Mahkamah tentera terima 5 bantahan Mejar Zaidi
Mahkamah tentera menerima bantahan awal Mejar Zaidi Ahmad terhadap lima pertuduhan berhubung kesalahan memberi kenyataan kepada media mengenai isu dakwat kekal semasa pilihan raya umum ke-13.
Lima bantahan yang diterima mengenai kesalahan itu adalah tuduhan mengikut Seksyen 50(2) Akta Angkatan Tentera 1972.
Dua lagi ditolak adalah bantahan ke atas pertuduhan mengikut Seksyen 51 akta sama, berhubung kesalahan menghantar pesanan SMS berbaur politik dan hasutan.

Yang Dipertua Mahkamah, Kolonel Saadon Hasnan memutuskan lima pertuduhan yang dibantah itu akan dirujuk kepada "pihak berkuasa sidang" untuk tindakan lanjut.
"Pihak berkuasa sidang" merujuk kepada Panglima No 1 Divisyen Udara, Mejar Jeneral Datuk Azizool Arif bin Abdul Ghani.
Ahmad Zaidi, seorang pegawai dari Pengkalan Udara Butterworth mengemukakan bantahan tersebut melalui peguamnya Hanipa Maidin.
Pertuduhan berkenaan dijalankan ke atas Juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia itu pada 7 Februari lalu.
Hanipa Maidin mengemukakan bantahan itu mengikut Kaedah 62 Kaedah-kaedah Acara Angkatan Tentera (Mahkamah Tentera) 1976.
Beliau ketika mengemukakan hujahnya berkata, lima pertuduhan yang dibantah itu mengandungi kecacatan dan tidak betul kerana ia tidak wujud dalam Seksyen 50(2) Akta Angkatan Tentera 1972.
Menurutnya, kesalahan "melanggar perintah Majlis Angkatan Tentera" dalam lima pertuduhan itu berbeza dengan kesalahan “tidak mematuhi apa-apa perintah yang sah daripada pegawai atasan” seperti dinyatakan dalam Seksyen 50(2).
Jelasnya, seksyen tersebut memperuntukkan kesalahan "tidak mematuhi apa-apa perintah yang sah daripada pegawai atasannya" dan bukannya kesalahan “melanggar perintah”.
Hujahnya lagi, Seksen 2 akta yang sama juga tidak menafsir “Majlis Angkatan Tentera” sebagai pegawai atasan Zaidi Ahmad.
"Kalau pertuduhan tidak betul, bagaimana kita hendak kendalikan kes? Dan bagaimana kami hendak tahu bagaimana kami hendak soal saksi?,” katanya.
Katanya, mahkamah perlu mengambil kira beban pembuktian dan juga pertuduhan dalam kes ini terlebih dahulu perbicaraan dilanjutkan.
“Kalau pertuduhan tak betul, bagaimana kami hendak panggil saksi?" kata Hanipa.
Seorang dari ahli mahkamah, Leftenan Kolonel Zainurin Mohd Dom bersetuju dengan hujah Hanipa yang membantah pertuduhan pertama hingga kelima.
"Mahkamah bersetuju dengan peguam bela yang pertuduhan ini ada kecacatan.
"Maka dengan ini bagi pertuduhan pertama hingga kelima, mahkamah bersetuju dengan bantahan peguam bela," kata Zainurin.
Bagi tuduhan keenam dan ketujuh, Hanipa berhujah bahawa elemen politik atau hasutan tidak wujud dalam SMS yang didakwa dihantar Zaidi.
"Dengan tuduhan cacat ini, ia memprejudiskan pihak pembela untuk membela dirinya (Zaidi Ahmad)," hujah Hanipa.
Zainurin bagaimanapun menolak hujah tersebut dan menetapkan bahawa pendakwaan perlu membuktikan perkara tersebut semasa perbicaraan.
Yang Dipertua Mahkamah, Kolonel Saadon Hasnan kemudian menetapkan tarikh 10, 11 dan 12 Jun sebagai tarikh baru untuk mahkamah bersidang semula sementara menunggu pertimbangan dari pihak berkuasa sidang.
