Pages

Sunday, 27 April 2014

HUDUD: Doktor Islam selar kenyataan biadap melampau Presiden MMA...guna penjual daging potong tangan!

Ahad, 27 April 2014
Amer Emas
April 25 

MENGAPA BANGSA DAN UGAMA LAIN TOLAK HUDUD
Untuk memahami isu hudud yang sedang panas ini, nota ini menjelaskan.. mengapa payah sangat nak faham?

Hukum Hudud di Malaysia macam mana mereka tak halang dan menolak kalau Hukum Hudud sekian lama dipropagandakan oleh Pemimpin² negara itu sendiri , media² dalam negara itu sendiri dan sekutu mereka yang bukan Islam mahu Islam agar masyarakat Islam atau bukan Islam melihatnya sebagai ganas dan tidak sesuai diamalkan dalam zaman yang serba moden ini...
Tharmaseelan
Ikatan Pengamal Perubatan dan Kesihatan Muslim Malaysia (I-Medik) hari ini menyelar kenyataan Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) Datuk NKS Tharmaseelan (gambar) yang dianggap cuba menjadikan pelaksanaan hudud sebagai jenaka apabila mencadangkan kerajaan PAS Kelantan menggunakan khidmat pemotong daging. 
Pengerusi I-Medik, ‎Prof Dr Azmi Md Nor berkata kenyataan presiden MMA tidak profesional, tanpa menghormati perasaan umat Islam apabila meminta pemotong daging diberi tugas menjalankan hudud melibatkan hukuman potong tangan.


"Jika MMA tidak dapat bersetuju dengan cadangan yang dibuat oleh kerajaan negeri Kelantan, ia tidak seharusnya menjadikan isu hukum hudud ini sebagai suatu jenaka kepada 63.1% umat Islam di Malaysia," katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Menurut Dr Azmi, seorang doktor beragama Islam selain menjalankan tugas mereka mengikut sumpah perubatan Islam, juga menyokong penuh perundangan Syariah.


Semalam Tharmaseelan yang merupakan presiden MMA mencadangkan kerajaan Kelantan menggunakan khidmat pemotong daging untuk melaksanakan hukuman hudud kerana petugas perubatan yang bertauliah tidak sanggup untuk melakukan perkara sedemikian.


"Prosedur (potong tangan) sangat rumit. ‎Jika doktor tidak tergamak melakukannya maka anda perlu cari tukang potong daging," ‎katanya.


Dr Azmi berkata lagi adalah terlalu awal bagi membincangkan isu siapa yang harus menjalankan hukuman kerana ia memerlukan lebih banyak kajian dan perbincangan berhubung soal teknikal perundangan Syariah.


"Lebih banyak kajian dan perbincangan harus diadakan berhubung soal teknikal perundangan Syariah, yang sering disalahtafsir dengan mengecilkan skop kepada memotong tangan, sedangkan ia melibatkan falsafah keadilan, pengajaran dan pencegahan," katanya.


Oleh demikian, beliau menegaskan agar MMA lebih sensitif dalam menyampaikan pandangan mereka terutamanya apabila menyentuh mengenai agama Islam.


Semalam Tharmaseelan turut berkata, pihaknya tidak akan bekerjasama dengan kerajaan PAS Kelantan untuk melaksanakan undang-undang syariah di negeri tersebut.


Katanya, doktor dan jururawat bertauliah terikat mengikut bidang kuasa Kementerian Kesihatan dan tidak perlu patuh kepada arahan kerajaan negeri.


"Semua hospital di Kelantan hanya menerima arahan daripada Kementerian Kesihatan kerana gaji mereka dibayar oleh kerajaan pusat," katanya.


Tharmaseelan berkata, MMA akan mengambil tindakan saman dan membatalkan kelayakan tauliah jika mendapati ada doktor yang melakukan perkara tersebut.

