan muda-mudi ini, inikah kerajaan yang kononnya memperjuangkan Islam. Yang sibuk mempertahankan Kalimah Allah. Admin juga dapat maklumat dari pengusaha gerai konsert yang disajikan ini bermula seawal jam 12 tengah hari, sambung petang sehinggalah kemalam. Admin hanya sempat ambil video malam saja.
Aku bangga kita ada jambatan terpanjang didunia. Tidak salah kita buat acara perasmian tetapi kenapa mesti buang wang untuk konsert bagai, bunga api boleh gagah lagi. Aku kurang setuju dengan cara kerajaan ini. Kepada pembaca yang minat konsert tu sorilah bro. Wa tulis apa yang wa rasa. Sendiri nilailah macam mana kerajaan hari ini yang lebih memberikan nikmat dunia kepada rakyat tetapi kurang memberi bab perihal agama.
Tikaqbuloh
No comments:
Post a Comment