Pages

Wednesday, 2 April 2014

MH370: PDRM Jumpa Petunjuk Baharu!... Kotak Hitam?

Rabu, 2 April 2014

MH370 : Polis Jumpa Petunjuk Baru, Mungkin Akan Membawa Kepada Penyelesaian Kes MH370 Yang Hilang........Hebat Polis Malaysia Tak Payah Kotak Hitam ?


MH370: Petunjuk baru tidak akan didedah [gambar fail]

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan pihak polis sudah mempunyai petunjuk kehilangan MH370 namun beliau tidak dapat mendedahkan petunjuk yang dinyatakan kerana bimbang ianya akan menjejaskan siasatan.

Menurutnya, seluruh penyiasatan sedang berjalan dan setakat ini pihaknya masih belum dapat menyimpulkan apa-apa persoalan.

"Pihak polis tidak mempunyai pengalaman untuk menangani kes seperti ini sebelumnya, kami masih menyiasat punca kehilangan pesawat tersebut," katanya.

Jelasnya lagi, petunjuk yang diperoleh pihaknya mungkin akan membawa kepada penyelesaian kes ini.

"Kami meneliti petunjuk baru itu bersama laporan yang disediakan berdasarkan empat aspek utama siasatan iaitu, aspek rampasan, aspek sabotaj, aspek psikologi dan aspek latar belakang kru dan penumpang pesawat," katanya menerusi satu kenyataan yang dilaporkan oleh The Sun Daily.

IdaMan.


Salah lapor MH370 : Media Tempatan Kena Tindakan?



Hanya Pelampung dan Sampah......

Bagaimana seorang pemimpin no. 1 negara boleh TERUS buat 'kesimpulan' tanpa bukti-bukti kukuh & kekal semata-mata hanya berpandukan data satelit?

Sedangkan pihak INMARSAT sendiri TIDAK TERBABIT dalam membuat kesimpulan bahawa pesawat MH370 telah "berakhir di Lautan Hindi".

Adakah PM NAJIB lebih arif & bijak daripada pihak INMARSAT ?,  Anda sendiri tahu kan tahap kebijaksanaan PM MALAYSIA kita.



[sinar]- "Adakah media tempatan akan dikenakan tindakan oleh kerajaan  terhadap perlakuan salah lapor kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai pesawat MH370," soal  Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar hari ini.

Menurut Mahfuz,laporan media tempatan baru-baru ini di muka hadapan akhbar mereka menyimpulkan bahawa pesawat MH370 terhempas sedangkan kenyataan sebenar  Perdana Menteri hanya menyebut isyarat  pesawat MH370 berakhir di Lautan Hindi.

"Ada kenyataan daripada kerajaan yang menyatakan bahawa akan mengambil tindakan terhadap pihak media khususnya media asing yang  memberikan laporan  salah atau pun 'manipulate' tentang isu pesawat MH370.

"Sedangkan Hishammuddin  mengatakan bahawa PM tidak pernah mengatakan pesawat itu terhempas. PM hanya katakan pesawat itu berakhir di Selatan Lautan Hindi.

"Antara yang mengatakan ianya terhempas adalah sebuah akhbar tempatan  dengan tajuk akhbarnya yang merujuk kepada pesawat MH370 terhempas.

"Adakah ini menunjukkan bahawa media di dalam negara kita memberikan gambaran yang salah dan 'manipulate' kenyataan yang dibuat oleh PM dan adakah PM  akan mengambil tindakan terhadap media-media ini," katanya di lobi Parlimen hari ini.

Dalam perkembangan yang sama Mahfuz menggesa agar Perdana Menteri memberi gambaran sebenar mengenai apakah yang dimaksudkan dengan berakhir di Selatan Lautan Hindi itu,bagi memastikan tidak timbul lebih banyak lagi spekulasi.

"Apa maksud sebenar berakhir di Selatan Lautan Hindi .

"Adakah masih terawang-awang  ataupun bagaimana?

"Jadi harus diperjelaskan dan diperhalusi, bagi mengelak lebih banyak spekulasi tidak bertanggungjawab wujud," katanya.


    Laporan tidak benar disiarkan media asing
    Laporan tidak benar disiarkan media asing
[sinar]- TUMPUAN media dunia terarah ke Malaysia sebaik insiden kehilangan MH370 dilaporkan sejak 8 Mac lalu.

Namun di sebalik pihak media melaporkan mengenai punca kehilangan dan di mana lokasi pesawat MAS itu, pihak media asing turut mengambil kesempatan membuat laporan yang mencemar nama baik Malaysia.

Berikut adalah beberapa siri laporan media asing yang dilaporkan berbuat demikian :-

1) Portal Daily Mail dalam laman webnya mendakwa Raja Permaisuri Agung Tuanku Hajah Haminah dilihat seperti tidak mempedulikan keadaan keluarga penumpang pesawat MH370 yang sedang bersedih tetapi bermain golf dengan wajah ceria. Ia jelas satu dakwaan berniat jahat menjejaskan imej Malaysia kerana baginda bukannya bermain golf atas dasar peribadi sebaliknya menyertai satu acara pro-am sebelum berlangsungnya Kejohanan Golf Piala EurAsia yang bakal diadakan di Kuala Lumpur.

2) Portal Daily Mail mendakwa Kapten Zaharie Ahmad Shah berkelakuan tidak seperti kebiasaannya dan sedikit terganggu. Kenyataan itu dikatakan diperoleh daripada anaknya, Aishah Zaharie. Sehari selepas berita tersebut, Aishah menerusi laman Facebooknya membidas kenyataan itu dan mengakui tidak pernah berlaku sesi temu bual di antara mereka.

3) Telegraph menyiarkan gambar pembantu juruterbang MH370, Fariq Abdul Hamid bersama seorang wanita berketurunan Afrika Selatan yang disifatkan sebagai 'playboy'.

4) Portal The Mail mendakwa insiden pesawat MH370 berlaku disebabkan penyakit misteri yang dialami oleh Kapten Zaharie Ahmad Shah.

5) Portal Mirror News mendakwa juruterbang membuat protes politik terhadap negara sekaligus merampas pesawat MH370.

6) The Telegraph melaporkan MAS telah dibayar pampasan sebanyak AS$110 juta (RM364 juta) daripada syarikat insurans berikutan kehilangan pesawat MH370 dan syarikat insurans juga bersetuju untuk membayar kepada keluarga penumpang. MAS bagaimanapun menafikan perkara berkenaan dan memberitahu ia mempunyai perlindungan insurans yang mencukupi untuk melindungi sebarang liabiliti undang-undang yang timbul daripada penerbangan itu.

7) Saluran berita CNN turut mengaitkan insiden kehilangan MH370 ada berkaitan dengan orang Islam sebagai pengganas dan penghinaan dinyatakan berulang kali dengan mengatakan bahawa juruterbang dan pembantu juruterbang sebagai pengganas Islam. Walau bagaimanapun, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein membidas dakwaan itu.
IdaMan.
Published on Apr 1, 2014
Kerajaan sedang mempertimbang mengheret media yang melaporkan secara salah berhubung usaha mengesan pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370 yang hilang ke mahkamah.

Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk seri Hishammuddin Hussein dalam Twitter hari ini berkata jemaah menteri telah mengarahkan peguam negara supaya mengumpulkan bukti dan memberikan nasihatnya.

No comments:

Post a Comment