Posted by 

Hudud: Pakar perubatan muslim sedia bantu

APR 26, 2014 | HARAKAHDAILY
KUALA LUMPUR: Persatuan Pakar-Pakar Perubatan Muslim Malaysia (Pakar) menyatakan kesediaan untuk memberi kerjasama kepada mana-mana kerajaan negeri atau pusat berhubung perlaksanaan hukum hudud.
Presidennya, Prof Mohd Hasmizi Yunus berkata, pihaknya bersedia memberi bantuan khususnya dari sudut kaedah atau teknikal terbaik bagi membantu memastikan perlaksanaan hukuman itu berjalan lancar.

"Pakar adalah sebuah NGO Islam, dengan ini memberikan sokongan terhadap usaha yang dilakukan oleh kerajaan Negeri Kelantan untuk melaksanakan kanun jenayah syariah II yang telah diluluskan pada tahun 1993.
"Pakar akan bersedia memberi nasihat teknikal jika perlu bagi memastikan perlaksanaan hukum tersebut lancar dan boleh memberi pencegahan kepada masyarakat umum," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Dalam aspek perlaksanaan hukuman potong tangan pencuri yang telah sabit kesalahannya, Pakar kata beliau boleh bekerjasama memastikan bahawa hukum itu dijalankan sebaik mungkin dengan kepakaran yang ada.

Ia bertujuan untuk membantu menjaga hikmah disebalik hukuman dan tidak menyiksa pesalah, kata beliau.

Sebagai memenuhi tuntutan mentaati ajaran Islam, Pakar juga katanya akan meneliti cadangan mendapatkan bantuan doktor bedah untuk memberikan garis panduan yang selamat di dalam melaksanakan hukuman ini, agar ianya tidak bercanggah dengan etika dan profesionalisma kedoktoran serta selari dengan perlembagaan negara.

"Pakar menyedari bahawa tugas utama doktor selaku perawat kesihatan adalah memberi rawatan secara profesional kepada semua pesakit tanpa mengira warna kulit, agama atau status peribadi mereka," katanya.

Dalam pada itu beliau turut menyeru orang bukan Islam agar tidak bimbang kerana undang-undang syariah Islam ini hanya dikenakan ke atas orang Islam, manaka bukan Islam diberi pilihan tanpa paksaan.

Mereka juga menyeru rakan-rakan daripada organisasi bukan Islam agar tidak perlu mengeluarkan kenyataan yang boleh mencetuskan suasana tidak tenteram dalam mengamalkan ajaran agama masing-masing sesuai dengan kehendak perlembagaan Persekutuan Malaysia dalam perkara 3 dan 4. - HARAKAHDAILY 26/4/2014
Gambar: "TIDAK PERNAH HALANG"..Tapi 'TIDAK' membenarkan pelaksanaannya..apa bezanya..?

Bab Hudud depan Cina cakap lain depan Melayu cakap lain.... itulah PM 1 Malaysia... berbelit² nak membodohkan penyokong & pendokong UMNO..
"TIDAK PERNAH HALANG"..Tapi 'TIDAK' membenarkan pelaksanaannya..apa bezanya..?

Bab Hudud depan Cina cakap lain depan Melayu cakap lain.... itulah PM 1 Malaysia... berbelit² nak membodohkan penyokong & pendokong UMNO...




Selepas Sokong Hudud, Tengku Razaliegh Takutkan Pulak Rakyat

Apa hal lu ni Tengku Razaliegh Hamzah (Ku Li), hari tu lu kata lu SOKONG Hudud yang akan Dilaksanakan oleh PAS Negeri Kelantan, tiba-tiba hari ni lu GERTAK pulak Rakyat konon nya akan Menimbulkan KONFLIK AGAMA bagi Rakyat Berbilang Kaum. Habis tu kalau lu rasa akan Menimbulkan Konflik Antara Agama yang lu kata lu Sokong tu APA HAL Ku Li.
.. kah kah kah. bac lagi--->>>
http://inderasipejuang.blogspot.com/2014/04/selepas-

No comments:

Post a Comment