Dua Perkara Penting Dalam Negara Kita
Satu Dunia Satu Hak Akhirat...
Kenyataan Media
29 April 2014
Keputusan Bebas Dakwaan Aksi Malam 31 Disember Cetus Semangat Baru Aksi 1 Mei
2. Hakim Mahkamah Sesyen Azman Mustapha membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan peguam Melissa Sasidaran berikutan keputusan Mahkamah Rayuan Jumaat lepas yang menyifatkan Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman 2012 sebagai tidak berperlembagaan kerana peruntukan itu di luar batas kuasa Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin perhimpunan aman.
3. Keputusan ini dibuat dibuat berasaskan keputusan Mahkamah Rayuan Jumaat lepas yang menggugurkan tuduhan terhadap ADUN Seri Setia , YB Nik Nazmi Nik Ahmad.
4. Tahniah kepada Hakim yang berani membuat keputusan yang betul. Tahniah dan terima kasih juga kepada Peguam Melissa dan Eric Paulsan termasuk pasukan Lawyer For Liberty (LFL) yang banyak membantu kes - kes berkaitan perjuangan hak asasi dan melawan penindasan. Rakaman penghargaan juga kepada penyumbang yang menyumbang dalam perbagai bentuk kepada kami anak muda bagi meneruskan perjuangan ini khususnya dalam bentuk jaminan mahkamah.
5. Ini merupakan satu petanda baik bagi perjuangan rakyat mempertahankan hak yang dijamin perlembagaan negara. Ini juga membawa maksud bukan semua undang- undang menjamin keadilan ia memerlukan perjuangan dan keberanian. Semenjak PAA diaplikasikan memang banyak kes pendakwaan berkaitan undang - undang ini. Namun SAMM merakamkan sedih terhadap beberapa pemimpin politik yang tersungkur di mahkamah kerana mengaku bersalah awal di depan hakim kerana undang - undang zalim ini. Sepatutnya semua perlu melawan. Nazree Yunus contohnya sudah tentu akan akan jadi titik hitam dalam sejarah perlawanan apabila dia mengaku bersalah dan sebaliknya beruntung ada anak muda seperti Nik Nazmi yang berani menawan sehingga membawa kes ke mahkamah rayuan dan berjaya mengenepikan kes yang akhirnya menjadi tanda segar buat perjuangan.
6. Tanggal 1 Mei satu lagi himpunan penting dalam gerakan rakyat. Untuk itu Penyerahan Penghakiman kes Nik Nazmi Nik Ahmad mengenai Akta Perhimpunan Aman 2012 akan dihantar kepada IGP.
Masa: 2pm
Tempat: Bukit Aman
Tarikh: 30 April 2014 (esok)
Tujuan utama penyerahan penghakiman ini adalah untuk memperingati IGP bahawa Mahkamah Rayuan telah membuat keputusan bahawa Akta Himpunan Aman adalah tidak berperlembagaan dan Himpunan MayDay pada 1 Mei bukan HARAM.
7. Terima kasih kepada semua yang berjuang. Yakinlah rakyat yang bersatu tidak akan dapat dikalahkan. Ayuh bersama banjiri Kuala Lumpur 1 Mei ini.
Sekian dan terima kasih
che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia
No comments:
Post a Comment