Dengan keputusan ini, pendakwaan mungkin akan meminda pertuduhan, menggugurkan atau mengemukakan pertuduhan baru ke atas Zaidi.
Selain Zainurin dan Saadon, empat orang lagi ahli mahkamah yang mendengar kes ini adalah Mejar Khuzairi Mohd Arshad, Mejar Khairul Nizam Taib, Mejar S Nadzeer Sallehuddin dan Mejar Noor Azman Ahmad.
Pendakwaan dijalankan oleh Mejar Ahmad Sanusi Ali, Kapten Fadzil Nor Alias, dan Kapten Ross Anuar Aripin.
Selain Hanipa, Zaidi turut diwakili barisan peguam Azhana Mohd Khairuddin, dan Nasar Khan Mirbaz Khan.

Mk.
Dare To Change · Top Commenter · Submariner at TLDM
Tahniah Mejar , youre A HERO OF THE NATION. Negara 1M tidak perlukan anda yg ikhlas dlm Perjuangan dalam menegakkan kebenaran dan kedaulatan tanah air niii.Di sini, Bercaakap benar adalah satu dosa,Kesetiaan dibayar dengan Pengkhianatan..Fight for the justice..Allah The Almighty knows what the human dont as they thought they are the winner of match, and they finally will find out who is the real winner and true. Mana macaix Belacan Army 1M, dah bangkit belum dr lamunan dinihari serta pening mabuk slps pekena todi dgn samsu haram yg dibeli kat kedai senseng yg disponsor freee..kesiann ampa nak saman penganjur takdapat sbb penganjur Parti MAHAHEBAT tempoh hari yg meragut 6 nyawa sebenarnya adalah Hantu.
Najeli Jamil · Top Commenter · Mandor at Duk umah jerrr
syabas Mejar zaidi......berani kerana benar....sesungguhnya Allah sentiasa bersama orang-orang yang benar.....lawan tetap lawan...
Kesian, Semakin besar pangkat makin takut dengan umno...
Inilah bahananya kalau tiada kekuatan akidah, walau sebesar mana sekali pun pangkat, tetapi semakin penakut piang..
Lihatlah adik anda ini, masih lagi anak kecil,, apakah beliau bersalah diatas membuat laporan polis tentang ketulenan dakwat celup?...
Anda-anda lebih rela menjadi pencacai umno dari nak mnejaga marwah anda dari pandangan umum.... kenapalah anda begitu takut dengan umno yang bakal nak mampos dalam beberapa saat dan ketika sahaja....
Anda berkhidmat dibawah Yang DiPertuan Agung,,, bukan dibawah Hishammudin atau Najib... tak ada sesiapa pun yang boleh ambik tindakan pada anda bertiga kalau anda membuang semua kes tuduhan terhadap Mej Zaidi yang lebih berani dari anda ...
Kesian kepada anda-anda... berita penuh Klik Sini
Mereka-mereka ini mungkin akan memberi alasan,, "kami hanya menjalankan perintah yang diarahkan"... selalunya itulah modal jawapannya...
Aku malas nak komen apa-apa.. cuma nak tanya ? tak rasa malukah dengan anggota yang lebih muda dan junior pangkatnya,,, tergamak anda nak ambik tindakan kepada adik anda sendiri demi kepentingan politik umno..
Lihatlah adik anda ini, masih lagi anak kecil,, apakah beliau bersalah diatas membuat laporan polis tentang ketulenan dakwat celup?...
Anda-anda lebih rela menjadi pencacai umno dari nak mnejaga marwah anda dari pandangan umum.... kenapalah anda begitu takut dengan umno yang bakal nak mampos dalam beberapa saat dan ketika sahaja....
Anda berkhidmat dibawah Yang DiPertuan Agung,,, bukan dibawah Hishammudin atau Najib... tak ada sesiapa pun yang boleh ambik tindakan pada anda bertiga kalau anda membuang semua kes tuduhan terhadap Mej Zaidi yang lebih berani dari anda ...
Kesian kepada anda-anda... berita penuh Klik Sini
Posted by Manjungmari
No comments:
Post a Comment