Pages

Thursday, 3 April 2014

Apa Baling Mau Lagi!: Dapat Serentak Himpunan Derita Rakyat dan Malam Cinta Rasul...

Jumaat, 4 April 2014

Antara Himpunan Derita Rakyat dan Malam Cinta Rasul : Orang Baling mendapat dua kebaikan dengan menyertai kedua-duanya sekali.

Orang Baling boleh mendapat dua keuntungan :
Bersama Pas  utk tuntut harga getah yg lebih baik pada 
jam 3.00 ptg. Dan boleh pergi ke program umno tu 
pada sebelah pagi dan malam sahaja.

Berikut adalah saya peskopi coretan Ust Zolkharnain Abidin Al-Abyadhi melalui face book untuk sama-sama kita memikirkannya:

5 APRIL: Malam Cinta Rasul bersama habib pada 5 April, yang saya yakin adalah anjuran Umno, tidak syak lagi bertujuan untuk mengganggu acara PAS, Himpunan Derita Rakyat: Baling 02, kerana acara PAS ini dirancang lebih awal.

 Apa salahnya jika penganjur malam bersama habib memilih tarikh lain. Biarkan orang Baling bersama PAS pada hari itu, dan pada tarikh lain, orang Baling boleh bersama habib pula.

 Tindakan ini merugikan orang Baling dan pada masa yang sama menjejaskan kewibawaan habib. Tanggapan orang ialah, habib bersekongkol dengan Umno untuk menjejaskan acara PAS.

 Jika kedua-dua acara itu baik, biarkan orang Baling mendapat dua kebaikan dengan menyertai kedua-duanya sekali.

 Kecuali memang acara malam bersama habib itu bertujuan jahat, elok benarlah orang Baling tidak terlibat dengannya walau acara itu bersama habib dan berselawat.

 Jika saya berpendirian bahawa sebahagian habib telah diperalat untuk kepentingan politik sempit Umno, tentu pencinta habib tidak bersetuju dengan saya.

 Namun begitu, keterlibatan habib dengan acara Umno pada tarikh yang sama ini membenarkan pendirian itu.

 Acara malam bersama habib itu turut diserikan dengan cabutan bertuah. Ini juga menjadi bukti bahawa acara ini bertujuan untuk mengganggu acara PAS dengan menarik orang ramai untuk fokus kepada cabutan bertuah tersebut.

 Paling manis lagi jika acara PAS itu turut disertai oleh habib walau pun tidak dijemput secara khusus kerana acara itu adalah acara untuk turut merasai derita rakyat Baling kerana kejatuhan harga getah secara mendadak.

 Jika habib turut menyertai acara ini, tampak benar mereka turut berusaha memahami derita rakyat.

 Tetapi, jika kedua-dua acara ini berlangsung serentak, orang berpandangan habib tidak memahami derita rakyat tetapi hanya tahu melayan kehendak penguasa yang menindas rakyat sahaja.

 Ini pendirian saya. Terpulanglah bagaimana pencinta habib ingin menilai pendirian ini.

2 comments:

  1. Bukan cinta habib bro MLM cinta rasul bro .lu cakap elok sikit bro nanti lu bleh murtad .org nak selawat lu kata tak payah .lu jangan talsub politik ciptaan yahudi tu .lu ngaku pati Islam tapi org nak selawat lu petikai .lu ni wahabi ke bro .APA la lu ni bro

    ReplyDelete
  2. Jangan Halang Orang Nak Puji Rasulullah
    Kalau Hang Nak Pi Ceramah Politik Pergi Je Lah

    ReplyDelete