Published on Apr 27, 2014
Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama berkata keputusannya untuk tidak bertemu dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika kunjungannya ke Kuala Lumpur tidak bermaksud bahawa beliau tidak mempedulikan nasib yang dialami oleh ketua pembangkang itu.
Pada sidang media bersama dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini, beliau diminta menjelaskan mengapa beliau tidak mengulas mengenai sabitan kes Liwat II ke atas Anwar.
Pada sidang media bersama dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini, beliau diminta menjelaskan mengapa beliau tidak mengulas mengenai sabitan kes Liwat II ke atas Anwar.
Sebaliknya lapor WSJ, Obama bertemu pula dengan pembangkang Jerman, Peer Steinbrueck dan bekas pembantu kempennya yang kini menjadi penasihat pemimpin pembangkang dari Parti Buruh Britain, Ed Miliband.
Dalam laporan WSJ bertajuk ‘Misfire in Malaysia, Obama declines to meet with a harassed opposition leader’ 27 April lalu, turut menyebut bahawa Obama sewajarnya ‘bertoleransi’ dan menyampaikan mesej keprihatinan negara itu melalui pertemuan dengan Anwar.
“Kegagalan pertemuan itu tidak akan dilupakan terutamanya oleh pengundi muda bandar yang merupakan penyokong akar umbi Anwar.
“Adalah suatu yang memalukan apabila Obama jelas memilih untuk tidak menemui Anwar yang hampir memenangi pilihan raya tahun lalu,” laporan tersebut dipetik.
No comments:
Post a Comment