Khamis, 22 Mei 2014
Lebih dari 50 Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan dilaporkan mengadakan bantahan di luar ibupejabat DAP di Kuala Lumpur dan mengancam untuk membakar bangunan itu.
Mereka membawa kain rentang, yang antara lain berbunyi, RSN Rayer "anak haram" dan "tolol".
Satu lagi kain rentang berbunyi, 'Jangan biar celaka bertukar menjadi malapetaka. Adun DAP biadap'.
Kemaraan mereka ke Ibu Pejabat DAP telah dihalang oleh anggota-anggota Polis yang berkawal ditempat kejadianBagaimanapun kumpulan tersebut cuba meneruskan pergerakan mereka dengan merempuh anggota-anggota Polis yang berkawal.
Pergelutan kecil tercetus antara penunjuk perasaan dan polis bila kumpulan itu merempuh untuk masuk kedalam kawasan Ibu Pejabat DAP.
Pergelutan kecil tercetus antara penunjuk perasaan dan polis bila kumpulan itu merempuh untuk masuk kedalam kawasan Ibu Pejabat DAP.
Pihak Polis kemudiannya membenarkan 13 orang dari kumpulan mereka untuk masuk ke kawasan Ibu Pejabat DAP bagi menyerahkan memorandum yang di bawa mereka.
Malangnya setelah diberi kebenaran untuk menyerahkan memo tersebut, wakil Pemuda UMNO itu tidak menyerahkannya tetapi mengoyak dan mencampakkannya kepada wakil DAP yang menemui mereka..
BLM
No comments:
Post a Comment