Obama dikawal Alien - Ads by Google
GAMBAR POCONG MELINTAS JAMBATAN KEDUA
BAYAN LEPAS – Segelintir penduduk di sini gempar apabila tersebarnya dua keping gambar mengenai kejadian penemuan pocong di tengah-tengah Jambatan kedua Pulau Pinang, Jambatan Sultan Abdul Halim Shah.Pengguna laman sosial, Rahimi Ishak berkata, gambar berkenaan tersebar sejak beberapa hari lalu dan menjadi buah mulut penduduk setempat.
Menurutnya, melalui gambar berkenaan dengan jelas menampakkan seolah-olah terdapat imej yang berbungkus putih dan terbang tinggi.
“Kemudian ia berada di atas jambatan pada gambar kedua, kejadian dikatakan berlaku di tengah-tengah jambatan pada waktu malam.
“Saya sendiri yang mendapat gambar berkenaan memang terkejut,” katanya kepada Sinar Harian.
Bagi pengguna jambatan, Mohd Ali Mohd Noor berkata, dia pada mulanya terkejut melihat gambar berkenaan dan cuba bertanya kepada rakannya yang juga kerap menggunakan jambatan.
“Mereka kata ini perkara biasa, kalau dia nak muncul kita mana boleh halang, yang penting kita kena buat biasa saja.
“Lagipun ini bukan pertama kali berlaku cerita jumpa macam-macam makhluk halus atas jambatan, ia adalah biasa,” katanya.
Sementara itu bagi Zulkifli Zainal berkata, pengalamannya diganggu pada waktu malam ketika menunggang motosikal di atas jambatan pertama Pulau Pinang membuatkannya berwaspada.
“Bukan apa, kadang-kadang ada yang terlalu terkejut sehingga boleh sebabkan kemalangan, kalau yang tak kuat semangat, lebih baik elakkan.
“Saya pernah tunggang motosikal pada tengah malam di atas jambatan, setibanya di tengah-tengah, motor saya berat dan saya terpaksa menunggang lebih kuat dan laju, tetapi tiba-tiba ia menjadi ringan dan saya seolah-olah dalam keadaan tercampak ke depan, nasib baik saya boleh kawal motor.
“Kalau saya silap, bimbang kemalangan saja, apa pun kita kena tawakal kepada ALLAH SWT,” katanya.
Bagi pengamal perubatan Islam, Izzwandy Mamat, kejadian penemuan pocong di tengah jambatan adalah perkara biasa.
“Laut memang tempat tinggalnya dan mereka akan buat pelbagai rupa di kawasan mereka tinggal.
“Tidak dinafikan laut juga menjadi tempat kepada tukang perubatan membuang benda yang tidak baik, jadi ia bukan mustahil,” katanya kepada Sinar Harian.
Sama seperti manusia, makhluk halus berkenaan juga memenuhi setiap pelosok tempat.
“Malah jin boleh menyerupai pelbagai bentuk tidak kiralah pocong, atau hantu raya ataupun toyol,” katanya.
Beliau menegaskan, bagaimanapun rupa bentuknya, perkara tersebut hanya berlaku dengan izin ALLAH SWT.
“ALLAH mahu menguji sejauh mana keimanan kita, sama ada takut pada makhluk atau pada-NYA.
“Ia juga sebagai tanda supaya kejadian sebegini akan mendekatkan kita lebih kepada ALLAH,” katanya.
kl-today
Apa pun utusan kira oke la juga ko tulis citer gini kan. Berbanding citer2 fitnah dan politik berat sebelah cerita2 di atas lebih nampak keutusanan. Jika boleh ko tulis citer di atas tiap2 hari pun takpe. Aku yakin takde sapa2 akan saman ko bahkan ko lebih glamer lagi la ada. Sampai peringkat internasional tue. Confirm.
Hehe.
Kredit gambar : member fb.
Hehe.
Kredit gambar : member fb.
SozCyili/Nurul Asyikin
Ini ada beberapa kejadian misteri yang berlaku di Malaysia yang patut kita ketahui
Sejak beberapa tahun yang lalu, Malaysia dilanda pelbagai tragedi yang misteri atau dengan maksud lainnya sehingga kini tiada jawapan yang diperoleh. Jika Amerika Syarikat terkenal dengan misteri UFO, maka Malaysia juga tidak ketinggalan – mungkin dengan cara yang berbeza.
Yang berikut merupakan antara perkara misteri mengikut pandangan saya.
1.Kes Teoh Beng Hock. Pada 16 Julai 2009, jam 1.30 tengah hari Khamis, Teo Beng Hock ditemui mati di bahagian koridor tingkat lima bangunan Plaza Masalam, Shah Alam, Selangor. kematiannya dipercayai akibat terjatuh dari tingkat 14, bangunan itu. Kes ini masih belum ada penghujung yang jelas. Beng Hock tidak membunuh diri dan tidak dibunuh. Sehingga kini kematiannya masih menjadi misteri. Juga tiada sesiapa yang didakwa atau dijatuhkan hukuman kerana membunuhnya.
2.Kes Ahmad Sarbani Mohamed. Beliau ditemui mati dipercayai jatuh dari tingkat tiga bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Jalan Cochrane, Kuala Lumpur pada 6 April 2011. Ahmad Sarbani pada ketika itu berumur 56 tahun, dan bertugas sebagai Penolong Pengarah Kastam daripada Jabatan Kastam DiRaja Malaysia, Selangor. Kes ini juga masih menjadi misteri kerana tiada tanda-tanda beliau dibunuh atau membunuh diri. Juga tiada sesiapa yang didakwa atau dijatuhkan hukuman kerana membunuhnya.
3. Kes Altantuya Shaariibuu. Kes yang membabitkan warganegara Mongolia ini pernah menggegarkan Malaysia beberapa tahun yang lalu apabila Altantuyaa disahkan mati pada tahun 2006. Siasatan dan perbicaraan telah pun berakhir dan dua anggota polis yang dituduh telah dibebaskan oleh mahkamah. Kes ini juga berakhir dengan tiada yang membunuh walaupun ada yang terbunuh.
4. Kes Zon Bebas Perlabuhan Klang (Port Klang Free Zone – PKFZ). Akibat PKFZ, kerajaan rugi RM12.5 bilion. Mahkamah telah membebaskan tertuduh, bekas menteri Kabinet Tun Dr Ling Liong Sik dan bekas Menteri Pengangkutan, Tan Sri Chan Kong Choy daripada tuduhan menipu bagi projek PKFZ. Sehingga kini isu PKFZ senyap begitu sahaja tanpa ada yang dijatuhkan hukuman dan duit rakyat RM12.5 bilion hangus begitu sahaja.
Mungkin banyak lagi dan saya tidak mampu menyenaraikan semuanya. Saya juga berpendapat kes NFC yang membabitkan RM250 juta masih belum ada penghujungnya. Saya bimbang, sekali lagi duit rakyat hilang dengan cara yang sungguh misteri.
Terkini, kita kehilangan pesawat MH370 dalam keadaan yang membingungkan pakar-pakar penerbangan antarabangsa. Saya berharap, kehilangan MH370 tidak menjadi misteri seperti hilangnya kapal terbang di perairan segi tiga Bermuda.
Saya percaya, rakyat Malaysia tidak putus harap dan terus berdoa agar segalanya selamat.
JUFRI SALLEH
No comments:
Post a Comment