Panduan bagi peserta Himpunan Mei 1
Panduan bagi peserta Himpunan Mei 1:
Jawatankuasa Mei 1:
Jawatankuasa Mei 1 adalah satu jaringan yang telah menganjurkan Hari Pekerja setiap tahun. Jawatankuasa ini terdiri daripada 15 organisasi dan Deklarasi Hari Pekerja 2014 disokong oleh 91 Organisasi.
Dibawah adalah panduan untuk Himpunan Mei 1 bagi melancarkan perhimpunan pada 1 Mei 2014 dan pastikan ia berjalan dengan aman.
*Perkara yang perlu anda bawa/sediakan *
1. Kad pengenalan, lesen memandu (alat memperkenalkan diri)
2. Warna tema untuk perhimpunan ini adalah warna Merah dan digalakkan.
3. Setiap peserta digalakkan memakai kasut.
4. Barangan kempen -Button, kopiah, arm band, bendera kecil, banner dan placard yang
ada Logo atau Slogan Bantah GST atau apa-apa tuntutan rakyat boleh digunakan
selaras dengan Hari Pekerja
5. Air mineral, sedikit makanan ringan atau gula-gula.
6. Jika anda mempunyai asma atau alahan sila bawa inhaler atau ubat sendiri.
7. Sila bawa beg plastik sampah kecil bagi mengelakkan anda membuang sampah
merata-rata.
8. Sila bawa pen dan kertas (mini note pad) bagi mencatat nama dan no. pengenalan Polis
atau dokumenkan insiden penting yang mencurigakan.
9. Jangan lupa bawa kamera, video cam atau handphone berkamera bagi merakamkan
suasana himpunan - gambar-gambar atau klip video boleh dihantar kepada kami selepas
himpunan ke email yang tertera diatas.
Maklumat Penting
Sekretariat Himpunan Mei 1: 019-2275982 @ 0193758912 @ 03-22747791
Kecemasan untuk Perubatan : 019-3710015
Hotline Urgent Arrest : 03-77843525
Maklumat terkini : https://www.facebook.com/bantahgst
*Perkara yang tidak dibenarkan*
1. Jangan bawa terlalu banyak wang atau kad kredit untuk elakkan penyeluk saku, tercicir atau hilang semasa perhimpunan atau ditahan.
2. Jangan memakai selipar, kasut tumit tinggi atau sandal yang menghalang pergerakkan.
3. Jangan bawa sebarang bendera parti politik
4. Banner, placard, bendera yang bersifat provokasi dan ancam keharmonian kaum dan agama adalah ditegah.
5. Sebarang slogan yang tiada kaitan dengan tuntutan rakyat tidak dibenarkan.
6. Jangan bawa sebarang benda tajam kecuali pen.
7. Jangan bawa bahan-bahan yang boleh meletup atau mudah terbakar seperti mancis, dan mercun.
8. Tidak digalakkan merokok semasa perhimpunan kerana akan menganggu orang lain. (Team Perubatan mencadangkan tidak merokok semasa perhimpunan)
9. Jangan bawa sebarang senjata seperti kayu, besi, rantai besi dan lain-lain yang merbahaya.
*Semasa perhimpunan *
1. Tempat berkumpul di KLCC adalah dekat Air Pancut KLCC yang berhadapan dengan jalan utama.
2. Berkumpul di tempat pertemuan yang ditetapkan KLCC dan tunggu arahan dari * Pengerusi Majlis @ Central Command* yang dilantik
3. Bergerak dalam kumpulan dan selalu memastikan kumpulan anda selamat dan tidak hilang
4. Ikutilah arahan dari *Pengerusi Majlis @ Central Command* sepanjang program.
5. Elakkan mencerca, memaki hamun atau menunjukkan isyarat lucah semasa perhimpunan berlaku.
6. Pastikan anda memberikan keutamaan laluan kepada kenderaan yang lalu lalang dan tidak melintas sesuka hati dijalanraya.
7. Rakamkan suasana himpunan - gambar-gambar atau klip video boleh dihantar kepada kami selepas himpunan di email Jawatankuasa Mei 1: jerit2002@gmail.com
8. Kalau boleh rakamkan sebarang insiden atau provokasi atau insiden penting seperti keganasan atau provokasi Polis jika ada.
9. Jika ada penangkapan hubungi pihak penganjur yang terdekat @ SUARAM -03-77843525 . Kalau orang berhampiran anda ditangkap, ambil nama dan kad pengenalannya dan segera maklumkan kepada penganjur.
*Apa yang anda perlu buat jika ditahan* : APABILA DISOAL OLEH POLIS
1. Pengenalan Anda
2. Anda cuma perlu berikan nama, kad pengenalan dan alamat sahaja.
3. Seandainya ditanya soalan-soalan lain: Anda menjawab “Saya akan jawab dibawah mahkamah dan saya mempunyai hak untuk berdiam diri”
4. Wakil peguam dan SUARAM akan berada disitu untuk membantu anda.
5. Jika pihak polis tidak mahu benarkan peguam atau pihak SUARAM, anda harus TUNTUT untuk berjumpa dengan peguam.
*Perhatian!*
1. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kesalahan atau
pelanggaran undang-undang yang tidak ada kena mengena dengan perhimpunan ini.
2. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang provokasi atau tindakan
ganas yang dilakukan oleh mana-mana pihak secara berkumpulan atau individu.
3. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kecederaan yang
disebabkan oleh kecuaian atau tindakan diluarkan arahan penganjur.
4. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang penangkapan yang dibuat
kerana pergaduhan atau aktiviti agresif yang tiada kaitan dengan arahan himpunan ini
Secara keseluruhannya, kita berharap Perhimpunan ini dapat berjalan lancar tanpa adanya sebarang masalah atau tangkapan.
By Bantah GST / Reject GST / 反对消费税
No comments:
Post a Comment