Ayam Tua Otak Bantut Dibalun siMuda!
Dyana bidas Razali, dakwa Umno hanya mainkan api perkauman
OLEH HASBULLAH AWANG CHIK
MAY 19, 2014
OLEH HASBULLAH AWANG CHIK
MAY 19, 2014
Pemimpin Umno perlu sedar parti itu kini hilang rentak dan tidak akan dilihat pada masa depan, kata calon DAP Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud. Gambar fail
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim seharusnya sedar Umno kini kehilangan rentak dan tidak akan dilihat pada masa depan, kata Dyana Sofya Mohd Daud.
Calon DAP bagi kerusi Parlimen Teluk Intan itu berkata, desakannya selama ini yang mahu Universiti Teknologi Mara (UiTM) dibuka kepada bukan Bumiputera tidak akan sekali-kali memberi impak kepada orang Melayu.
“Umno menuduh saya mahu memansuhkan UiTM. Sebab itulah rakyat Malaysia merasakan Umno sudah kehilangan arah tuju.
Semalam, Bernama melaporkan Razali mencabar Dyana untuk menegur tindakan pemimpin DAP yang sering mempersoal hak istimewa orang Melayu yang dipersetujui dalam kontrak sosial dan Perlembagaan Persekutuan.“Umno seharusnya memajukan negara tetapi mereka menutup telinga dan hanya mahu membaca apa yang dimahukan sahaja,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya, jika Dyana sanggup mempersoalkan dasar UiTM yang mengutamakan pengambilan pelajar Melayu, mengapa tidak diminta Universiti Tunku Abdul Rahman yang dimonopoli satu kaum bukan Melayu juga ditutup.
Dyana berkata, UiTM sebagai sebuah universiti awam tidak seharusnya hanya disandarkan kepada ihsan sesebuah parti politik tertentu seperti Umno kerana universiti Bimiputera itu adalah milik rakyat.
Katanya, dengan Umno yang seakan-akan mengambil alih UiTM, pemimpin parti Melayu itu melabelkannya sebagai pengkhianat kerana menjadi calon DAP.
“Sejak bila UiTM menjadikan kami ahli Umno? Ia sangat ironi apabila Umno mendakwa pelajar UiTM perlu menyokong Umno.
“Mahasiswa bebas melontarkan pandangan berdasarkan impian dan cita-cita mereka. Tiada parti parti politik yang berhak menentukan aspirasi belia di Malaysia,” katanya.
Sehubungan itu, Dyana menggesa alumni dan mahasiswa dalam universiti awam membebaskan diri daripada dibelengu oleh agenda Umno dan Barisan Nasional.(BN). – 19 Mei, 2014.
No comments:
Post a Comment