Malaysia menamatkan penantian selama 12 tahun untuk layak ke final Piala Thomas 2014 selepas menewaskan Indonesia 3-0 pada peringkat separuh akhir di Stadium Tertutup Siri Fort di New Delhi malam tadi.
Skuad negara telah melepasi sasaran separuh akhir pada edisi kali ini dan sekali lagi mempunyai peluang untuk menamatkan kemarau selama 22 tahun untuk menjulang piala berprestij itu yang dimenangi di Kuala Lumpur pada 1992.
Malaysia akan bertemu pendatang baru Jepun pada final, Ahad ini.
Sebelum ini, pada satu lagi saingan separuh akhir sebelah petang, Jepun melakarkan sejarah untuk mara ke final buat pertama kali apabila mengejutkan juara bertahan China 3-0.
Malaysia kali terakhir beraksi di pentas final pada edisi 2002 di Guangzhou, China, apabila kalah 3-2 kepada Indonesia.
Pertarungan yang dijangkakan sengit nampaknya meleset sama sekali apabila jaguh perseorangan negara Datuk Lee Chong Wei menepati ramalan dengan kemenangan mudah 21-19 dan 21-13 ke atas Tommy Sugiarto dalam masa 52 minit.
Mata pembukaan oleh Chong Wei itu menyuntik semangat kepada beregu utama negara, Tan Boon Heong dan Hoon Thien How untuk memburu mata kedua dengan berdepan pasangan Mohammad Ahsan dan Hendra Setiawan.
Beregu negara memenangi set pertama 21-19 sebelum kalah 18-21 pada set kedua sebelum beradu nasib pada set penentuan sebelum menang 23-21 dalam pertarungan sengit selama 55 minit.
Perseorangan kedua negara Chong Wei Feng memastikan Malaysia melangkah ke final dengan bergaya apabila menundukkan Dionysiu Hayom Rumbaka dengan 21-10 dan 21-17 dalam masa 43 minit.
Chong Wei berkata impiannya untuk melepasi sasaran separuh akhir yang ditetapkan oleh pengurusan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) akhirnya terkabul.
Pemain nombor satu dunia itu menyifatkan kejayaan Jepun menyingkirkan juara sejak lima edisi lepas China sebagai sesuatu yang hebat tanpa diduga.
"Kita akan melakukan yang terbaik di pentas final," kata Chong Wei.
Secara keseluruhan, prestasi pasukan adalah baik terutamanya kejayaan Wei Feng yang memenangi semua perlawanannya pada penampilan sulung di kejohanan ini, katanya.
Dalam pada itu, Boon Heong berkata keyakinan dirinya bertambah selepas mengalahkan beregu terbaik dunia dari Indonesia itu.
"Semangat kita memang cukup bagus hari ini. Walaupun kita kalah set kedua tetapi tidak menyerah kalah. Walaupun kami ada keyakinan sekarang tetapi kami perlu lebih bersedia untuk berdepan dengan Jepun," katanya.
Pada saingan Piala Uber, China menewaskan Korea Selatan 3-0 untuk mara ke final dan akan berjumpa dengan pemenang antara tuan rumah India dan Jepun.
- Bernama

Malaysiakini
No comments:
Post a Comment