Pages

Monday, 14 April 2014

Menteri Nafi: Hishamuddin 'Denies'... [Video] MH370 ghaib di udara!

Isnin, 14 April 2014
Video tiada kaitan dengan artikel


Hishammuddin nafi lebih banyak kekeliruan timbul berhubung kehilangan MH370...
www.bharian.com.my
http://i1.wp.com/www.zunar.my/wp-content/uploads/2014/03/Cartoonkini-MH370-12-Mac-2014.jpg

SIAPA YANG AKAN NAFI PILOT MH370 TELAH DENGAN SENGAJA MEMBUANG KOTAK HITAMNYA DI LAUTAN HINDI SELATAN?

Hari-hari mendengar dan membaca cerita ping memang sakit hati. Hari ini ping mati dan keluar minyak pulak...

Penafian Hishamuddin masuk berbagai-bagai berita...Melayu ada, Inggeris pun ada... Suka hati nak baca yang mana satu...Contohnya:





Tidak hairan juga jika ada rakyat Malaysia yang mula mempersoalkan ketelusan Kerajaan dalam menangani kehilangan MH370.
Salah siapa jika lebih daripada separuh rakyat Malaysia yang mengambil bahagian dalam tinjauan The Malaysian Insider percaya kerajaan Barisan Nasional (BN) menyembunyikan maklumat mengenai kehilangan pesawat MH370?

Tinjauan menunjukkan lebih 50% rakyat Malaysia yakin Putrajaya sembunyi maklumat MH370

Berhubung prestasi menteri Malaysia dalam menangani krisis MH370, 21% daripada responden berkata mereka sangat tidak berpuas hati manakala 19% sangat berpuas hati.
Walaupun Putrajaya menerima pelbagai kritikan daripada pihak tempatan dan antarabangsa sejak krisis MH370 itu, 51% responden berkata mereka yakin terhadap kerajaan.
Bagaimanapun, 45% responden berkata mereka hilang keyakinan terhadap Putrajaya selepas krisis MH370.
Responden turut ditanya sama ada prestasi Putrajaya dalam menangani krisis MH370 yang menyebabkan mereka lebih/kurang yakin terhadap kerajaan.
Beberapa hari selepas kehilangan MH370, Kementerian Luar China menggesa Malaysia mempercepatkan siasatan dan menyediakan maklumat yang lebih tepat.
Bagaimanapun, kritikan China terhadap penyiasatan Malaysia berhubung MH370 juga turut melepaskan keburukan tentang nasionalisme.
Kemarahan terhadap pengendalian penyiasatan Malaysia meletus di media sosial China, dan juga di jalanan dengan demonstrasi di luar Kedutaan Malaysia di Beijing.
Agensi Berita Xinhua milik kerajaan mereka mengatakan adalah sesuatu " yang tidak boleh dimaafkan " terhadap kekurangan kapasiti, usaha atau ketelusan di pihak Putrajaya.
“Orang Malaysia” menjadi perkataan popular bagi menggambarkan sikap tidak bertanggungjawab dan ketidakpercayaan; penyanyi Cina-Malaysia turut dikecam di internet.
Selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi, ahli keluarga dan saudara mara di Beijing tersentak.
Berdukacita dan marah tentang apa yang mereka namakan sebagai tempoh dua minggu yang penuh dengan  "pembohongan dan maklumat mengelirukan " selepas MH370 hilang, ahli keluarga berarak ke kedutaan Malaysia.
Mereka membawa sepanduk dengan perkataan "Malaysia Airlines, anda berhutang penjelasan kepada kami”, "kerajaan Malaysia rasuah" dan "Mama, pulanglah".
Satu lagi perbalahan adalah laporan CNN pada Khamis yang memetik seorang pegawai kanan kerajaan Malaysia sebagai berkata tentera udara melancarkan pencarian jam 8 pagi pada 8 Mac tidak lama selepas MH370 dilaporkan hilang.
Kedua-dua, pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia menafikan laporan itu. Bagaimanapun, CNN berkata ia berpegang kepada laporan itu.  – 14 April, 2014.TMI

No comments:

Post a Comment